ASAL USUL PERKATAAN SEMBAHYANG
AGAMA KAPITAYAN DAN ASAL USUL PERKATAAN SEMBAHYANG
PERKATAAN SEMBAHYANG
Dikatakan perkataan sembahyang ni berasal dari bahasa melayu kuno. Mengikut kepercayaan orang nusantara dulu, kita menganut agama kapitayan, agama sebelum animisme, ada juga yang kata ia sezaman dengan animisme. Kapitayan ni lebih banyak diamalkan di kepulauan jawa, namun boleh dikatakan kapitayan ni agama rasmi bagi nusantara pada waktu itu.
Agama kapitayan ni dikatakan agama monoteisme, menyembah satu identiti tunggal tuhan yang dipanggil Sanghyang Taya. Jika diterjemahkan secara harfiahnya, Hyang tu bermaksud Tuhan/dewa, manakala Taya tu membawa makna kosong atau hampa.
Kalau disimpulkan, ia bermakna Tuhan yang ada tapi tidak kelihatan jisimnya. Ada tapi tak ada. Dikatakan juga tempat bagi Hyang ni bersemayam dipanggil Kahyangan. Satu tempat yang tinggi yang sesuai bagi para dewa/tuhan.
Konsep ketuhanan agama kapitayan ni disebut 'tan kena kinaya ngapa', yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh dilihat atau dibayangkan. Ironinya, konsep ini sama seperti konsep yang kita gunakan hari ni, iaitu konsep :
ليس كمثله شيء
Tuhan itu ada tapi tidak ada yang serupa dengannya dan tuhan itu tunggal. Mungkin disebabkan ini, masa Wali Songo berdakwah dan kenalkan Islam, orang nusantara takda masalah nak terima agama ni. Sebab konsep agama asal dan agama Islam yang dibawa tu serupa.
Ada juga pendapat yang kata Hyang ni ialah entiti rohani yang terdiri daripadi roh-roh nenek moyang ketika era animisme. Pada kepercayaan orang Melayu, roh nenek moyang yang dah mati takkan hilang macam tu je, roh ni masih lagi memberi pengaruh dan terlibat dengan aktiviti kemanusiaan bagi anak cucu dia yang masih hidup. Jadi roh-roh ni lah yang dimanifestasikan sebagai Hyang.
Perkataan sembahyang ni wujud apabila Wali Songo mengasimilasikan perbuatan sembah Hyang dengan waqi' setempat dekat kepulauan jawa tu. Wali songo tak panggil amalan menyembah Allah tu dengan perkataan Solat, takut orang tempatan tak biasa. Jadi dekat sini, amalan menyembah Allah tu mula dipanggil sembahyang. Dulu sebelum era kedatangan Islam sembahyang ni membawa maksud sembah tuhan yang digelar Hyang. Tapi lepas Islam, ia dah bertukar menjadi sembah kepada Allah.
Kapitayan -> animisme -> hindu -> Islam
Pada asalnya orang nusantara hanya menyembah Hyang, satu identiti. Namun konsep Hyang ni mula diterjemahkan menjadi objek sembahan pada zaman animisme, apabila orang Melayu mula menyembah dan memuja semangat yang ada pada pokok, sawah padi dan sebagainya. Ketika hindu sampai ke nusantara, konsep hyang ni terus berubah dan diterjemahkan dengan pembinaan candi-candi. Hinggalah kedatangan Islam, Hyang di sini dah berubah lagi dan diselaraskan konsepnya dengan aqidah Islam. Jadi itulah asal usul perkataan sembahyang yang kita gunakan hari ni.
Wallahualam
Alfadhil Ustaz Syahrul Alam Yahya Bin Mohd Ishak
Lahjah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan