Catatan

KELEBIHAN BULAN-BULAN HARAM

Imej
  KELEBIHAN BULAN-BULAN HARAM Firman Allah Swt ; (إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ) [Surah At-Tawbah 36] Maksudnya : Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa. Sabda Nabi SAW ; السنة اثنا عشر شهرا منها أربعة حرم : ذوالقعدة وذوالحجة ومحرم ورجب Setahun itu mempunyai 12 bulan, di dalamnya ada 4 bulan...

CARA PUASA ASYURA'

Imej
 MARATIB PUASA ASYURA' SOALAN Assalamualaikum, Bagaimanakah cara Puasa Asyura'? Adakah boleh puasa pada 10 Muharram sahaja atau perlu puasa 9&10 Muharram? JAWAPAN Waalaikumussalam wbt بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على اشرف الانبياء  المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين اما بعد : HUKUM PUASA ASYURA' Para Ulama' Mazhab Imam Syafie meletakkan puasa Asyura' sebagai puasa Tatawwu' (Sukarela). Hukum puasa Asyura' seperti yang telah disebutkan oleh Imam Nawawi adalah Sunat. Ulama Syafieyyah berhujah menggunakan dalil Hadith ; هذا يوم عاشوراء، ولم يكتب اللهُ عليكم، فمن شاء فليصم، ومن شاء فليُفطر Hari ini adalah hari Asyura' (Kesepuluh) dan tidak diwajibkan berpuasa ke atas kamu, maka barangsiapa yang hendak puasa maka berpuasalah, dan bagi yang tidak mahu maka tidak perlu berpuasa MARATIB PUASA ASYURA' Al Hafizd Ibn Hajar Al Asqalani meletakkan 3 cara atau maratib bagi puasa Asyura' 1. Puasa pada 10 Muharram saha...

HUKUM SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID KETIKA IQAMAH

Imej
  SOALAN Apakah hukum solat seseorang yang sedang melakukan Solat Tahiyatul Masjid dan Ketika itu muadzin sedang iqamah? JAWAPAN  Hukumnya makruh sepertimana dinukilkan oleh pengarang kitab Wablul Ghomam Fi Ahkmah Makmum wal Imam :  من دخل و الاقامة تقام لم تستحب له التحية و غيرها من النوافل صرح بذلك المحالي و البغوي والشيخان و الأصحاب للحديث الصحيح اذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة “Barangsiapa yang memasuki masjid dan iqamah telah didirikan, maka tidak disunnahkan baginya solat tahiyatul masjid dan selain daripadanya daripada ibadah-ibadah sunat. Dinyatakan perkara itu oleh Imam Mahalli, Imam Baghawi, Syaikhain (imam Nawawi dan Imam Rofi’e), dan Ashab Syafie’ dengan hadith sahih “Apabila telah didirikan iqamah solat, maka tidak ada solat melainkan solat maktubah (solat fardu).” Sayyid Muhammad Bin Abdurrahman Al-Ahdal juga menukilkan bahawa ulama usul seperti Al-Azrai’e dan yang lainnya menjelaskan pada makna pensyariatan iqamah itu bahawa makruh melakukan ibadah s...

MEMBASUH TANGAN HINGGA SIKU, ADAKAH DARI JARI ATAU SIKU?

Imej
  SOALAN Assalamualaikum ustaz, adakah sah berwuduk bermula daripada siku kemudian ke tangan. Sebab belajar dulu dari tangan hingga ke siku? Syukran. JAWAPAN Jawapan kami, membasuh tangan hingga ke siku adalah salah satu rukun wuduk yang wajib sepertimana firman Allah SWT; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِق “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…” (Surah Al-Maidah ayat 6) Oleh itu, dapat kita fahami bahawa membasuh tangan hingga ke siku itu wajib dibasuh Ketika berwuduk sama ada dimulakan daripada tangan atau siku dahulu.  Menurut Imam Saimiri dan Imam Mawardi, jika seseorang menjirus air wuduknya sendiri, maka sunat dimulakan dari hujung jari hingga ke siku. Adapun jika air wuduk di jirus oleh orang lain, maka di sunatkan untuk dimulak...

HUKUM BASUH BAJU MENGGUNAKAN MESIN

Imej
  SOALAN Apakah hukum basuh baju menggunakan mesin basuh yang bercampur pakaian yang terkena najis? JAWAPAN Sepertimana kita mengetahui asas dalam bab najis apabila najis bercampur dengan air yang kurang daripada 2 kolah maka air dan pakaian di dalam itu akan menjadi najis. Seperti disebut dalam Syarah Ibn Qasim : ماء نجس أي متنجس وهو قسمان أحدهما قليل (و هوالذي حلت فيه نجاسة) تغير أم لا وهو أي ماء (دون قلتين) “Air mutanajis ini terbagi kepada 2 salah satu daripadanya adalah air yang sedikit dan ianya adalah air yang ditimpa atasnya najis, berubah atau pun tidak iaitu jika air itu kurang daripada 2 kolah.” Sudah tentu mesin basuh di rumah kita jumlah airnya tidak melebihi 2 kolah, jadi bagaimanakah hukumnya? Untuk lebih berhati-hati, najis yang zahir dan Nampak hendaklah dihilangkan dahulu menggunakan air mutlak yang mengalir sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Habib Hasan Bin Ahmad Al-Kaf menyebutkan di dalam Taqrirat Sadidah bahawa :  “Masalah meletakkan pakaian dalam m...

SOLAT JUMAAT 12 ORANG

Imej
SOLAT JUMAAT 12 ORANG FIRMAN Allah SWT ; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah : 9) MUQADDIMAH Semenjak negara kita yang tercinta Malaysia dilanda waba' Covid-19, banyak perkara yang menjadi kebiasaan telah berubah sehinggakan menimbulkan banyak persoalan kepada masyarakat. Perubahan ini juga tidak terlepas daripada berlakunya pada ibadah kita khususnya Solat Fardhu Jumaat.  Bilangan Solat Fardhu jumaat mengikut mazhab Imam Syafie Qaul Jadid paling minimum adalah 40 orang yang t...

HUKUM MEMAKAI NIQAB / PURDAH BAGI WANITA

Imej
SOALAN Salam Ustaz, sy ada satu pertanyaan berkenaan apakah hukum bagi wanita yang memakai Purdah atau niqab di dalam Islam? JAWAPAN Waalaikumsalam. PERBEZAAN ULAMA' BERKENAAN NIQAB Ulama 4 mazhab berbeza pandangan tentang hukum memakai purdah atau niqab ini. Malah di dalam mazhab Syafie sendiri ada berlaku 3 perbezaan pandangan. Dalil utama dalam bab aurat ini di dalam al-Quran Surah an-Nur ayat 31: ‎     وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ  [Surah An-Nur 31] Maksudnya: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, kecuali apa yang zahir daripadanya” Jumhur Ulama Fuqaha berpandangan bahawa setiap anggota tubuh badan perempuan adalah aurat kecuali wajah dan tapak tangan. Oleh kerana perempuan perlu kepada mualamat dengan lelaki seperti memberi dan mengambil (barang). Malah ada pandangan mazhab Abu Hanifah membenarkan untuk perempuan menzahirkan dua tapak kakinya. Di dalam mazhab Syafie memakai purdah terbahagi kepada 3 pendapat :...

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU

Imej
𝑲𝑬𝑷𝑬𝑵𝑻𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑵𝑼𝑵𝑻𝑼𝑻 𝑰𝑳𝑴𝑼 BERDASARKAN AL-QURAN 1. Allah mengangkat Darjat ahli ilmu ( یَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتࣲۚ) “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dari kamu sekalian dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat.”  [Surah Al-Mujadila 11] 2. Allah memberi anugerahNya yang banyak یُؤۡتِی ٱلۡحِكۡمَةَ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِیَ خَیۡرࣰا كَثِیرࣰاۗ وَمَا یَذَّكَّرُ إِلَّاۤ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ "Allah menganugerahkan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”  [Surah Al-Baqarah 269] 3. Orang yang berilmu tidak akan rugi (وَقَالُوا۟ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِیۤ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِیرِ) “Dan mereka berkata sekiranya kamu mendengarkan atau memikirkan (peringat...

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN-USTAZAH ASMA' HARUN

Imej
KEMULIAAN & KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA'BAN SERTA AMALAN YANG DISARANKAN, BERSUMBER DALIL SAHIH & KAJIAN ILMIAH. ☘️ SILA SEBARKAN BUAT UMMAH ☘️ Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang paling mulia, ia menjadi bulan yang sangat istimewa sebelum bulan Ramadan.  Namun masih ramai antara kita yang masih terleka dalam merebut kesempatan ini, sehinggakan disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW :  شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا صَائِم Maksudnya: "Bulan Sya’ban, ada di antara bulan Rejab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa". [HR An-Nasaie, Hadis Hasan] KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA’BAN   Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: يَطَّ...

DARAH HAID KELUAR KETIKA MENGANDUNG

Imej
Soalan ; Darah keluar ketika hamil adakah dikira haid ataupun Istihadah? Jawapan ; Hukum menentukan tentang darah tersebut haid ataupun tidak telah menjadi khilaf antara ulama-ulama silam dan ulama-ulama kontemporari. Apabila seorang perempuan yang hamil keluar darah melalui farajnya ianya dikira sebagai darah haid mengikut pandangan yang muktamad dari mazhab syafie sama ada darah tersebut berwarna hitam, merah, kuning atau warna keruh pada waktu kebiasaan dia keluar darah haid ataupun tidak. Dikira atas sifat darah haid atau kebiasaan bau darah atau tidak.  Ulama seperti Imam Malik, Imam Laiths, dan Imam Syafie melalui qaul jadidnya menghukumkan bahawa darah perempuan hamil adalah darah haid. Oleh kerana darah tersebut darah yang meragukan dengan darah yang semulajadi keluar yakni seperti darah haid. Pendapat yang kedua daripada Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam Auzai’e dan At-Thauri mengatakan perempuan yang hamil itu tidak dikira sebagai haid. Adapun darah yang keluar daripadan...

ADAKAH ISTERI PERLU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH?

Imej
  Soalan ; Adakah isteri perlu membayar zakat fitrah? Jika suami ingin membayarnya, adakah perlu meminta izin isteri? Jawapan ; Zakat fitrah wajib dikeluarkan bagi mereka yang wajib diberi nafkah ke atasnya, berdasarkan ta’rif dari taqrirat sadidah :  كُلُّ مَنْ تَلْزَمُهُ نفقةُ غَيْرِهِ تَلْزَمُهُ فِطْرَتُهُ  “Setiap daripada mereka yang wajib dinafkahi, diwajibkan mereka mengeluarkan zakat fitrah bagi mereka.” Oleh itu, wajib bagi suami atau ketua keluarga untuk mengeluarkan zakat bagi yang sudah lazim dia nafkahi seperti isteri, anak yang masih kecil, ibu bapa yang di bawah tanggungannya, dengan tanpa minta izin sama sekali. Wallahualam. Alfadhil Ustaz Faridzuan bin Abdullah As-Sarawaki Timbalan Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak

AMALAN NISFU SYA'BAN-SYEIKH DAUD AL-FATHANI

Imej
  AMALAN MALAM NISFU SYA’BAN MENURUT SYAIKH DAUD AL-FATHANI ‘Allamah Syaikh Daud al-Fathani berkata: “Dan amal yang dituntut mendirikan pada malam nisfu Sya’ban, setengahnya, apabila sudah ia selesai daripada mengerjakan sembahyang Maghrib, seperti kata Imam Sahruwardi yg empunya sohib ‘’Awarif al-Ma’arif: dibaca Yasin dgn niat bahawa DIPANJANGKAN UMURNYA di dalam taat, dan dibacakan doa ini yg lagi akan disebutkan. Kemudian itu, dibaca pula Yasin itu dgn diniatkan DILUASKAN ALLAH REZEKINYA yang halal serta dikayakan drpd manusia dan dibacakan doanya. Kemudian itu dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan di dalam HUSNUL KHATIMAH dan dibacakan doa ini kemudiannya, iaitu:  اَللَّهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَلَا يُمَنُّ عَلَيْهِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا ذَا الطَّوْلِ وَالْإِنْعَامِ، لا إله إلا أَنتَ، ظَهْرَ اللَّاجِينَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الْخَائِفِينَ.  اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِى أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ م...

ISRA'MIKRAJ-MUQADDIMAH

Imej
  MAKNA ISRA' & MIKRAJ Isra' : Berjalan malam Di dalam Kamus Al Ma'ani menyebutkan: إسراء : (اسم)  مصدر أسرى  أسرى  : سار ليلا   Isra' merupakan masdar kepada Asra, yang membawa maksud (berjalan malam) Di dalam Al Maudu' ada menyebutkan makna Isra' secara Istilah iaitu;  الإسراء اصطلاحاً: هي الرحلة بالنبيّ -صلّى الله عليه وسلّم- من مكّة المكرّمة إلى المسجد الأقصى في فلسطين ليلاً. Isra' secara Istilah : Adalah perjalanan Nabi SAW daripada Kota Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Palestin di waktu malam Kalimah Israil dan Isra' adalah sama bagi sebahagian Ulama, ada Ulama' yang berpandangan bahawa Israil bermaksu Hamba yang berjalan waktu malam seperti yang dijelaskam di dalam Tafsir Jalalain Sebahagian Ulama' yang lain berpandangan, perkataan Israil merupakan bahasa Ibrani yang bermaksud Hamba Allah, Isra bermaksud Hamba dan eil bermaksud Ilah Ulama' tafsir berpandangan bahawa kalimah Israil itu dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi...

DOA BULAN RAJAB-STATUSNYA DAN KHILAF KALIMAH RAJAB

Imej
  بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد Segala Puji Hanya Bagi Allah, InsyaAllah pada kali ini kami Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak akan berkongsi berkenaan Doa Rajab yang selalu diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Pada penulisan kali ini, kami kongsikan status Hadith Doa Rajab dan juga khilaf Ulama Nahu pada kalimat Rajab, semoga bermanfaat STATUS HADITH DOA BULAN RAJAB Di sini kami kongsikan tulisan daripada fb Al Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni, seorang tokoh Ulama Hadith di Malaysia, dengan tidak kami mengubah teks asal walaupun sedikit. Doa Bulan Rejab: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ “Ya Allah berkatilah bagi kami dalam bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” Diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath dan al-Du’a, Ibnu al-Sunni dalam ...

SEJARAH RINGKAS ILMU QIRAAT

Imej
ILMU TAJWID DAN QIRAAT SECARA RINGKAS   Allah swt telah menurunkan al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup di akhir zaman hinggalah ke hari kiamat. Al-Quran ini di turunkan melalui perantaraan malaikat Jibril as kepada Rasulullah saw sebagai utusan Allah kepada umat manusia, dalam menyampaikan ajaran dan hukum-hukumnya. Rasulullah saw telah menyempurnakan tugasnya sebagai penyampai risalah Allah dengan mengajarkan al-Quran kepada para sahabat r.a dan mewariskan mereka dengan al-Quran itu di dalam dada dan amalan mereka.  Para sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan al-Quran kepada para tabi’in selepas mereka, kemudian mewariskan kepada kita al-Quran dalam bentuk tulisan untuk menjaga al-Quran itu dari terus luput dari dada umat Islam. Walaupun al-Quran itu telah di susun dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman r.a beliau tidak sekali mengabaikan sunnah penyampaian al-Quran yang mestilah di warisi terus dari mulut ke mulut. Dalam menjaga kesahihan bacaan al-...