Hukum beri zakat pada orang bukan Islam



pada perbahasan kali ini, pihak Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyah PAQAF Alor Pongsu ingin menjelaskan kepada semua masyarakat bahawa hukum berkenaan dengan memberi zakat kepada non muslim adakah dibolehkan atau tidak, maka kamibtertarik dengan tulisan yanh dikeluarkan oleh pihak NAAM Perlis dan kami naqalkan tulisan tersebut di sini, mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua.

Isu : 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝗳𝗶𝗿/𝗡𝗼𝗻-𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺
Oleh : 𝐍𝐀'𝐀𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

أما بعد.

1. Baru-baru ini timbul satu isu yg meresahkan sebahagian Umat Islam di Negeri Perlis mengenai masalah memberi Harta Zakat kepada Orang yang Bukan Islam (Non-Muslim).

2. Sehubungan dengan itu, kami dari Pertubuhan Nahdhotul 'Ulama Malaysia (نهضة العلماء مليسيا), atau singkatannya NA'AM (Caw. Perlis) mengambil tanggungjawab untuk menghuraikan masalah ini dengan jelas dan menyatakan pendirian tentang isu ini memandangkan ianya berbangkit di Negeri kami sendiri.

3. Firman Allah Taala,

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (60)

Maksudnya,
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

4. Di sini kami sertakan hujah serta pandangan mengenai pemberian Harta Zakat kepada Non-Muslim dari pandangan sisi 4 Mazhab Muktabar :

 i. Asyafie'yyah

وعرف الشافعية المؤلفة قلوبهم بمن يشمل المسلم حديث العهد بالاسلام ، والكافر الذي يرجى اسلامه ، أو يخاف شره ، لكنهم يقولون : يعطى للكافر منهم من غير الزكاة...

Sebagaimana dinukilkan dalam Al-majmu bagi Al-imam Nawawi (m/s 6/189), Ar-raudhah (m/s 2/314) dan Ghoyah Al-qos'wiy bagi Imam Al-baidhowi (1/391): 'Al-muallafat Qulubuhum' ini adalah merangkumi kaum muslimin pada zaman baginda Rasulullah dan golongan kafir yang diharapkan memeluk islam ataupun golongan kafir yang dikhuatiri kejahatanya, maka mereka (ashab syafe'iyyah) berpendapat diberikan kepada golongan kafir tersebut habuan BUKANlah dalam bentuk ZAKAT.

ii. Hanafiyyah

يقول الكاساني الحنفي : ( وأما المؤلفة قلوبهم فقد قيل : أنهم كانوا قوماً من رؤساء ، وصناديد العرب مثل أبي سفيان ، ولهم شوكة وقوة وأتباع كثيرة ، بعضهم أسلم حقيقة ، وبعضهم أسلم ظاهراً لا حقيقة وكان من المنافقين ، وبعضهم كان من المسالمين ، فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعطيهم من الصدقات تطييباً لقلوب المسلمين عنهم وتقريراً لهم على الاسلام...)

Sebagaimana dinukilkan oleh Imam Al-kasani dalam Bada'ie Sana'ie (m/s 2/904): Adapun dimaksudkan dengan Al-muallafat Qulubuhum adalah pemimpin qabilah yang tidak memeluk islam pada zaman Rasulullah seperti Abu Sufyan yang mempunyai pengaruh, kekuatan dan ideologi yang sangat kuat rata-rata dalam kalangan pemimpin tersebut adanya yang muslim secara hakiki, muslim secara tidak hakiki (munafiq) dan kafir, maka diberikan kepada mereka habuan dalam bentuk SEDEQAH sebagai menjinakan hati dan tanggapan mereka terhadap islam melihatkan pada maslahat pada ketika itu...

iii. Almalikiyyah

ويقول الخرشي : ( المؤلفة قلوبهم كفار يعطون ليتآلفوا على الاسلام) ، هذا هو الصحيح عند المالكية ، ولذلك ذكر القول الثاني بما يشعر الضعف حيث قال : ( وقيل : المؤلفة مسلم حديث عهد بالاسلام يعطى ليتمكن اسلامه )

Sebagaimana dinukilkan oleh Al-kurasyi dalam Syarahnya (m/s 2/217) juga disebutkan dalam Hasyiyah Ad_dusuqi (m/s (1/495) dan dalam Bulghatul Saalik bagi Imam As-sowi (m/s 1/490): -definisi yang sama dengan para imam mazhab yang lain bahkan dikatakan inilah pendapat yang rojih yang mewakili mazhab maliki- sambungan daripada naratif nas nukilan di atas kita akan mendapati bahwa sanya mazhab maliki juga menegaskan habuan yang diberikan oleh Rasulullah adalah berbentuk SEDEQAH, GHONIMAH, FAI'IE dan BUKANlah ZAKAT...

iv. Hanabilah

وعمم الحنابلة المؤلفة للمسلم والكافر ، وقالوا : يعطون منها مطلقاً ، وذكروا أربعة أصناف سواء كانوا مسلمين ، أم كفرة...

Sebagaimana dinukilkan dalam Al-uddah Bil Syarhil Umdah (m/s 142), Al-kafi Fil Fiqhil Imam Ahmad Bin Hanbal bagi Ibnu Qudamah Al-maqdisi (m/s 1/333) dan Al-ahkamul As-sultoniyyah bagi Abi Ya'ala (m/s 132): secara umumnya para fuqaha' hanabilah berargumentasikan TIDAK SEPENDAPAT dengan JUMHUR imam-imam mazhab dalam permasalahan ini seperti tidak menentukan bentuk pemberian  tersebut kepada golongan kafir namun bersepakat pada definisi istilah dan pembahagian golongan tersebut...

5. Dapatan yang diperoleh, pendapat yg membolehkan beri harta zakat kepada Kafir ialah Mazhab Imam Hanbali. Pendapat ini pula merupakan pandangan minoriti Ulamak.
Yang lebih menyedihkan ialah, apabila ada pihak yang mengaku mengaku bahawa Negeri Perlis mengikut sunnah, sedangkan pandangan itu merupakan pandangan minoriti , lalu menyebabkan Umat berpandangan semua pendapat majoriti Ulamak yang lain seolah-olah "tidak sunnah"

6. Sehubungan dengan itu, kami ingin pihak Sohibus Samahah Mufti Perlis memberi senarai yg jelas tentang syarat asnaf kafir yg dikatakan boleh dan layak
 menerima zakat tersebut.
Adakah semua kafir atau bagaimanakah perinciannya ?

7. Juga ingin diberikan perhatian, pengajian-pengajian rasmi seperti kuliah dan ceramah di Masjid-masjid sekitar Negeri Perlis cenderung mirip ke arah Mazhab Hanbali.
Oleh yang demikian, NA'AM Perlis mengharapkan Pihak Jabatan Mufti & Jabatan Agama Neg. Perlis menetapkan Mazhab panutan Umat di Negeri Perlis adalah Mazhab Imam Hanbali dan disyorkan untuk diajar di Masjid-Masjid sekitar Perlis menggunakan kitab Hanbaliah atau Hanabilah yg sebenarnya dengan mengikuti Qowaid Fiqhiyah dalam Mazhab Hanbali dgn lebih adil. Bukan mencampur adukkan cara pengamalan amal ibadah seperti Solat, Zakat, Puasa dll. mengikut rasa selera di hati (Rasa mudah Mazhab Hanbali, buang Mazhab Syafiie dsb.) Sikap ini sangatlah tidak menghormati keputusan para Ulamak salaf dalam menentukan Kaedah Fiqh dan istinbat Hukum dengan tatacara yang sangat sistematik dan Sohih.

8. Kesimpulannya, bagi kami, menjaga Umat dari kekeliruan dalam masyarakat majoritinya islam lebih penting daripada dakwah kafir masuk Islam, memandangkan situasi Umat Islam kita sendiri yg sangat tenat dalam aspek ekonomi berbanding mereka yang Non-Muslim di negara ini.

9. Oleh itu, NA'AM Perlis ingin menyatakan pendirian kami, bahawasanya kami berpegang sebagaimana pegangan Ulamak Silam Tanah Jawi yang memegang dengan Kaedah Fiqh Mazhab Syafiie, yg memfatwakan bahawa tidak boleh memberi zakat kepada Non-Muslim. Ini kerana, di Malaysia khususnya, telah sekian lama berpegang dengan hujah-hujah kaedah Fiqh Imam Syafi'e yang jelas.

Sekadar peringatan,
berdakwah itu tidak semestinya melalui duit, memajukan ekonomi Islam itu sendiri juga adalah dakwah.

𝑷𝒆𝒓𝒕𝒖𝒃𝒖𝒉𝒂𝒏 𝑵𝑨'𝑨𝑴 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒊𝒔

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB