KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN-USTAZAH ASMA' HARUN
KEMULIAAN & KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA'BAN SERTA AMALAN YANG DISARANKAN, BERSUMBER DALIL SAHIH & KAJIAN ILMIAH. ☘️ SILA SEBARKAN BUAT UMMAH ☘️ Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang paling mulia, ia menjadi bulan yang sangat istimewa sebelum bulan Ramadan. Namun masih ramai antara kita yang masih terleka dalam merebut kesempatan ini, sehinggakan disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW : شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا صَائِم Maksudnya: "Bulan Sya’ban, ada di antara bulan Rejab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa". [HR An-Nasaie, Hadis Hasan] KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA’BAN Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: يَطَّ