Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Doa Nabi Adam

Imej
  بسم االله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى اله واصحابه اجمعين Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyah ingin berkongsi satu amalan pada kalian semua yang ketika mana Nabi Adam AS diturunkan di Bumi lalu berdoa dengan doa ini jikalau kita baca doa ini insya  Allah, akan diampuni dosa kita, di jauhkan daripada syaitan, dan diberikan rezeki insya Allah Di keluarkan oleh Al Tabrani di dalam Kitab Al Ausat daripada Aisyah RA yang meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda : "Tatkala Allah swt menurunkan Adam ke bumi, Adam berdiri dan pergi ke Kaabah, lalu dia menunaikan solat dua rakaat. Maka Allah mengilhamkannya doa ini. اللهُمَّ أَنْتَ تَعْلَمُ سِرِّي وَ عَلَانِيَتِي فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي. تَعْلَمُ  حَاجَتِي فَأَعْطِنِي سُؤَالِي و تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي، اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي وَ يَقِينًا صَادِقًا، حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لاَ يُصِيْبُنِي إِلاَّ مَا كَتَبْتَ لِي، وَ أَرْضِنِي بِمَا قَسَمْتَ لِي "Ya Allah

CERAMAH MAULIDUR RASUL USTAZ SYAKIRIN

Imej
CERAMAH MAULIDUR RASUL OLEH USTAZ SYAKIRIN BIN HUSIN 24 November 2019 Pusat Pengajian Al-Quran Al-Farihin 9.00 pagi - Sekiranya dihimpun air laut di bumi kemudian ditukarkan kepada dakwat tinta untuk menulis puji-pujian kepada Nabi nescaya tidak cukup - wajib zahirkan kecintaan kepada Nabi kerana kita menumpang kasih dan cinta Nabi - sesuatu itu mulia kerana Nabi dan Nabi tidak mulia kerana sesuatu - sesuatu yang berkait dengan Nabi Muhammad akan memperolehi keberkatan - Makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nur Muhammadi, kedua Arash, ketiga Qalam ( menulis segala takdir) dan keempat adalah air - Nabi Adam merupakan ayah jasad (اب الجسد), adapun Nabi Muhammad merupakan Ayah Arwah (اب الارواح) - wajib mengimani Allah dengan; واحد لا شريك له، فرد لا نضير له، ازالي لا بداية له، سرمدي لا نهاية له Allah itu Esa tiada sekutu bagiNya, Allah itu Satu tiada bandingan bagiNya, Allah ada sejak Azali tiada permulaan bagiNya, Allah itu kekal tiada kesudahan bagiNya

CARA QADHA SOLAT BAGI WANITA HAID

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد Alhamdulillah syukur pada Allah kerana menjadikan kita insan yang taat dan sukakan ilmu. InsyaAllah pada kali ini Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyyah Pusat Pengajian Al Quran Al Farihin Alor Pongsu akan berkongsi berkenaan cara qadha solat bagi wanita yang haid, mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua. CARA QADHA SOLAT BAGI WANITA HAID Hukum asalnya adalah mana-mana wanita yang kedatangan haid tidak perlu mengqadha solat mereka berdasarkan Hadith Aisyah, adalah Fatimah bin Abu Hubaisyah R.Anha bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَةُ  فاترُكي الصَّلاَةَ، فإِذَا ذَهَبَ قدرها فَاغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى Maksudnya: “Ketika kedatangan haid, hendaklah kamu tinggalkan solat. Maka apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi membersihkan diri daripada darah, dan dirikanlah solat.” Riwayat al-Bukhari (236) dan Muslim (333) Be

Lafaz Istighfar yang betul

Imej
ramai yang bertanyakan soalan berkenaan dengan lafaz atau ucapan Istighfar yang betul kerana wujudnya beberapa wajah bacaan, maka kami mengambil penulisan di dalam aplikasi whatapps sebagai jawapan yang dirasakan sangat banyak manfaatnya; PENCERAHAN UCAPAN ISTIGHFAR YANG BETUL .                             الحيُّ القيُّومُ   -  الحيَّ القيومَ SOALAN : Manakah satu ucapan yang betul ketika mengucapkan istighfar  أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه Antara "Al-Hayyul Qayyumu" atau "Al-Hayyal Qayyuma" kerana ada orang yang mengatakan ucapan yang betul hanyalah dengan lafaz Al-Hayyal Qayyuma? JAWAPAN : Kedua-dua bentuk lafaz tersebut adalah betul belaka  kerana ada hadith yang datang dengan lafaz الحيُّ القيُّومُ dan ada hadith yang datang dengan lafaz الحيَّ القيومَ. Antara yang meriwayatkan dengan Al-Hayyul Qayyumu ialah Imam Ibnu Munzir dalam kitab At-Targhib dari Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah S.A.W bersabda: مَن قال: أسْتغ

Hukum Azan Dan Iqamat di telinga bayi

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الامين وعلى آله وأصحابه أجمعين AZAN TELINGA KANAN, IQAMAT TELINGA KIRI ANAK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN Hadith yang mensarankan kita azan di telinga anak yang baru lahir adalah hadith yang shahih,sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Hakim, al-Baihaqi dan Tirmizi, bahkan berkata At Tirmizi hadith ini adalah hasan shahih عن أبي رافع رضي الله عنه قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أذن في اذن الحسين بن علي حين ولدته فاطمة بالصلاة،  قال الترميذي : حديث حسن صحيح Daripada Abi Rafi' r.a berkata: Aku telah melihat Rasulullah SAW azan di telinga Husain bin Ali sesudah Fatimah melahirkannya dengan ucapan seperti azan hendak solat Adapun Hadith diazankan di telinga kanan anak dan diiqamatkan di telinga kiri adalah dhaif, namun hadith dhaif boleh diamalkan dan pandangan ini antara yang diguna oleh ramai ulama عن الحسين بن علي رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ولد له مولود فأ

Wahabi Fahaman Yang Keras

Imej
Kami warga PAQAF dengan jelas dan terang bahawa menolak semua fahaman yang bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah samada Syiah, Wahabi, Khawarij, Mu'tazilah dan lain-lain. kali ini kami bawakan ulasan Tuan Guru Syieikh Nuruddin berkaitan wahabi dan mengapa kami menolak wahabi ini. Ulasan Syeikh Nuruddin berkaitan Ada Apa Dengan Wahhabi "Kita bukannya nak menghalang atau membantah golongan wahhabi dalam isu furu'. Sebab apa-apa pendapat mereka tu, memang ada ulama dalam pelbagai mazhab memberi pendapat sedemikian rupa. Contohnya isu qunut subuh, memang dalam mazhab lain tidak menyatakan bacaan qunut itu adalah sunat pun. Contoh lainnya, tahlil, memang ada ulama menyatakan perbuatan ini tidak dianjurkan para salafussoleh. Tapi kedua-dua contoh tadi masih ada ramai ulama yang mengatakan boleh. Masalahnya dengan wahhabi ini, mereka tidak meraikan khilaf ini, mereka memaksa orang lain untuk ikut pendapat yang mereka pegang. Apabila kita ikut pendapat yang b

حكم الاحتفال بالمولد النبوي في مذهب الشافعية

*حكم الاحتفال بالمولد النبوي في مذهب الشافعية* هذه فتاوى بعض فقهاء الشافعية الذين تدور عليهم الفتوى ولا يجوز لشافعي الخروج عنهم. *#الإمام أبوشامة المقدسي شيخ الإمام النووي* والظريف أن أبا شامة نص على استحباب عمل المولد في كتاب خصصه للحديث عن البدع, يريد بذلك إزالة وهم من ظن أن عمل المولد الشريف من البدع المذمومة, فقال: "ومن أحسن ما ابُتدع في زماننا من هذا القبيل ما كان يفعل بمدينة إربل جبرها الله تعالى كل عام في اليوم الموافق ليوم مولد النبي صلى الله عليه وسلم" الخ "الباعث على إنكار البدع والحوادث" (ص23) *#الإمام المجتهد تقي الدين السبكي.* وهو أول من قام في المولد عند ذكر اسم الرسول صلى الله عليه وسلم, وتابعه على ذلك مشايخ الإسلام في عصره, كما قال البرهان الحلبي في سيرته المشهورة ب"السيرة الحلبية" (1/132) تنبهوا لهذه العبارة, قال الحلبي: "وقد وجد القيام عند ذكر اسمه صلى الله عليه وسلم من عالم الأمة ومقتدي الأئمة ديناً وورعاً الإمام تقي الدين السبكي، وتابعه على ذلك مشايخ الإسلام في عصره". *#الإمام أبوإسحاق ابن جماعة* كان

Hukum beri zakat pada orang bukan Islam

Imej
pada perbahasan kali ini, pihak Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyah PAQAF Alor Pongsu ingin menjelaskan kepada semua masyarakat bahawa hukum berkenaan dengan memberi zakat kepada non muslim adakah dibolehkan atau tidak, maka kamibtertarik dengan tulisan yanh dikeluarkan oleh pihak NAAM Perlis dan kami naqalkan tulisan tersebut di sini, mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua. Isu : 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝗳𝗶𝗿/𝗡𝗼𝗻-𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 Oleh : 𝐍𝐀'𝐀𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد. 1. Baru-baru ini timbul satu isu yg meresahkan sebahagian Umat Islam di Negeri Perlis mengenai masalah memberi Harta Zakat kepada Orang yang Bukan Islam (Non-Muslim). 2. Sehubungan dengan itu, kami dari Pertubuhan Nahdhotul 'Ulama Malaysia (نهضة العلماء مليسيا), atau singkatannya NA'AM (Caw. Perlis) mengambil tanggungjawab untuk menghuraikan masalah ini dengan jelas dan menyatakan pendiria

Tidak batal wuduk kerana makan daging unta

Imej
PENDAPAT YANG MENGATAKAN TIDAK BATAL Jumhur ulama’ berpendapat bahawa memakan daging unta tidak membatalkan wudhuk. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, diriwayatkan bahawa Nabi SAW: إنَّمَا الْوُضُوءُ مِمَّا يَخْرُجُ وَلَيْسَ مِمَّا يَدْخُلُ Maksudnya: “Sesungguhnya berwudhuk (perlu) berdasarkan apa yang keluar, bukannya berdasarkan apa yang masuk.”  [Riwayat al-Baihaqi (708)] [Imam al-Nawawi  mengatakan riwayat al-Baihaqi ini sanadnya adalah hasan atau sahih][Imam al-Zahabi mengatakan riwayat ini adalah mawquf di dalam Tanqih al-Tahqiq dan begitu juga Imam al-Mulaqqin di dalam Khulasah al-Badr al-Munir]  Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’: وَمَذْهَبُنَا أَنَّهُ لَا ينتقض الوضوء بشئ مِنْ الْمَأْكُولَاتِ سَوَاءٌ مَا مَسَّتْهُ النَّارُ وَغَيْرُهُ غَيْرَ لَحْمِ الْجَزُورِ وَفِي لَحْمِ الْجَزُورِ بِفَتْحِ الْجِيمِ وَهُوَ لَحْمُ الْإِبِلِ قَوْلَانِ الْجَدِيدُ الْمَشْهُورُ لَا يَنْتَقِضُ وَهُوَ الصَّحِيحُ عِنْدَ الْأَصْحَابِ وَالْقَدِيمُ أَنَّهُ يَنْتَ