Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

SIFAT BAQA'- TAUHID 20

Imej
  SIFAT BAQA' Ertinya : Kekal/Tiada Pengakhiran Sifat Baqa' termasuk di dalam perbahasan sifat Salbiyah. Sifat Baqa' berada pada susunan ketiga mengikut Tartib Al Zikri dan Tartib Ta'aqquli. Sifat Baqa' dibicarakan setelah Sifat Qidam. Untuk memudahkan memahami sifat Baqa' ini, boleh lah membaca dahulu berkenaan Sifat Qidam yang telah kami tulis sebelum ini.  Sifat Qidam PENGERTIAN SIFAT BAQA' Takrif Sifat Baqa' ialah : عبارة عن عدم الآخِرِيَّةِ للوجود Suatu Ibarat (kefahaman) yang menunjukkan tidak ada pengakhiran (atau kesudahan) bagi kewujudan Allah Ta'ala Dalam pengertian lain البقاء بعد فناء الشيء Yang kekal selepas yang lain binasa Di dalam Hasyiah Al Syeikh Ibrahim Al Bajuri Ala Matn Al Sanusi juga menyatakan perkara yang hampir sama dengan kata beliau  قوله البقاء) : هو في حقه تعالى عدم الآخرية) Telah berkata (pengarang Matan Sanusi) Al Baqa' : Iaitu pada hak Allah Ta'ala itu tiada pengakhiran bagi kewujudanNya Di dalam Kitab Al Bahja...

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT, kerana sentiasa memberikan kita nikmatNya yang besar dan kecil, InsyaAllah pada kali ini, kami Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak ingin membuat perkongsian berkenaan Kelebihan dan Doa selepas bacaan surah Al Mulk, semoga bermanfaat KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL MULK Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam Al Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah Al Mulk. Riwayat Ibn Majah (3786) Daripada Ibn Abbas R.A, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki y...

HUKUM CABUT RUMPUT DI ATAS KUBUR

Imej
 SOALAN APAKAH HUKUM MENCABUT RUMPUT DI ATAS KUBUR? JAWAPAN بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد Alhamdulillah, Syukur pada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita, bagi menjawab persoalan di atas, kami Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak menaqalkan jawapan/tulisan daripada Alfadhil Ustaz Muhaizad Muhamed seperti di bawah : HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR Mukadimah Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi ﷺ bersabda, ketika berjalan melewati dua kubur yang penghuninya sedang diseksa: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ، وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ Maksudnya: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang diseksa, dan tidaklah keduanya diseksa disebabkan berbuat dosa besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci sete...

HUKUM PUASA PADA BULAN REJAB-FATWA PULAU PINANG

Imej
  SOALAN   APAKAH HUKUM PUASA PADA BULAN RAJAB DAN SYA'BAN? JAWAPAN بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد Bagi menjawab persoalan ini, kami naqalkan jawapan daripada Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi memudahkan kita semua, ini kerana ramai di kalangan Asatizah sendiri terutamanya yang cenderung kepada fahaman wahabi, mereka menyatakan bahawa tidak boleh puasa kerana tidak mempunyai dalil dari Hadith Baginda SAW. Maka bagi mengangkat kemusykilan masyarakat, kami bawakan jawapan daripada Muzakarah Fatwa seperti di bawah ; 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗔𝗕𝗔𝗡 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2018 yang bersidang pada 29-30 April 2018 telah memutuskan: i. Puasa pada bulan Rejab dan Syaaban merupakan sunnah Nabi SAW dan tiada halangan untuk berpuasa penuh pada bulan-bulan tersebut.   ii. Ini berdasarkan pandangan Imam Ibn Hajar Al-Hai...

BULAN RAJAB-SUATU PENGENALAN

Imej
  BULAN RAJAB-SUATU PENGENALAN بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد Assalamualaikum wbt InsyaAllah pada bicara kali ini Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu akan membahaskan berkenaan pengenalan Bulan Rajab Firman Allah SWT ; (إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ) [Surah At-Tawbah 36] Ertinya : “Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan)...

ASAL USUL PERKATAAN SEMBAHYANG

Imej
  AGAMA KAPITAYAN DAN ASAL USUL PERKATAAN SEMBAHYANG PERKATAAN SEMBAHYANG Dikatakan perkataan sembahyang ni berasal dari bahasa melayu kuno. Mengikut kepercayaan orang nusantara dulu, kita menganut agama kapitayan, agama sebelum animisme, ada juga yang kata ia sezaman dengan animisme. Kapitayan ni lebih banyak diamalkan di kepulauan jawa, namun boleh dikatakan kapitayan ni agama rasmi bagi nusantara pada waktu itu.  Agama kapitayan ni dikatakan agama monoteisme, menyembah satu identiti tunggal tuhan yang dipanggil Sanghyang Taya. Jika diterjemahkan secara harfiahnya, Hyang tu bermaksud Tuhan/dewa, manakala Taya tu membawa makna kosong atau hampa.  Kalau disimpulkan, ia bermakna Tuhan yang ada tapi tidak kelihatan jisimnya. Ada tapi tak ada. Dikatakan juga tempat bagi Hyang ni bersemayam dipanggil Kahyangan. Satu tempat yang tinggi yang sesuai bagi para dewa/tuhan.  Konsep ketuhanan agama kapitayan ni disebut 'tan kena kinaya ngapa', yang bermaksud sesuatu yang tidak ...

