BACAAN SELEPAS SURAH AT-TIN


BACAAN SELEPAS IMAM MEMBACA SURAH AT-TIN

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, InsyaAllah saya ingin kongsikan bacaan Selepas Surah at-Tin dan beberapa surah yang lain;

1. Selepas bacaan Surah AtTin

Imam Nawawi di dalam Al-Azkar menyebut disunat kan apabila membaca (أَلَيْسَ اللَّـهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) maka sebutlah:

بَلَى! وأَنَا عَلَى ذلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ

Maksudnya: Benar! Dan sesungguhnya aku menyaksikan hal itu (Allah SWT seadil-adil Hakim).

2. Selepas Surah alFurqan ayat 53 dan surah alWaqiah ayat 70

Disebutkan di dalam Qaulut Tam Ibu 'Imad bahawa selepas membaca (۞ وَهُوَ ٱلَّذِی مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ هَـٰذَا عَذۡبࣱ فُرَاتࣱ وَهَـٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجࣱ ) dan selepas membaca ((لَوۡ نَشَاۤءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجࣰا ) maka sebutlah;

الحَمْدُ لِلّهِ الَّذِى جَعَلَهُ عَذَابًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ، وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا أُجَاجًا

3. Selepas Surah alMulk ayat 30

Disebutkan di dalam Qaulut Tam Ibu 'Imad bahawa selepas membaca ( فَمَن یَأۡتِیكُم بِمَاۤءࣲ مَّعِینِۭ) maka sebutlah;

الله رَبُّ الْعَالَمِيْنَ

4. Selepas surah alQiyamah ayat 40

Berkata Ibnu 'Imad lagi selepas membaca (أَلَیۡسَ ذَ ٰ⁠لِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰۤ أَن یُحۡـِۧیَ ٱلۡمَوۡتَىٰ) maka sebutlah;

سبحان الله، وَبَلَى

5. Selepas Surah Ali Imran ayat 18

Selepas membaca (شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلۡعِلۡمِ قَاۤىِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ) maka sebutlah;

وَأنَا أَشْهَدُ بِمَا شَهِدَ اللّٰه، وَأَسْتَودَعَ اللّٰه هٰذِهِ الشَّهَادَة، وَهِىَ لِي عِنْدَ اللّٰهِ وَدِيْعَة

6. Selepas surah al'Ala ayat 1

Selepas membaca (بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى) maka sebutlah;

سبحان ربي العُلَى الأَعْلَى الوَهَّاب

6. Selepas surah alWaqiah ayat 74

Selepas membaca (فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِیمِ) maka sebutlah;

سبحان ربي العظيم

7. Selepas surah alA'raf ayat 185

Imam Khatib al-Syirbini di dalam Mughni Muhtaj menyebutkan bahawa Apabila sampai pada ayat (فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ) maka sebutkanlah ;

آمَنْتُ بِاَللَّهِ

8. Selepas membaca (فَبِأَیِّ ءَالَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) pada Surah arRahman maka sebutkanlah;

لاَ بِشَيْءٍ مِنْ نِعْمَةِ رَبِّنَا نُكَذِّب

Kita membaca semua bacaan ini semua adalah kerana beberapa perkara, ini telah disebutkan oleh  Imam An-Nawawi di dalam kitab Raudlatut Thalibin Wa Umdatul Muftin berkata:

يُسْتَحَبُّ لِلْقَارِئِ فِي الصَّلَاةِ، وَخَارِجِهَا، إِذَا مَرَّ بِآيَةِ رَحْمَةٍ، أَنْ يَسْأَلَ الرَّحْمَةَ: أَوْ بِآيَةِ عَذَابٍ، أَنْ يَسْتَعِيذَ مِنْهُ، أَوْ بِآيَةِ تَسْبِيحٍ، أَنْ يُسَبِّحَ، أَوْ بِآيَةٍ مَثَلٍ أَنْ يَتَفَكَّرَ، وَإِذَا قَرَأَ: ﴿أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ﴾ [التِّينِ: 8] قَالَ: “بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدَيْنِ”، وَإِذَا قَرَأَ: ﴿فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ﴾ [الْمُرْسَلَاتِ: 50] قَالَ: “آمَنَّا بِاللهِ”، وَالْمَأْمُومُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لِقِرَاءَةِ الْإِمَامِ عَلَى الصَّحِيحِ.

Disunatkan bagi orang yang membaca Al-Quran baik di dalam mahupun di luar solat ketika sampai kepada ayat rahmat, maka ia meminta rahmat. Ketika sampai kepada bacaan tentang ayat azab, maka ia meminta perlindungan dari azab tersebut. Ketika sampai kepada bacaan ayat tasbih, maka ia membaca tasbih. Ketika sampai kepada ayat tentang perumpamaan, maka ia hendaknya berpikir. Dan ketika ia membaca “Alaisa Allahu bi ahkamil hakimiin/ Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?. (Q.S. At-Tin:8 ), maka ia membaca Balaa wa ana alaa dzaalika minasy syaahidin (benar, Saya menyaksikan hal itu). Ketika membaca ayat Fabiayyi Hadiisin ba’dahu yu’minuun (Maka kepada perkataan apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?)(Q.S. Al-Mursalaat: 50), maka ia  membaca “Aamanna bihi/ Kami beriman kepada Allah”. Dan makmum membaca bacaan tersebut karena bacaan imam menurut pendapat yang shahih.

Muhammad Albakri
Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu Perak

Kenali kami dengan klik di sini PAQAF ALOR PONGSU

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB