SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT, kerana sentiasa memberikan kita nikmatNya yang besar dan kecil, InsyaAllah pada kali ini, kami Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak ingin membuat perkongsian berkenaan Kelebihan dan Doa selepas bacaan surah Al Mulk, semoga bermanfaat
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL MULK
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam Al Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah Al Mulk.
Riwayat Ibn Majah (3786)
Daripada Ibn Abbas R.A, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah Al Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah Al Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Riwayat Al Tirmizi (2890)
Imam Nawawi di dalam Kitan Riyadh Al Shalihin meletakkan di dalam Kitab Al Fadhail, hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
مِنَ القُرْآنِ سُوْرَةٌ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ، وَهِيَ : تَبَارَكَ الذي بيدهِ الملكُ
Maksudnya : Di dalam Al Quran ada sebuah Surah yang berisi tiga puluh ayat yang dapat memberi Syafaat kepada seseorang sehingga ia diampuni, iaitu surah : Tabarakallazi Biyadihi Al Mulk
Riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi (2891)
BACAAN SETELAH SURAH AL MULK
Disebutkan di dalam Kitab Al Qaul Al Tam Fi Ahkam Al Makmum wa Al Imam karangan Al Imam Ahmad Ibn 'Imad Al Din Al Aqfahsi
مسألة : يستحب لكل من الإمام والمنفرد والمأموم إذا سمع قراءة الإمام ومر بآية رحمة أن يقطع القراءة، ويسأل الله عز وجل من رحمته، وإذا قرأ آية فيها ذكر العذاب استحب له أن يستعيذ بالله تعالى منه
Masalah : Disunatkan bagi setiap Imam dan orang yang solat bersendirian serta makmum, apabila mendengar Imam membaca atau ketika membaca ayat-ayat Rahmat untuk memberhentikan bacaan, dan meminta kepada Allah Taala akan RahmatNya. Dan apabila membaca ayat yang di dalamnya disebutkan berkenaan azab Allah, maka disunatkan untuk meminta perlindungan daripada Allah SWT.
Selepas membaca Surah Al Mulk, disunatkan kita membaca
اللّٰهُ رَبُّ العَالَمِيْنَ
Maksudnya : Allah Tuhan Sekalian Alam
Ini kerana Ayat terakhir Surah Al Mulk Allah Berfirman :
Katakanlah wahai Muhammad, Apakah pandangan kamu sekiranya air yang ada di sisi kamu menjadi kering, maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir
Maka untuk menjawab pertanyaan itu, kita katakan Allah Rab Al Alamin seperti di atas
Boleh baca perbahasan yang lebih mendalam berkenaan bacaan yang perlu di baca selepas itu dalam Tulisan kami sebelum ini (Bacaan Selepas ayat Rahmat dan ayat azab)
BACAAN DOA SELEPAS SURAH AL MULK
Doa ini kami naqal daripada Kitab Bekal Akhirat susunan Abuya Al Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam Al Banjari Al Nadwi Al Maliki
Maksudnya :
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keampunan dan keselamatan, dan pemeliharaan yang berterusan pada agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, jauhkanlah kami dari setiap bala dunia dan jauhkanlah kami dari azab kubur dan juga azab Akhirat. Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menamakan surah ini atas lidah Nabi kami Muhammad SAW dengan Al Mani'ah (Yang Menghalang) Al Munjiyah (Yang Menyelamatkan). Ia menjadi penghalang bagi pembacanya akan fitnah Kubur dan Menyelamatkan pembacanya dari azab kubur, dan surah itu akan berhujah untuk pembacanya sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga. Ya Allah, lindungilah kami daripada fitnah Kubur dan azabnya, dan lindungilah kami daripada azab Neraka. Dan masukkanlah kami ke dalam Syurga dengan Syafaat Surah ini yang dimuliakan/diagungkan. Selawat dan Salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Dan segala Pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam
Wallahualam
Kami mengharapkan perkongsian ini ada manfaat untuk kita semua dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, Amalan membaca Surah Al Mulk kini telah menjadi suatu yang dipandang tinggi oleh masyarakat sehingga banyak Masjid dan surau yang membacanya secara beramai-ramai selepas Solat Fardhu Isya
Abu Humaid Muhammad Albakri
Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak
alhamdulillah.terbaik lah ustaz atas perkongsian ilu
BalasPadamقبلنا و تشرفنا
BalasPadamTerima kasih atas oerkongsian
BalasPadam