SIFAT QIDAM- TAUHID 20

Imej
  SIFAT QIDAM Ertinya : Sediakala/Tiada Permulaan Sifat Qidam termasuk di dalam pembahagian Sifat Salbiyyah. Sifat Salbiyyah ada enam iaitu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Ta'ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Bi Nafsihi dan Wahdaniyyah. InsyaAllah akan dibahaskan kesemuanya PENGERTIAN QIDAM Di dalam Kitab Tahshil Nail Al Maram li Bayan Manzhumah Aqidah Al Awwam karangan Al Syeikh Al Sayyid Al Syarif Ahmad Al Marzuqi Al Makkiy menyatakan : ومعنى (القديم) الذي لا أول له ولا آخر له، وهو ذات الله تعالى وصفاته Dan makna (Qadim) yang tiada Awal bagiNya dan tiada Akhir bagiNya, tiada yang mendahului Zatnya dan SifatNya ومعنى (الأول) اتصف بالوجود قبل كل موجود ومعنى (الأخر) الذي لم يزل متصفا بالوجود، فهو أول بلا ابتداء، وآخر بلا انتهاء  Yang disifatkan dengan kewujudanNya sebelum tiap-tiap yang diciptakan Kewujudan Allah Ta'ala yang Awal tiada permulaan, dan Akhir tiada kesudahan Di dalam Kitab Nur Al Zhalam karangan Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi juga menyatakan perkara yang hampir sama denga...

HUKUM MENGHINA NABI

Imej
 HUKUM MENGHINA NABI SAW  Firman Allah Taala, (إِنَّ ٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا) [Surah Al-Ahzab 57] Sesungguhnya orang-orang yangg menyakiti Allah dan RasulNya, maka Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina Para Ulama' telah menggariskan hukum yang jelas dan tegas bagi penjenayah yang mencaci Baginda Nabi SAW Imam Qadhi 'Iyadh ibn Musa al Yahsubi al Maliki berpandangan, أجمعت الأمةُ على قتل مُتَنَقِصِهِ من المسلمين وسابِّه Ijma' Ulama telah menetapkan bahawa dihukum bunuh bagi  orang-orang islam yg merendah2kan kedudukan Nabi SAW serta mencacinya Kata Saiduna Umar Al Khattab ; من سب اللهَ أو سب أحدا من الأنبياء فاقتلوه Barangsiapa yg mencaci Allah atau mencaci salah seorang dari para Nabi, maka bunuhlah dia Daripada Khulaid, bahawa ada seorang lelaki yang mencaci Umar Abdul Aziz, maka setelah diceritakan kepadanya, Umar Ab...

7 KEISTIMEWAAN KURMA AJWA

Imej
1. DISEBUT DALAM HADIS Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu: Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779]. Disebabkan hadis yang cukup popular ini, kurma ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia. 2. CIRI YANG UNIK Kurma ini disifatkan berwarna lebih gelap, saiznya lebih kecil. Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain. Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun kurma ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain. 3. SUMBER ANTIOKSIDAN Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalk...

HUKUM BERDEHEM DI DALAM SOLAT

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد Soalan  Apa hukum Imam berdehem waktu dia baca Fatihah dalam solat? Jawapan Tidak batal kerana berdehem adalah uzur baginya ketika itu. Dalam Mazhab Syafie Imam yang berdehem perlu diteliti sebelum kita menghukum Di sini saya naqal beberapa Qaul Ulama' berkaitan kes ini, yang tiak sempat saya naqalkan, mohon asatizah lain letakkan diruangan komen untuk manfaat bersama, Terima Kasih وفي تنحنح ونحوه، لغلبة ان قلا، ولتعذر ركن قولى وان كثر Dan pada berdehem-dehem atau seumpamanya, kerana hendak membaiki bacaan sekiranya sedikit, dan diberi keuzuran pada rukun qauli walaupun berdehem dengan banyak Tuhfatul Tullab Syarh Tahrir Syeikhul Islam Zakaria Al Ansari RH (لا) تبطل (بيسير نحو تنحنح) عرفا (لغلبة) عليه، (و) لا بيسير (كلام) عرفا، كاكلمتين والثلاث.  Tidak batal sembahyang dengan sedikit seumpama berdehem-dehem dengan sedikit pada 'uruf ker...

WIRID TARIQAT SHATTARIYYAH

Imej
Al Allamah Tuan Guru Haji Isa Gerik Ustaz Ahmad Sharkhawi bin Ishak wirid Tariqah Shattariyyah PDF ini merupakan Pimpinan  Al Allamah Tuan Guru Haji Isa Gerik dan diwakilkan kepada Ustaz Ahmad Sharkhawi bin Ishak WIRID TARIQAT SHATTARIYYAH