ADAKAH ISTERI PERLU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH?
Soalan ;
Adakah isteri perlu membayar zakat fitrah? Jika suami ingin membayarnya, adakah perlu meminta izin isteri?
Jawapan ;
Zakat fitrah wajib dikeluarkan bagi mereka yang wajib diberi nafkah ke atasnya, berdasarkan ta’rif dari taqrirat sadidah :
كُلُّ مَنْ تَلْزَمُهُ نفقةُ غَيْرِهِ تَلْزَمُهُ فِطْرَتُهُ
“Setiap daripada mereka yang wajib dinafkahi, diwajibkan mereka mengeluarkan zakat fitrah bagi mereka.”
Oleh itu, wajib bagi suami atau ketua keluarga untuk mengeluarkan zakat bagi yang sudah lazim dia nafkahi seperti isteri, anak yang masih kecil, ibu bapa yang di bawah tanggungannya, dengan tanpa minta izin sama sekali.
Wallahualam.
Alfadhil Ustaz Faridzuan bin Abdullah As-Sarawaki
Timbalan Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan