HUKUM PUASA PADA BULAN REJAB-FATWA PULAU PINANG



 SOALAN 

APAKAH HUKUM PUASA PADA BULAN RAJAB DAN SYA'BAN?

JAWAPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد

Bagi menjawab persoalan ini, kami naqalkan jawapan daripada Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi memudahkan kita semua, ini kerana ramai di kalangan Asatizah sendiri terutamanya yang cenderung kepada fahaman wahabi, mereka menyatakan bahawa tidak boleh puasa kerana tidak mempunyai dalil dari Hadith Baginda SAW. Maka bagi mengangkat kemusykilan masyarakat, kami bawakan jawapan daripada Muzakarah Fatwa seperti di bawah ;


𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗔𝗕𝗔𝗡


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2018 yang bersidang pada 29-30 April 2018 telah memutuskan:


i. Puasa pada bulan Rejab dan Syaaban merupakan sunnah Nabi SAW dan tiada halangan untuk berpuasa penuh pada bulan-bulan tersebut.  


ii. Ini berdasarkan pandangan Imam Ibn Hajar Al-Haithami di dalam Al-Fatawa Al-Kubro Al-Fiqhiyyah, Jilid 2, Hal. 54, dengan merujuk hadis daripada Mujibah al-Bahiliyyah, bahawa Rasulullah SAW menyuruh orang itu meninggalkan puasa pada bulan-bulan haram kerana dikhuatiri menyusahkannya. Adapun bagi orang yang tidak menjadi kesusahan baginya, maka berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan itu merupakan suatu kelebihan. 


iii. Begitu kaedah yang disebut oleh Ibn ’Uqail di dalam kitab Ihkam al-Ahkam Syarh ’Umdah al-Ahkam:

 

ترك الفعل لا يدل على امتناعه

Maksudnya: Meninggalkan sesuatu perbuatan itu tidak menunjukkan larangan melakukannya.

(Ihkam al-Ahkam, Taqiyuddin Ibn. Daqiq al-‘Aid, Jilid 1, Hal. 141)


http://efatwa.penang.gov.my


Baca berkenaan bulan Rajab dengan tekan link  di bawah ; 

BULAN RAJAB-SUATU PENGENALAN


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB