CARA PUASA ASYURA'

 MARATIB PUASA ASYURA'



SOALAN

Assalamualaikum, Bagaimanakah cara Puasa Asyura'? Adakah boleh puasa pada 10 Muharram sahaja atau perlu puasa 9&10 Muharram?


JAWAPAN

Waalaikumussalam wbt


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على اشرف الانبياء 

المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين اما بعد :

HUKUM PUASA ASYURA'


Para Ulama' Mazhab Imam Syafie meletakkan puasa Asyura' sebagai puasa Tatawwu' (Sukarela). Hukum puasa Asyura' seperti yang telah disebutkan oleh Imam Nawawi adalah Sunat. Ulama Syafieyyah berhujah menggunakan dalil Hadith ;


هذا يوم عاشوراء، ولم يكتب اللهُ عليكم، فمن شاء فليصم، ومن شاء فليُفطر


Hari ini adalah hari Asyura' (Kesepuluh) dan tidak diwajibkan berpuasa ke atas kamu, maka barangsiapa yang hendak puasa maka berpuasalah, dan bagi yang tidak mahu maka tidak perlu berpuasa


MARATIB PUASA ASYURA'


Al Hafizd Ibn Hajar Al Asqalani meletakkan 3 cara atau maratib bagi puasa Asyura'


1. Puasa pada 10 Muharram sahaja

2. Puasa pada 9 dan 10 Muharram

3. Puasa pasa 9,10 dan 11 Muharram


Ada sebahagian Ulama' yang lain menyatakan puasa pada 10 dan 11


PUASA 10 MUHARRAM SAHAJA

Para Ulama' berpandangan tidak mengapa bagi seseorang yang hanya puasa pada 10 Muharram sahaja, ini bertepatan dengan apa yang telah dinaskan oleh Imam Syafie :


لا بأس أن يصوم العاشر وحده


Tidak mengapa jika hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja


Kami naqalkan juga Fatwa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi


ويجوز صيام يوم عاشوراء يوما واحدا فقط، لكن الأفضل صيام يوم قبله او يوم بعده وهي السنة الثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم


Dibolehkan puasa pada hari Asyura' sehari sahaja. Tetapi yang afdhalnya ialah berpuasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya. Dan inilah sunah yang thabit daripada Rasulullah SAW


PUASA 9 & 10 

Puasa 9 dan 10 Muharram adalah puasa yang disukai, ini bertepatan dengan apa yanh disebutkan oleh Imam Nawawi ;


قال النووي : واتفق أصحابنا وغيرهم على استحباب صوم عاشوراء وتاسوعاء


Telah berkata Imam Nawawi : Telah bersepakat para Ashab dan selain mereka atas sunatnya puasa Asyura' dan Tasu'at (9 Muharram)


Di dalam kitab Al Bayan fi Mazhab Al Imam Al Syafie, dimuatkan Hadith berkenaan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ;


صوموا التاسعَ والعاشرَ ولا تَتَشَبَّهوا باليهود


Puasalah pada 9 dan 10 Muharram dan janganlah menyerupai Yahudi


Ini kerana Yahudi, Nasrani, Arab Quraisy dan selain mereka hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja


PUASA 9,10 & 11

Nabi SAW bersabda ;


صوموا عاشوراء، وخالفوا اليهود، وصوموا قبله يوما وبعده يوما


Puasalah pada 10 Muharram, dan berbezalah dengan Yahudi dengan berpuasa sehari sebelum (9 Muharram) dan sehari selepas (11 Muharram)


Imam ibnu Hajar Al Haitami menyatakan berkenaan orang yang berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram adalah perbuatan yang paling sempurna (فهذا أكملها)


Semoga bermanfaat dan selamat beramal


Dikeluarkan oleh


Abu Humaid Muhammad Albakri

Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB