HUKUM BERDEHEM DI DALAM SOLAT
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد
Soalan
Apa hukum Imam berdehem waktu dia baca Fatihah dalam solat?
Jawapan
Tidak batal kerana berdehem adalah uzur baginya ketika itu. Dalam Mazhab Syafie Imam yang berdehem perlu diteliti sebelum kita menghukum
Di sini saya naqal beberapa Qaul Ulama' berkaitan kes ini, yang tiak sempat saya naqalkan, mohon asatizah lain letakkan diruangan komen untuk manfaat bersama, Terima Kasih
وفي تنحنح ونحوه، لغلبة ان قلا، ولتعذر ركن قولى وان كثر
Dan pada berdehem-dehem atau seumpamanya, kerana hendak membaiki bacaan sekiranya sedikit, dan diberi keuzuran pada rukun qauli walaupun berdehem dengan banyak
Tuhfatul Tullab Syarh Tahrir Syeikhul Islam Zakaria Al Ansari RH
(لا) تبطل (بيسير نحو تنحنح) عرفا (لغلبة) عليه، (و) لا بيسير (كلام) عرفا، كاكلمتين والثلاث.
Tidak batal sembahyang dengan sedikit seumpama berdehem-dehem dengan sedikit pada 'uruf kerana tidak tertahan.....
Al Iqna' Syeikh Khatib Al Syarbini RH
ويعذر في اليسير عرفا من التنحنح ونحوه مما مر كالسهال والعطاس
Dan diuzurkan yang sedikit pada 'uruf daripada berdehem dan seumpamanya dengan apa yang telah disebutkan seperti batuk dan bersin....
Maka kesimpulannya, tidaklah batal orang yang berdehem di dalam solat kerana wujudnya keuzuran. Adapun jika Imam berdehem janganlah kita terus mufaraqah dengannya, dan digalakkan bagi Imam yang kerap berdehem untuk memberi laluan kepada Imam lain untuk mengimami solat
Fathul Mu'in Syeikh Zainuddin Al Malibari
Dikeluarkan Oleh ;
Abu Humaid Muhammad Albakri
Lajnah Al Ta'lim wa Al Tarbiyah Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan