Hukum Azan Dan Iqamat di telinga bayi

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الامين وعلى آله وأصحابه أجمعين

AZAN TELINGA KANAN, IQAMAT TELINGA KIRI ANAK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN



Hadith yang mensarankan kita azan di telinga anak yang baru lahir adalah hadith yang shahih,sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Hakim, al-Baihaqi dan Tirmizi, bahkan berkata At Tirmizi hadith ini adalah hasan shahih

عن أبي رافع رضي الله عنه قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أذن في اذن الحسين بن علي حين ولدته فاطمة بالصلاة،  قال الترميذي : حديث حسن صحيح

Daripada Abi Rafi' r.a berkata: Aku telah melihat Rasulullah SAW azan di telinga Husain bin Ali sesudah Fatimah melahirkannya dengan ucapan seperti azan hendak solat

Adapun Hadith diazankan di telinga kanan anak dan diiqamatkan di telinga kiri adalah dhaif, namun hadith dhaif boleh diamalkan dan pandangan ini antara yang diguna oleh ramai ulama

عن الحسين بن علي رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ولد له مولود فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم الصبيان

Daripada Husain bin Ali ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : Siapa yg dikurnikan dia seorang anak, maka azanlah di telinga kananya, dan diiqamatkan di telinga kirinya, nescaya tidak mampu diganggu ia oleh Ummu Syibyan

Syeikh Sulaiman bin Muhammad bin Umar Al-Bujairimi Al-Syafi'e Dalam kitab fiqh Bujairimi 'Ala Khatib pada muka surat 259 menyatakan :

و يسن أن يؤذن في أذن المولود اليمنى حين يولد ويقام في اليسرى لخبر ابن السني :من ولد له مولود فأذن في أذنه اليمنى و أقام في اليسرى لم تضره أم الصبيان أي التابعة من الجن.
و الحكمة في ذلك أن الشيطان ينخسه حينئذ فشرع الأذان و الإقامة لأنه يدبر عند سماعها.

" dan disunatkan azan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kiri bayi ketika dilahirkan berpandukan hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Sinni : Siapa yg dilahirkan baginya anak lalu dia azan di telinga kanan bayi tu dan iqamat di telinga kirinya maka Ummu Sibyan tak dapat memudaratkan bayi tu. Ummu Sibyan Ialah jin betina yg mengikut bayi.

Imam Nawawi di dalam Syarh Al-Majmu' menyatakan bahawa

قال جماعة من أصحابنا يستحب ان يؤذن في اذنه اليمنى ويقيم الصلاة في اذنه اليسرى

Telah berkata ulama mazhab Imam Syafie, disunatkan untuk mengazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kiri

HIKMAH ANAK DIAZANKAN

Dan Hikmah Azan dan Iqamat itu,  kerana Syaitan sedang mengganggu bayi ketika itu , oleh itu disyariatkan azan dan iqamat kerana Syaitan akan lari bila mendengarnya. " -(Bujairimi 259).

Kitab fiqh Mughnil muhtaj (m/s 395) :

و يسن أن يقول في أذنه أي اليمنى : إني أعيذها بك و ذريتها من الشيطان الرجيم .

"Dan disunnatkan baca di telinga kanan Bayi itu akan kalimat

 إني أعيذها بك و ذريتها من الشيطان الرجيم.
 
(Sesungguhnya aku melindungi bayi ini dan zuriatnya dengan bantuanMu wahai Allah daripada kejahatan Syaitan yg direjam)."
(mughnil muhtaj 395.)

PETUA ULAMA, AMALAN TAMBAHAN

Di dalam kitab fiqh Baijuri(m/s 572) ada petua Ulama tentang amalan yang boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir :

نقل عن الشيخ الديربي أنه يسن أن يقرأ في أذن المولود اليمنى سورة إنا أنزلناه لأن من فعل به ذلك لم يقدر الله عليه زنا طول عمره قال هكذا أخذناه عن مشايخنا.

" telah dinukilkan daripada Syeikh Dairobi bahawa disunnatkan baca ditelinga kanan bayi yg baru lahir itu, surah Inna Anzalnahu (iaitu surah Alqadr)  kerana sapa yg baca surah ni di telinga kanan bayi ketika dilahirkan nescaya Allah tidak akan mentakdirkan keatas bayi itu dosa zina sepanjang umurnya. Berkata syeikh Dairobi petua ini kami mengambilnya daripada guru-guru kami."
(Baijuri 572).

Kesimpulannya, disunatkan oleh setiap ayah untuk mengumandangkan Azan di telinga kanan dan Iqamat di telinga kirinya, ini merangkumi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Adapun hukum azan di telinga anak yang baru dilahirkan tidaklah wajib, namun hukumnya sunat kerana mempunyai hadith yang shahih berkenaan dengannya

Muhammad Albakri
Lajnah atTa'limiyyah watTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu Perak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB