HUKUM MENGHINA NABI
HUKUM MENGHINA NABI SAW
Firman Allah Taala,
(إِنَّ ٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا)
[Surah Al-Ahzab 57]
Sesungguhnya orang-orang yangg menyakiti Allah dan RasulNya, maka Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina
Para Ulama' telah menggariskan hukum yang jelas dan tegas bagi penjenayah yang mencaci Baginda Nabi SAW
Imam Qadhi 'Iyadh ibn Musa al Yahsubi al Maliki berpandangan,
أجمعت الأمةُ على قتل مُتَنَقِصِهِ من المسلمين وسابِّه
Ijma' Ulama telah menetapkan bahawa dihukum bunuh bagi orang-orang islam yg merendah2kan kedudukan Nabi SAW serta mencacinya
Kata Saiduna Umar Al Khattab ;
من سب اللهَ أو سب أحدا من الأنبياء فاقتلوه
Barangsiapa yg mencaci Allah atau mencaci salah seorang dari para Nabi, maka bunuhlah dia
Daripada Khulaid, bahawa ada seorang lelaki yang mencaci Umar Abdul Aziz, maka setelah diceritakan kepadanya, Umar Abdul Aziz menulis
أنه لا يُقتل إلا من سب رسولَ الله صلى الله عليه وسلم
Sesungguhnya tidak dijatuhkan hukuman bunuh bagi orang yang melakukan perbuatan mencaci, kecuali bagi orang yang mencaci Rasulullah SAW
Berkata Habib Ibn Rabi' al Qarawi r.a,
مذهبُ مالك وأصحابِه أنَّ من قال فيه عليهم السلام ما فيه نَقْصٌ قُتِلَ دون استِتَابة
Di sisi mazhab Malik dan sahabat2nya, bahawa sesiapa yang merendah2kan martabat Nabi, maka dibunuh tanpa perlu diminta bertaubat
Berkata Imam Ahmad Ibn Hanbal,
كل من شتم النبيَّ صلى الله عليه وسلم أو تَنَقَّصَهُ مُسْلِمًا كان كافرا فعليه القتلُ، وأرى أن يُقتلَ ولا يُستَتَابُ
Setiap orang yg mencaci Nabi SAW atau memperkecilkan kedudukannya, sama ada orang itu Muslim atau Kafir, maka hendaklah dia dibunuh, dan saya berpendapat dia dihukum bunuh tanpa disuruh bertaubat
Masih banyak lagi dalil nas AlQuran AlHadith dan Ijma' Ulama di dalam perkara ini, kami hanya menyebutkan sedikit sahaja sebagai rujukan asas
Jangan Hina Nabi Muhammad, dan semoga Allah membalas dengan balasan yang setimpal bagi penjenayah menghina dan mencaci insan Agung Nabi Muhammad SAW
Abu Humaid Muhammad Albakri
LAJNAH AL-TA'LIM WA AL-TARBIYAH PAQAF ALOR PONGSU PERAK
Ulasan
Catat Ulasan