SIFAT QIDAM- TAUHID 20

 


SIFAT QIDAM


Ertinya : Sediakala/Tiada Permulaan


Sifat Qidam termasuk di dalam pembahagian Sifat Salbiyyah. Sifat Salbiyyah ada enam iaitu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Ta'ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Bi Nafsihi dan Wahdaniyyah. InsyaAllah akan dibahaskan kesemuanya


PENGERTIAN QIDAM


Di dalam Kitab Tahshil Nail Al Maram li Bayan Manzhumah Aqidah Al Awwam karangan Al Syeikh Al Sayyid Al Syarif Ahmad Al Marzuqi Al Makkiy menyatakan :


ومعنى (القديم) الذي لا أول له ولا آخر له، وهو ذات الله تعالى وصفاته


Dan makna (Qadim) yang tiada Awal bagiNya dan tiada Akhir bagiNya, tiada yang mendahului Zatnya dan SifatNya


ومعنى (الأول) اتصف بالوجود قبل كل موجود


ومعنى (الأخر) الذي لم يزل متصفا بالوجود، فهو أول بلا ابتداء، وآخر بلا انتهاء 


Yang disifatkan dengan kewujudanNya sebelum tiap-tiap yang diciptakan


Kewujudan Allah Ta'ala yang Awal tiada permulaan, dan Akhir tiada kesudahan


Di dalam Kitab Nur Al Zhalam karangan Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi juga menyatakan perkara yang hampir sama dengan katanya


وقوله الناظم : (القديم الأول) إلى أخره، قال الحليمي : معنى القديم أنه الموجود الذي ليس لوجوده ابتداء، والموجود الذي لم يزل


Makna Qadim itu sesungguhnya  Ada itu ada, tidak ada pada KewujudanNya itu permulaan


Di dalam Al Bahjah Al Saniyyah Syarh Al Kharidah Al Bahiyyah karangan Al Syeikh Maulana Hasan Muhammad Al Mashath pula dengan pentakrifan yang mudah dan padat, kata Musannif


ومعنى القدم : سلب الأولية، وأن الله تعالى لا أولية لوجوده


Dan makna Qidam : Menolak ada Permulaan, dan sesungguhnya Allah Ta'ala tidak ada awal bagi kewujudanNya


Para Ulama' juga mentakrifkan Sifat Qidam ini dengan ;


عبارةٌ عَنْ عَدَمِ أَوَلِيَّةِ الوُجُودِ


Iaitu suatu ibarat (kefahaman) yang menunjukkan tidak ada Permulaan bagi wujud Allah Ta'ala


Ia bermaksud Allah itu ada dengan tiada permulaan dan telah ada sejak Azali lagi. 


Azali adalah keadaan di mana tidak ada makhluk apa pun pada ketika itu melainkan hanya Allah sahaja. Hanya Allah yang ada ketika itu, tidak ada Arasy, alam semesta, langit, bumi, atas, bawah, depan, belakang, malaikat, jin dan lain-lain


Rasulullah SAW Bersabda :


كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ


Dialah Allah yang pada waktu itu tidak ada sesuatu pun selainNya


(Riwayat Al Bukhari & Ibnu Jarud)


Azali tidak ada Permulaan tetapi ada pengkhiran, akhirnya ialah ketika Allah menciptakan makhlukNya yang pertama, Ulama khilaf akan perkara ini


Makna Azali ini dipetik di dalam Kitab Sifat 20 Suatu Pengenalan Asas karangan Ustaz Muhadir Hj Joll


Di dalam kitab Bakurah Al Amani karangan Syeikh Alllamah Ismail bin Abd Qadir Al Fathani mengatakan bahawa : Qidam seperti ini dinamakan dengan Qidam Haqiqi


Allah Ta'ala ada tanpa Permulaan, tidak diciptakan dan tidak mencipta dirinya sendiri


PEMBAHAGIAN SIFAT QIDAM


Untuk Allah ;


1) Qadim Sifati


Tiada permulaan bagi sifat Allah SWT


2) Qadim Zatiy


Tidak ada Permulaan bagi Zat Allah SWT


Untuk Makhluk ;


3) Qadim Idhafi


suatu yang ada dahulu sebelum suatu yang lain seperti ayah ada dahulu sebelum anak


4) Qadim Zamani


Telah didahului oleh masa sekurang-kurangnya setahun


DALIL NAQLI


(هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡـَٔاخِرُ وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلۡبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمٌ)


[Surah Al-Hadid 3]


Dialah yang Awal dan yang Akhir dan yang Zahir dan yang Batin, dan Dia Allah Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu


Antara doa yang dibaca oleh Nabi SAW ialah


اللهمَّ أَنتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيءٌ


Ya Allah, Engkau yang Mula, tidak ada sesuatu pun sebelumMu


DALIL AQLI


Jika Allah Ta'ala bukan Qadim, maka Allah Ta'ala itu baharu, jika Allah baharu pastilah ia diciptakan, maka ini adalah Mustahil


Jika Allah dicipta dan memerlukan pencipta lain, maka akan terjadilah Daur dan Tasalsul iaitu berpusing-pusing dan bersambung-sambung, kedua-dua ini tidak akan ada kesudahan dan mustahil atas Allah Ta'ala


PERBAHASAN DAUR & TASALSUL


MAKNA DAUR


تَوَقُّفُ شَيْءٍ عَلَى شيءِ يَتَوَكَفُ عَلَيه إِمَّا بِمَرتَبَتَيْنِ أو مَرَاتِبٍ


Terhenti sesuatu atas sesuatu yang lain dan ada sesuatu yang lain terhenti ia atasnya (sesuatu yang pertama) sama ada dua martabat atau beberapa martabat


MARTABAT DAUR (دَورٌ)


1) Daur Mushorrah (دور مصرح)


Faridzuan dijadikan oleh Mohsein, Mohsein dijadikan oleh Faridzuan, begitulah seterusnya tanpa ada kesudahan


2) Daur Mudhmar (مضمر)


Faridzuan dijadikan oleh Mohsein, Mohsein dijadikan oleh Fahmi, dan Fahmi dijadikan oleh Baihaqi, dan Baihaqi dijadikan oleh Faridzuan lagi begitulah seterusnya tanpa ada kesudahan


Allah Ta'ala tidak ada Permulaan, jika ada Permulaan maka akan jadilah seperti Daur di atas dan ianya Mustahil bagi Allah


MAKNA TASALSUL (تَسَلْسُلٌ)


تَرتِيبُ أُمُورٍ غَيرُ مُتَنَاهِيَةٌ


Tersusun beberepa perkara tanpa ada kesudahan


Contoh : Faridzuan dijadikan oleh mohsein, Mohsein dijadikan oleh Baihaqi dan Baihaqi dijadikan oleh Fahmi dan seterusnya sehingga tidak tahu yang manakah paling awal


Akal tidak dapat memikirkan tasalsul dan ia berlawanan dengan akal, maka ia adalah Mustahil


------------------------------------------------------------------


ALLAH PALING AWAL?


Bukanlah yang dimaksudkan dengan tiada permulaan itu bahawa Allah yang paling awal ada kerana ia boleh membawa makna boleh didahului oleh tiada. Sebagai contoh Faridzuan adalah orang pertama yang sampai di kelas, maka sebelum Faridzuan sampai kelas kosong dan tiada sesiapa. Maka Allah itu Ada tiada Permulaan, Allah sudah sedia ada atau juga disebutkan (السبق على الأشياء) iaitu yang mendahului di atas yang lain


Ada sebahagian Asatizah Wahabi yang menyatakan bahawa kalimah Qadim adalah direka-reka oleh Ulama' silam dan tiada dalil, maka kami jawab bahawa lafaz ini mempunyai dalil seperti yang disebutkan di dalam Sunan Abi Daud;


الجزء رقم :1، الصفحة رقم:228

466 حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ بِشْرِ بْنِ مَنْصُورٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ ، عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ قَالَ : لَقِيتُ عُقْبَةَ بْنَ مُسْلِمٍ فَقُلْتُ لَهُ : بَلَغَنِي أَنَّكَ حَدَّثْتَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ قَالَ : " أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ". قَالَ : أَقَطْ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ. قَالَ : " فَإِذَا قَالَ ذَلِكَ قَالَ الشَّيْطَانُ : حُفِظَ مِنِّي سَائِرَ الْيَوْمِ ".


حكم الحديث: صحيح


Aku Berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan ZatNya yan Maha Mulia serta kerajaanNya yang Qadim, daripada Syaitan yang direjam


Wallahualam


Abu Humaid Muhammad Albakri


Lahjah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB