Catatan

KELEBIHAN BULAN-BULAN HARAM

Imej
  KELEBIHAN BULAN-BULAN HARAM Firman Allah Swt ; (إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ) [Surah At-Tawbah 36] Maksudnya : Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa. Sabda Nabi SAW ; السنة اثنا عشر شهرا منها أربعة حرم : ذوالقعدة وذوالحجة ومحرم ورجب Setahun itu mempunyai 12 bulan, di dalamnya ada 4 bulan yan

CARA PUASA ASYURA'

Imej
 MARATIB PUASA ASYURA' SOALAN Assalamualaikum, Bagaimanakah cara Puasa Asyura'? Adakah boleh puasa pada 10 Muharram sahaja atau perlu puasa 9&10 Muharram? JAWAPAN Waalaikumussalam wbt بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على اشرف الانبياء  المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين اما بعد : HUKUM PUASA ASYURA' Para Ulama' Mazhab Imam Syafie meletakkan puasa Asyura' sebagai puasa Tatawwu' (Sukarela). Hukum puasa Asyura' seperti yang telah disebutkan oleh Imam Nawawi adalah Sunat. Ulama Syafieyyah berhujah menggunakan dalil Hadith ; هذا يوم عاشوراء، ولم يكتب اللهُ عليكم، فمن شاء فليصم، ومن شاء فليُفطر Hari ini adalah hari Asyura' (Kesepuluh) dan tidak diwajibkan berpuasa ke atas kamu, maka barangsiapa yang hendak puasa maka berpuasalah, dan bagi yang tidak mahu maka tidak perlu berpuasa MARATIB PUASA ASYURA' Al Hafizd Ibn Hajar Al Asqalani meletakkan 3 cara atau maratib bagi puasa Asyura' 1. Puasa pada 10 Muharram saha

HUKUM SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID KETIKA IQAMAH

Imej
  SOALAN Apakah hukum solat seseorang yang sedang melakukan Solat Tahiyatul Masjid dan Ketika itu muadzin sedang iqamah? JAWAPAN  Hukumnya makruh sepertimana dinukilkan oleh pengarang kitab Wablul Ghomam Fi Ahkmah Makmum wal Imam :  من دخل و الاقامة تقام لم تستحب له التحية و غيرها من النوافل صرح بذلك المحالي و البغوي والشيخان و الأصحاب للحديث الصحيح اذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة “Barangsiapa yang memasuki masjid dan iqamah telah didirikan, maka tidak disunnahkan baginya solat tahiyatul masjid dan selain daripadanya daripada ibadah-ibadah sunat. Dinyatakan perkara itu oleh Imam Mahalli, Imam Baghawi, Syaikhain (imam Nawawi dan Imam Rofi’e), dan Ashab Syafie’ dengan hadith sahih “Apabila telah didirikan iqamah solat, maka tidak ada solat melainkan solat maktubah (solat fardu).” Sayyid Muhammad Bin Abdurrahman Al-Ahdal juga menukilkan bahawa ulama usul seperti Al-Azrai’e dan yang lainnya menjelaskan pada makna pensyariatan iqamah itu bahawa makruh melakukan ibadah sunah apabila w

MEMBASUH TANGAN HINGGA SIKU, ADAKAH DARI JARI ATAU SIKU?

Imej
  SOALAN Assalamualaikum ustaz, adakah sah berwuduk bermula daripada siku kemudian ke tangan. Sebab belajar dulu dari tangan hingga ke siku? Syukran. JAWAPAN Jawapan kami, membasuh tangan hingga ke siku adalah salah satu rukun wuduk yang wajib sepertimana firman Allah SWT; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِق “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…” (Surah Al-Maidah ayat 6) Oleh itu, dapat kita fahami bahawa membasuh tangan hingga ke siku itu wajib dibasuh Ketika berwuduk sama ada dimulakan daripada tangan atau siku dahulu.  Menurut Imam Saimiri dan Imam Mawardi, jika seseorang menjirus air wuduknya sendiri, maka sunat dimulakan dari hujung jari hingga ke siku. Adapun jika air wuduk di jirus oleh orang lain, maka di sunatkan untuk dimulakan dari s

HUKUM BASUH BAJU MENGGUNAKAN MESIN

Imej
  SOALAN Apakah hukum basuh baju menggunakan mesin basuh yang bercampur pakaian yang terkena najis? JAWAPAN Sepertimana kita mengetahui asas dalam bab najis apabila najis bercampur dengan air yang kurang daripada 2 kolah maka air dan pakaian di dalam itu akan menjadi najis. Seperti disebut dalam Syarah Ibn Qasim : ماء نجس أي متنجس وهو قسمان أحدهما قليل (و هوالذي حلت فيه نجاسة) تغير أم لا وهو أي ماء (دون قلتين) “Air mutanajis ini terbagi kepada 2 salah satu daripadanya adalah air yang sedikit dan ianya adalah air yang ditimpa atasnya najis, berubah atau pun tidak iaitu jika air itu kurang daripada 2 kolah.” Sudah tentu mesin basuh di rumah kita jumlah airnya tidak melebihi 2 kolah, jadi bagaimanakah hukumnya? Untuk lebih berhati-hati, najis yang zahir dan Nampak hendaklah dihilangkan dahulu menggunakan air mutlak yang mengalir sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Habib Hasan Bin Ahmad Al-Kaf menyebutkan di dalam Taqrirat Sadidah bahawa :  “Masalah meletakkan pakaian dalam mesin basu

SOLAT JUMAAT 12 ORANG

Imej
SOLAT JUMAAT 12 ORANG FIRMAN Allah SWT ; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah : 9) MUQADDIMAH Semenjak negara kita yang tercinta Malaysia dilanda waba' Covid-19, banyak perkara yang menjadi kebiasaan telah berubah sehinggakan menimbulkan banyak persoalan kepada masyarakat. Perubahan ini juga tidak terlepas daripada berlakunya pada ibadah kita khususnya Solat Fardhu Jumaat.  Bilangan Solat Fardhu jumaat mengikut mazhab Imam Syafie Qaul Jadid paling minimum adalah 40 orang yang t

HUKUM MEMAKAI NIQAB / PURDAH BAGI WANITA

Imej
SOALAN Salam Ustaz, sy ada satu pertanyaan berkenaan apakah hukum bagi wanita yang memakai Purdah atau niqab di dalam Islam? JAWAPAN Waalaikumsalam. PERBEZAAN ULAMA' BERKENAAN NIQAB Ulama 4 mazhab berbeza pandangan tentang hukum memakai purdah atau niqab ini. Malah di dalam mazhab Syafie sendiri ada berlaku 3 perbezaan pandangan. Dalil utama dalam bab aurat ini di dalam al-Quran Surah an-Nur ayat 31: ‎     وَلَا یُبۡدِینَ زِینَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ  [Surah An-Nur 31] Maksudnya: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, kecuali apa yang zahir daripadanya” Jumhur Ulama Fuqaha berpandangan bahawa setiap anggota tubuh badan perempuan adalah aurat kecuali wajah dan tapak tangan. Oleh kerana perempuan perlu kepada mualamat dengan lelaki seperti memberi dan mengambil (barang). Malah ada pandangan mazhab Abu Hanifah membenarkan untuk perempuan menzahirkan dua tapak kakinya. Di dalam mazhab Syafie memakai purdah terbahagi kepada 3 pendapat :  1. Pendapat Mukt