Doa Nabi Adam
بسم االله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى اله واصحابه اجمعين
Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyah ingin berkongsi satu amalan pada kalian semua yang ketika mana Nabi Adam AS diturunkan di Bumi lalu berdoa dengan doa ini jikalau kita baca doa ini insya Allah, akan diampuni dosa kita, di jauhkan daripada syaitan, dan diberikan rezeki insya Allah
Di keluarkan oleh Al Tabrani di dalam Kitab Al Ausat daripada Aisyah RA yang meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda : "Tatkala Allah swt menurunkan Adam ke bumi, Adam berdiri dan pergi ke Kaabah, lalu dia menunaikan solat dua rakaat. Maka Allah mengilhamkannya doa ini.
اللهُمَّ أَنْتَ تَعْلَمُ سِرِّي وَ عَلَانِيَتِي فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي. تَعْلَمُ حَاجَتِي فَأَعْطِنِي سُؤَالِي و تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي، اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي وَ يَقِينًا صَادِقًا، حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لاَ يُصِيْبُنِي إِلاَّ مَا كَتَبْتَ لِي، وَ أَرْضِنِي بِمَا قَسَمْتَ لِي
"Ya Allah, Engkau tahu segala apa yang tersembunyi dan perkara yang nampak jelas tentang diriku, maka terimalah ampunan ku! Engkau juga mengetahui kehendak ku maka kurniakanlah permintaan ku dan engkau ketahui apa yang pada diri ku maka ampuni dosa ku, Ya Allah aku bermohon padamu iman yang sebati di dalam hati ku dengan yakin dan benar sehingga aku mengetahui bahawa tidaklah apa yg ditimpakan keatas ku melainkan apa yang telah engkau tentukan buat ku, dan jadikan aku redha ke atas apa yang engkau telah bahagikan untuk ku.."
Maka Allah pun mewahyukan padanya, " Wahai Adam! Aku telah menerima taubat mu dan mengampunkan dosa mu, tidak akan berdoa seseorang pun dengan doa ini melainkan Aku akan mengampunkan nya, Aku cukupkan perkara penting dalam urusannya, Aku halau syaitan darinya, Aku kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan dunia akan menghadapinya dalam keadaan hina, meskipun dia tidak menginginkannya."
dikeluarkan doa ini oleh Ustaz Faridzuan bin Abdullah
kenali kami dengan lebih dekat klik link di bawah
https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1
Ulasan
Catat Ulasan