ISRA'MIKRAJ-MUQADDIMAH

 


MAKNA ISRA' & MIKRAJ

Isra' : Berjalan malam

Di dalam Kamus Al Ma'ani menyebutkan:

إسراء : (اسم)  مصدر أسرى 

أسرى  : سار ليلا 


 Isra' merupakan masdar kepada Asra, yang membawa maksud (berjalan malam)

Di dalam Al Maudu' ada menyebutkan makna Isra' secara Istilah iaitu;

 الإسراء اصطلاحاً: هي الرحلة بالنبيّ -صلّى الله عليه وسلّم- من مكّة المكرّمة إلى المسجد الأقصى في فلسطين ليلاً.

Isra' secara Istilah : Adalah perjalanan Nabi SAW daripada Kota Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Palestin di waktu malam

Kalimah Israil dan Isra' adalah sama bagi sebahagian Ulama, ada Ulama' yang berpandangan bahawa Israil bermaksu Hamba yang berjalan waktu malam seperti yang dijelaskam di dalam Tafsir Jalalain

Sebahagian Ulama' yang lain berpandangan, perkataan Israil merupakan bahasa Ibrani yang bermaksud Hamba Allah, Isra bermaksud Hamba dan eil bermaksud Ilah

Ulama' tafsir berpandangan bahawa kalimah Israil itu dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Yaaqub AS seperti mana yang dijelaskan di dalam tafsir Al Bayan

علماؤنا كالمفسر المعروف الطبرسي (ره )يقول في مجمع البيان : ان اسرائيل هو يعقوب بـن اسحاق بن ابراهيم (ع ) وان اسر تعني العبد وئيل بمعنى اللّه , فيكون معنى اسرائيل عبد اللّه .

واضـح ان مـا تـتـحـدث عنه التوراة من مصارعة بين يعقوب والملك الالهي , او بين يعقوب واللّه , خـرافـة وسـخـافـة لاتـتـناسب اطلاقا مع الكتاب الالهي , وهي اوضح دليل على تحريف التوراة الموجودة .

لذلك 

لا يجب علينا ان نقول اسرائيل لان اسرائيل كلمه تنقسم الى قسمين (اسرا _ ئيل) و هي تعني بالسريانيه (عبدالله الصالح) و اذا اطلقناها يقصد بها نبي الله (يعقوب عليه السلام) فلا يجوز ان نقول كلمه اسرائيل في معرض الذم و لكن نقول (اليهود) كما ذكرهم الله في كتابه الكريم :

قال تعالى(و قالت اليهود عزيز أبن الله و قالت النصارى المسيح أبن الله)  التوبه:30

MAKNA MIKRAJ

Mikraj : Perjalanan Langit

Di dalam Al Maudu' menyebutkan makna Mikraj secara Lughah dan Istilah :

 المعراج لغةً: هو المصعد والسلم.

 المعراج اصطلاحاً: هي الرحلة التي تبعت رحلة الإسراء،   من وكانت من بيت المقدس إلى طبقات السماوات العلا 

TARIKH ISRA' MIKRAJ


Di dalam Kitab Al Anwar Al Bahiyyah Min Isra' wa Mikraj Khair Al Bariyyah karangan Al Muhaddith Prof. dr. Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani yang diterjemahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki ada menyatakan bahawa :


Ulama telah bersepakat bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku selepas perutusan Baginda SAW. Namun mereka berselisih pendapat pada menentukan masa berlakunya peristiwa tersebut.


Sebahagian dari mereka menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrah Baginda SAW ke Madinah. Manakala pendapat lain menyatakan, ianya berlaku 5 tahun sebelum hijrah. Menurut pendapat yang masyhur, ia berlaku pada bulan Rajab. Namun pendapat yang lain pula mengatakan ia berlaku pada bulan ramadhan. Dikatakan juga, ia berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal


Isra' dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, iaitu hari kelahiran, kebangkitan, penghijrahan dan kewafatan Rasulullah SAW


[Mukjizat Isra' & Mikraj m/s 16]


Di dalam Kitab Rahiq Al Makhtum Sofiyurrahman Al Mubarakfuri menyatakan bahawa ada 6 pandangan berkenaan masa berlakunya peristiwa agung ini, namun kesemua masih berlegar pada lautan khilaf


Di dalam Kitab Umdah Al Qari dan Al Minhaj menyatakan beberapa khilaf ulama tentang masa berlakunya peristiwa tersebut


1) Tahun ke 2 setelah perutusan Baginda SAW


2) Tahun ke 5 setelah perutusan Baginda SAW, ini merupakan pandangan Imam Nawawi dan Imam Al Qurthubi


3) 27 Rajab Tahun ke 10 setelah perutusan Baginda SAW, ini merupakan pandangan Al Manshur Al Faury


4) Bulan Rabi'ul Awwal Tahun ke 13 setelah perutusan Baginda SAW, ini pandangan Imam Al Baihaqi yang mana beliau mengambil dari Al Zuhriy


5) 19 bulan sebelum Hijrah Baginda SAW bertepatan dengan bulan Zulqa'dah, ini pandangan Al Saadi


6) 27 Rabi'ul Awwal 1 Tahun sebelum Hijrah Baginda SAW, ini pandangan Al Harbi


7) Bulan Ramadhan Tahun ke 12 setelah perutusan Baginda SAW, 16 bulan sebelum Hijrah


8) Bulan Muharram 13 Tahun setelah perutusan Baginda SAW setelah perutusan Baginda SAW.

SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ

Sambutan berbentuk peringatan adalah suatu adat, telah menjadi adat manusia untuk berhimpun beramai-ramai bagi menghidupkan hari-hari Kebesaran Islam yang bersejarah seperti Maulid Nabi SAW, Hijrah Nabi SAW, Nuzul Al Quran, dan memperingati peperangan badar

[Prof Dr. Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi Al Maliki]

Kita meraikan atau menyambut Isra' & Mikraj adalah tidak lain dan tidak bukan untuk meraikan dan membesarkan Baginda SAW yang kita kasihi, ini berdasarkan firman Allah SWT ;

(ذَ ٰ⁠لِكَۖ وَمَن یُعَظِّمۡ شَعَـٰۤىِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ)

[Surah Al-Hajj 32]

Maksudnya : Dan Sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda kebesaran) Allah, sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah

Di dalam sambutan Isra' & Mikraj, kita akan menceritakan kisah Nabi SAW pada peristiwa Agung iaitu Perjalanan Nabi dari Kota Mekah ke Palestin kemudian naik pula ke Sidratil Muntaha, menceritakan kisah-kisah ini banyak menatijahkan kesan yang positif pada masyarakat dan pemikiran umat Islam. Allah Taala Berfirman ;


(وَكُلࣰّا نَّقُصُّ عَلَیۡكَ مِنۡ أَنۢبَاۤءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ وَجَاۤءَكَ فِی هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةࣱ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِینَ)

[Surah Hud 120]

Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hati kamu dengannya

Maka, menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi program-program dan majlis-majlis seperti ini kerana mempunyai kebaikan dan kebajikan

TAFSIR AYAT 1 SURAH AL ISRA'

(بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ)

[Surah Al-Isra' 1]

Maksudnya : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Haram (di Mekah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ayat ini diturunkan bagi menolak kaum musyrikin yang mendustakan peristiwa Isra' & Mikraj setelah Nabi SAW memberitahu mereka

Kalimah (سُبۡحَـٰنَ)

Bermaksud mensucikan Allah dari segala keburukan. 

Di dalam Kitab Mir'aat Al Salikin terjemahan Kitab Al Dardir menyatakan bahawa Allah memulakan ayat ini dengan kalimah Tasbih adalah kerana ingin menunjukkan apa yang diberitahu oleh Nabi SAW adalah benar tidak syak lagi

Kalimah ini juga menunjukkan bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj ini adalah untuk menggembirakan hati Nabi SAW

Kalimah (بِعَبۡدِهِۦ)

Ulama' sepakat menyatakan bahawa maksud perkataan hamba di sini adalah Nabi Muhammad SAW. Gelaran ini merupakan semulia-mulia gelaran kepada Sayyiduna Muhammad SAW

Allah Ta'ala Menyebutkan dengan hamba, dengan tidak menyebutkan Nama Nabi Muhammad adalah kerana menunjukkan Baginda SAW telah sampai maqam sempurna Sifat Ubudiyah. Tidak ada seorang Mukmin satu sifay yang lebih sempurna dan tinggi daripada sifat Ubudiyah

Kalimah (لَیۡلࣰا)

Allah Ta'ala menyebutkan kalimah lailan dengan lafaz Nakirah yang menunjukkan masa Nabi Isra' & Mikraj itu tidak sampai satu malam, bahkan kurang. Hanya satu perempat atau satu pertiga malam sahaja

Kalimah (أَسۡرَىٰ)

Allah menyebut kalimah (أَسۡرَىٰ) tidak menyebutkan kalimah (أَطْرُق) atau (أَمْشِي) adalah kerana menunjukkan berjalan dengan cepat dengan menaiki tunggangan yang pantas di waktu malam

Jalan di dalam bahasa arab itu sangat banyak dan membawa makna yang tersendiri, sebagai contoh di bawah ;

أُسْلُوْب، جَادَّة، دَرْب، سَبِيْل، سِكَّة، شَارِع، صِرَاط، صُوْرَة، طَرِيْق، طَرِيْقَة، كَيْفِيَّة، مَجَاز، مَسَار، مَسْلَك، مَسِيْرَة، مَنْحًى، مِنْهَاج، مَنْهَج، نَحْو، نَهْج، هَدْي، وَتِيْرَة، وَجْه، وُجْهَة

ISRA' & MIKRAJ BERLAKU ROH DAN JUGA JASAD


Di dalam Kitab Al Anwar Al Bahiyyah karangan Prof Dr Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki, beliau menegaskan bahawa Ulama' bersepakat bahawa peristiwa ini berlaku dengan ruh dan jasad Baginda Nabi SAW. Ini jelas dibuktikan oleh Al Quran dan Hadith yang shahih, bahkan ia perkara yang boleh diterima akal dan tidak mustahil di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT; 


(بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ)

[Surah Al-Isra' 1]

Perkataan "hamba" di dalam ayat di atas menunjukkan bahawa peristiwa ini berlaku secara ruh dan jasad

Selain itu firman Allah SWT,

(مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ)

[Surah An-Najm 17]

Maksudnya : Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berpaling daripada Yang dilihatnya itu, dan tidak pula melampauinya

Ayat ini jelas membuktikannya kerana disandarkan kepada penglihatan Baginda SAW. Sesuatu yang disandarkan kepada penglihatan, tentulah berlaku secara jaga dan disertai dengan jasad sebagaimana Firman Allah Ta'ala;

(لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَایَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰۤ)

[Surah An-Najm 18]

Demi Sesungguhnya, Baginda SAW telah melihat sebahagian dari sebesar-besae tanda (yang membuktikan seluas-luas perintahan dan kekuasaan (Tuhannya)

Perkara ini juga jelas dibuktikan bahawa peristiwa ini adalah mukjizat, maka jika hanya bermimpi, apa lah yang dikatakan mencarik adat?

Jikalau hanya berlaku di dalam mimpi, sudah pasti orang-orang kafir tidak menolak dan membantah Baginda SAW ketika mengkhabarkan kepada mereka

Begitu juga orang-orang Islam yang lemah iman mereka, keluar daripada agama (Murtad) kerana tidak percaya, jika ia hanya mimpi pasti mereka akan percaya

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya dan Sa'id Ibn Mansor di dalam sunannya daripada Ibn Abbas,mengenai firman Allah Ta'ala 

Beliau berkata : Ia adalah penglihatan mata yang dilihat oleh Rasulullah pada malam Baginda diIsra'kan

Said menambah : bukannya dilihat di dalam mimpi

PERISTIWA SEBELUM ISRA' & MIKRAJ

Sebahagian Ulama berpandangan pada tahun ke-10 Hijrah, iaitu tarikh kesedihan Rasulullah SAW di atas kematian dua Insan tersayang iaitu Isteri Rasulullah SAW Siti Khadijah dan juga bapa saudara Rasulullah SAW Abu Thalib

Kematian Isteri membuatkan hilanglah tempat mengadu keluh kesah Rasulullah SAW, manakala kehilangan Abu Thalib membuatkan orang kafir Quraisy semakin berani menentang Rasulullah SAW

TITIK PERMULAAN UNTUK DIISRA'KAN

Ketika itu umur Baginda 50 Tahun mengikut sebahagian riwayat

Baginda SAW berada di dalam rumah ibu saudaranya Ummu Hani, kemudian pada jam 8 malam turun Malaikat Jibril AS menjemput Baginda SAW. Sebelum bertolak Malaikat Jibril bawa Baginda Nabi ke Hijir Ismail untuk proses pembelahan dada

Perjalanan ini dilakukan tanpa pengetahuan Baginda SAW, ia secara mengejut. Ini berdasarkan hadith Baginda SAW Bersabda :

بينما انا

Maksudnya : Sedang aku

Lalu Baginda Nabi SAW menaiki tunggangan Syurga yang dinamai sebagai Buraq, pergilah Baginda SAW ke masjid Al Aqsa dengan perjalanan yang berkat

PERISTIWA BELAHAN DADA

Malaikat Jibril membelah dada Baginda SAW yang mulia kemudian mengeluarkan hati Baginda SAW. Kemudian Jibril membasuhnya sebanyak 3 kali dengan air zamzam. Jibril dibantu oleh Malaikat Mikail ketika proses tersebut


Baginda SAW dibelah dada sebanyak 4 kali 

1) Ketika kecil sewaktu tinggal di perkampungan Bani Sa'ad


2) Semasa berumur 10 tahun


3) Ketika Kebangkitan menjadi Rasul


4) Malam Isra'

Proses pembelahan dada Baginda SAW ini berlaku secara hakiki, tidak boleh kita takwilkan kepada secara maknawi. Allah Maha Berkuasa atas sesuatu

Ulama' menyebutkan ketika dibasuh dada Baginda SAW, dicabut rasa sakit dari Baginda SAW

Dalam satu riwayat berkata : bahawa Jibril mengeluarkan segumpal darah dan berkata : ini adalah bahagian daripada Syaitan di dalam dirimu

Syeikh Dardir berkata : Ia adalah tempat was-was syaitan

Berkata Al Arif Billah Sayyid Ali Al Habsyi di dalam Al Akhbar wal Al Athar :

وما أخرَجَ الأَمْلاَكُ من قلبه أَذَى

ولكنهم زَادُوهُ طُهْرًا على طهر

 Tidaklah para malaikat mengeluarkan dari hati Baginda SAW sebarang kekotoran

Akan tetapi mereka menambah baginya kesucian atas kesucian


Akan bersambung.......


Abu Humaid Muhammad Albakri

Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB