Wahabi Fahaman Yang Keras

Kami warga PAQAF dengan jelas dan terang bahawa menolak semua fahaman yang bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah samada Syiah, Wahabi, Khawarij, Mu'tazilah dan lain-lain. kali ini kami bawakan ulasan Tuan Guru Syieikh Nuruddin berkaitan wahabi dan mengapa kami menolak wahabi ini.



Ulasan Syeikh Nuruddin berkaitan Ada Apa Dengan Wahhabi

"Kita bukannya nak menghalang atau membantah golongan wahhabi dalam isu furu'. Sebab apa-apa pendapat mereka tu, memang ada ulama dalam pelbagai mazhab memberi pendapat sedemikian rupa. Contohnya isu qunut subuh, memang dalam mazhab lain tidak menyatakan bacaan qunut itu adalah sunat pun. Contoh lainnya, tahlil, memang ada ulama menyatakan perbuatan ini tidak dianjurkan para salafussoleh.

Tapi kedua-dua contoh tadi masih ada ramai ulama yang mengatakan boleh. Masalahnya dengan wahhabi ini, mereka tidak meraikan khilaf ini, mereka memaksa orang lain untuk ikut pendapat yang mereka pegang. Apabila kita ikut pendapat yang berbeza dari pendapat wahhabi pegang, wahhabi tuduh kita bidaah, sesat, dan kafir. Sikap extreme inilah yang kita nak halang dan bantah. Kita bukan bantah pendapat dia. Itu dia nak pegang pendapat apa, dia punya pasal lah.

Kamu tak mau baca qunut masa subuh, suka hati kamulah. Kamu tak mau bertahlil, suka hati kamulah. Kedua-duanya bukan wajib pun. Tapi jangan lah kamu nak mengkafirkan, membidaahkan, menyatakan sesat kepada kami yang melakukan perbuatan yang diharuskan dalam masalah khilaf..!! Kalau kami yang membaca qunut subuh ini bidaah dan sesat, apa kalian berani mengatakan sedemikian kepada Imam Syafie? Imam Nawawi? Imam Ibnu Hajar? Saya cabar kamu wahai wahhabi-wahhabi di Malaysia..!!

Kalau kamu tidak melakukan pembidaahan dan pengkafiran kepada kami, kami pun tak mau kacau kamu. Kami langsung membiarkan kamu dengan pegangan kamu dan cara amalan kamu. Tapi kalian mengkafirkan kami, menyesatkan kami, membidaahkan kami, kamu ambil ilmu Imam Nawawi separuh dan buang separuh, sedangkan kamu ambil ilmu Syeikh Albani seluruhnya, sedangkan beza antara Imam Nawawi dan Syeikh Albani seluas langit dan bumi, maka kami tak akan membiarkan daulah Wahhabiyyah tertegak di atas muka bumi Malaysia ini.

- Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki

Dikeluarkan oleh Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu

Ulasan

  1. Usah mengwahabi golongan yang tidak qunut, tidak tahlilan.. Dan usah pula buat amalan yang Rasullullah dan sahabat baginda tidak pernah buat... Gitu saja.

    BalasPadam
  2. Perlukah Majlis tahlil pada jenazah yang meninggal di zaman Rasulullah saw? Bukan kah jenazah telah disembahyangkan dan diimamkan serta didoakan oleh Rasulullah saw? Perlu apa lagi yang lebih baik dan mustajab lagi selaian dari yang datang dari Rasulullah saw
    Soalnya, sekarang Rasulullah saw masih hidupkah untuk umat kemudian ini mendapat berakah seperti itu?
    Jadi salahkah pads zaman ini mereka yang hidup mensadakahkan amal seperti majlis tahlil itu atau puj segala yang diucapkan dalam majlis itu perkara mungkar dan sia2?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB