BULAN RAJAB-SUATU PENGENALAN

 

BULAN RAJAB-SUATU PENGENALAN




بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد


Assalamualaikum wbt


InsyaAllah pada bicara kali ini Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu akan membahaskan berkenaan pengenalan Bulan Rajab


Firman Allah SWT ;


(إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ)


[Surah At-Tawbah 36]


Ertinya : “Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa.” 


Maka berdasarkan ayat di atas, kita dapat mengetahui bahawa Bulan Rajab juga termasuk di dalam bulan-bulan Haram seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SWT;


عَنِ ابْنِ أَبِي بَكْرَةَ ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ؛ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ؛ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ : ذُو الْقَعْدَةِ، وَذُو الْحِجَّةِ، وَالْمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ ".


Ertinya ; Diriwayatkan dari Abi Bakrah r.a dari Nabi SAW sesungguhnya beliau telah bersabda: Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya berturut-turut, iaitu bulan Zulqa'dah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak antara Jumadilakhir dan Sya’ban.

(Lihat Shahih Bukhari Juz 6, m/s 66, Hadith ke 4662)


SIAPAKAH KABILAH MUDHAR?


Syeikh Mustafa al-Bugho mengatakan Rajab Mudhar ini dinisbahkan kepada Bani Mudhar kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain, ini seperti apa yang telah disebutkan oleh beliau ketika menta’liqkan hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari.

Penyandaran nama ini kepada Kabilah Mudhar juga disebutkan oleh Ibn Manzur pengarang Kamus Agung Lisan Al Arab seperti kata beliau :

وأوضح ابن منظور سبب إضافة رجب إلى قبيلة «مضر»: لأن مضر كانت تزيد في تعظيمه، واحترامه، فنسب إليهم لذلك، وقيل: بل كانت قبيلة "ربيعة" تحرم رمضان، وتحرم مضر رجبًا، فلذلك سماه رجب مضر رجبًا

Dan telah menjelaskan Ibn Manzur atas sebab disandarkan Rajab kepada Kabilah Mudhar : kerana sesungguhnya mereka sangat-sangat membesarkan dan memuliakan bulan Rajab, maka dinisbahkan nama tersebut kepada mereka


MAKNA RAJAB


رجب من الترجيب أي التعظيم، و كان الناس في الجاهلية يعظمون هذا الشهر و يحرمون فيه القتال.

Bulan Rajab adalah bermaksud memuliakan dan, mengagungkan, dan adalah masyarakat Arab pada zaman Jahiliyyah sangat-sangat memuliakan dan membesarkan bulan ini dan mengharamkan peperangan di dalamnya


Di dalam Kamus Al Ma'ani mennyatakan bahawa jamak kepada Rajab Adalah Arjab, bulan yang ketujuh pada Tahun Hijrah, ia datang selepas Jumadil Awwal dan selepasnya adalah Sya'ban. Bulan ini diharamkan peperangan dan pembunuhan padanya


رَجَب : (معجم الغني) : (معجم الغني)

جمع: أَرْجَابٌ، رُجُوبٌ : الشَّهْرُ السَّابِعُ مِنَ السَّنَةِ الهِجْرِيَّةِ يَأْتِي بَعْدَ جُمَادَى الثَّاِنِيَةِ وَيَلِيهِ شَعْبَاِنُ، عَدَدُ أيَّامِهِ (30) يَوْماً أو (29) يَوْماً- عِشْ رَجَباً تَرَ عَجَباً : (مثل).


[قاموس المعاني عربي عربي]

NAMA-NAMA BULAN REJAB (أسماء شهر رجب)



1) Al-Ashom (الْأَصَمُّ) kerana mereka meninggalkan peperangan padanya.

2) Al-Ashob (الأَصَبُّ) kerana orang kafir Makkah mengatakan diturunkan rahmat padanya.

3) Rajm (رَجْمٌ) kerana Syaitan direjam padanya.

4) Al-Shahr al-Haram (الشَّهْرُ الْحَرَامُ)

5) Al-Muqim (الْمُقِيمُ) kerana pengharaman kekal dan tidak digugurkan.

6) Al-Mu’la (الْمُعَلَّى) kerana bulan ini tinggi (mulia) berbanding bulan-bulan lain.

7) Al-Fard (الْفَرْدُ)

8) Munshil al-Asinnah (مُنْصِلُ الْأَسِنَّةِ)

8) Munshil al-Aali (مُنْصِلُ الْآلِ)

10) Munzi’ al-Asinnah (مُنْزِعُ الْأَسِنَّةِ)

11) Syahr al-Atiroh (شَهْرُ الْعَتِيرَةِ) kerana mereka menyembelih ‘athiroh (nama bagi sembelihan yang dilakukan oleh orang kafir pada zaman Jahiliyyah).

12) Al-Mubdi (الْمُبْدِي)

13) Al-Mu’ash’ish (المُعَشْعِشُ)

14) Syahr Allah (شَهْرُ اللَّهِ)

BULAN RAJAB BULAN MENANAM

قال أبو بكر الوراق البلخي “ شهر رجب شهر الزرع، وشعبان 

شهر السقي للزرع، ورمضان شهر حصاد الزرع

Telah berkata Abu Bakar Al Warraq Al Balkhiy : Bukan Rajab adalah bulan menanam, dan Sya'ban adalah bulan menyiram, dan bulan Ramadhan adalah bulan Menuai (mengambil hasil)

Telah berkata Al Imam Ibn Rajab Al Hanbali

في لطائف المعارف لابن رجب الحنبلي قال: شهر رجب مفتاح أشهر الخير والبركة

Di dalam Lataif Al Ma'arif Ibn Rajab Al Hanbali beliau berkata : Bulan Rajab merupakan pembuka bulan-bulan kebaikan dan keberkatan

Maka bagaimakah dikatakan bahawa bulan Rajab itu menanam dan Sya'ban adalah bulan menyiram serta Ramadhan adalah bulan menyiram? Maka kata Ulama ;

تبدأ من الآن –في رجب- بزرع الخير والعمل الصالح، وتنمّي ذلك وتزيده في شهر شعبان حتى تصل إلى منتهى الاستعداد، والتعود على عمل الخير ومضاعفته في رمضان، فتحصد في نهايته من الخير والأجر ما الله به عليم.

Mulakan membuat amalan dari sekarang-iaitu pada bulan Rajab-dengan menanam kebaikan dan amal soleh, dan berharap kebaikan dan amal soleh akan bertambah pada bulan Sya'ban, sehinggalah terhasil kepada persediaan akhir, dan kita membiasakan diri dengan amal soleh dan menggandakan melakukannya pada bulan Ramadhan, maka akan Menuailah pada akhirnya dengan kebaikan dan ganjaran daripada Allah SWT 

DIGANDAKAN GANJARAN BAGI AMAL SOLEH DAN PELAKU MAKSIAT DI BULAN RAJAB

Perkara ini sebenarnya bukanlah hanya berlaku pada bulan Rajab sahaja, tetapi pada kebanyakkan bulan antaranya bulan-bulan haram yang empat tersebut.

Kata Al Allamah Al Syeikh Ali Ibn Sultan Muhammad Al Qariy di dalam kitab beliau Al Adab Fi Rajab pada bab Mudha'af Al Amal Al Soleh Wa Al Zulm Fi Al Asyahur Al Haram (مضاعفة العمل الصالح والظلم في الأشهر الحرم) ketika menafsirkan ayat


 ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ

Ertinya : Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu,

Dengan kata beliau : 

أي : في شهور السنة عموما، بفعل المعصية وترك الطاعة، وفي الأشهر الحرم خصوصا

Iaitulah : pada semua bulan dalam setahun umumnya, dengan melakukan maksiat dan meninggalkan ketaatan, dan pada bulan-bulan haram khususnya

Kemudian berkata Qatadah :

قال قتادة : العمل الصالح أعظم اجرا في الأشهر الحرم، والظلم فيهن أعظم من الظلم فيما سواهن، 

Amal Soleh itu akan lebih besar ganjarannya pada bulan-bulan Haram, dan kejahatan di dalamnya lebih besar daripada kejahatan bulan-bulan lainnya

REJAB BULAN ISRA' MIKRAJ

Di dalam Kitab Al Anwar Al Bahiyyah Min Isra' wa Mikraj Khair Al Bariyyah karangan Al Muhaddith Prof. dr. Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani yang diterjemahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki ada menyatakan bahawa :

Ulama telah bersepakat bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku selepas perutusan Baginda SAW. Namun mereka berselisih pendapat pada menentukan masa berlakunya peristiwa tersebut.

Sebahagian dari mereka menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrah Baginda SAW ke Madinah. Manakala pendapat lain menyatakan, ianya berlaku 5 tahun sebelum hijrah. Menurut pendapat yang masyhur, ia berlaku pada bulan Rajab. Namun pendapat yang lain pula mengatakan ia berlaku pada bulan ramadhan. Dikatakan juga, ia berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal

Isra'dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, iaitu hari kelahiran, kebangkitan, penghijrahan dan kewafatan Rasulullah SAW

[Mukjizat Isra' & Mikraj m/s 16]

Di dalam Kitab Rahiq Al Makhtum Sofiyurrahman Al Mubarakfuri menyatakan bahawa ada 6 pandangan berkenaan masa berlakunya peristiwa agung ini, namun kesemua masih berlegar pada lautan khilaf

Di dalam Kitab Umdah Al Qari dan Al Minhaj menyatakan beberapa khilaf ulama tentang masa berlakunya peristiwa tersebut

1) Tahun ke 2 setelah perutusan Baginda SAW

2) Tahun ke 5 setelah perutusan Baginda SAW, ini merupakan pandangan Imam Nawawi dan Imam Al Qurthubi

3) 27 Rajab Tahun ke 10 setelah perutusan Baginda SAW, ini merupakan pandangan Al Manshur Al Faury

4) Bulan Rabi'ul Awwal Tahun ke 13 setelah perutusan Baginda SAW, ini pandangan Imam Al Baihaqi yang mana beliau mengambil dari Al Zuhriy

5) 19 bulan sebelum Hijrah Baginda SAW bertepatan dengan bulan Zulqa'dah, ini pandangan Al Saadi

6) 27 Rabi'ul Awwal 1 Tahun sebelum Hijrah Baginda SAW, ini pandangan Al Harbi

7) Bulan Ramadhan Tahun ke 12 setelah perutusan Baginda SAW, 16 bulan sebelum Hijrah

8) Bulan Muharram 13 Tahub setelah perutusan Baginda SAW

Wallahualam

Abu Humaid Muhammad Albakri

Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak

مراجع

الأدب في رجب للشيخ علي بن سلطان محمد القاري

صحيح البخاري

لسان العرب لابن المنظرورت

 الحطاب المواهب الجليل في شرح مختصر الشيخ خليل

 الانوار البهية من اسراء والمعراج خير البرية 

للشيخ ابي عبد الله المالكي 

لطائف المعارف لابن رجب الحنبلي

قاموس المعاني عربي عربي

تعليق الدكتور مصطفى البغا على صحيح البخارى

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB