7 KEISTIMEWAAN KURMA AJWA



1. DISEBUT DALAM HADIS


Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:


Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ


Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.


[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].


Disebabkan hadis yang cukup popular ini, kurma ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia.


2. CIRI YANG UNIK


Kurma ini disifatkan berwarna lebih gelap, saiznya lebih kecil.

Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.

Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun kurma ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain.


3. SUMBER ANTIOKSIDAN


Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.


4. MELINDUNGI DARIPADA JANGKITAN


Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.

Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen!


5. KHASIAT UNTUK IBU MENAGDUNG & MENYUSU


Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang kongsikan resepi jus kurma susu, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu.


Secara saintifiknya, Journal of Environmental & Analytical Toxicology juga mendapati bahawa kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.


Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.


6. LEBIH SESUAI DIMAKAN OLEH PESAKIT DIABETES


Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.

Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.


7. MELANCARKAN PENGHADAMAN


Bulan puasa ini memang mudah untuk kita terkena sembelit atau sukar menghadam makanan kerana kekurangan air pada siang hari dan waktu makan yang berubah.

Amat digalakkan untuk amalkan kurma ajwa pada bulan ini kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.


Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB