Catatan

Saf kanak-kanak

Imej
Assalamualaikum, sekarang ini tular mengenai hukum saf kanak-kanak di media sosial, maka Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah Pusat Pengajian alQuran AlFarihin Alor Pongsu ingin menaqalkan pencerahan yang telah ditulis oleh Ustaz  Khafizd bin Soroni bagi memberi penjelasan terhadap masalah ini Soalan: Sekarang ni di masjid-masjid timbul isu berkaitan kedudukan anak-anak dalam saf ketika solat berjemaah. Boleh bantu beri pandangan? Jawapan : بسم الله وبه نستعين 1. Asalnya masyarakat telah pun sedia mengikut apa yang telah diajarkan oleh para ulama kita mazhab Syafii, mengikut sepertimana yang telah dihuraikan dalam kitab-kitab besar fiqh Syafii. Namun, lama kelamaan apabila setengah kita makin jauh dari mendalami ilmu & mempelajari kitab-kitab besar mazhab Syafii ini, kita mula keliru apabila ada golongan yang datang kemudian gemar mengatakan “ini sunnah”, “ini bidaah”. Sedangkan di dalam kitab2 itu telah pun diterangkan secara terperinci hukum hakamnya, mana yang ...

Siapakah golongan Khunsa?

Faedah daripada kitab Kasyifatus Saja' mengenai permasalahan Khunsa. Imam Abu bakar Ibn Abdur Rahman As-sibti mengatakan bahawa khunsa ini adalah orang yang mempunyai kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan, tidak lewat daripada keduanya itu ciri ciri lelaki atau perempuan, maka diketahui dengan beberapa keadaan : Pertama : Cara membuang air kecil yakni Kencing, jikalau dia kencing daripada zakarnya maka dia seorang lelaki, jika di kencing daripada faraj maka dia perempuan, dan jikalau dia sering kencing daripada kedua duanya maka berkata Imam Ibn Sabbagh dan juga Imam Mahamili "Di kirakan mana yang lebih dahulu keluar (yakni zakar atau faraj yang kencing dahulu) jika dua dua keluar sama maka dikira kan apa yang paling lambat terputus nya kencing, jikalau sama jugak berhenti nya adakah dihitung dengan banyak kadar air kencing nya? Pada di sini ada dua Qaul. Qaul yang asoh mengatakan tidak dikira kan. Kedua : daripada keluarnya mani, haidh atau mengandung. Jikalau dia kelu...

Doa Nabi Adam

Imej
  بسم االله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى اله واصحابه اجمعين Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyah ingin berkongsi satu amalan pada kalian semua yang ketika mana Nabi Adam AS diturunkan di Bumi lalu berdoa dengan doa ini jikalau kita baca doa ini insya  Allah, akan diampuni dosa kita, di jauhkan daripada syaitan, dan diberikan rezeki insya Allah Di keluarkan oleh Al Tabrani di dalam Kitab Al Ausat daripada Aisyah RA yang meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda : "Tatkala Allah swt menurunkan Adam ke bumi, Adam berdiri dan pergi ke Kaabah, lalu dia menunaikan solat dua rakaat. Maka Allah mengilhamkannya doa ini. اللهُمَّ أَنْتَ تَعْلَمُ سِرِّي وَ عَلَانِيَتِي فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي. تَعْلَمُ  حَاجَتِي فَأَعْطِنِي سُؤَالِي و تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي، اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي وَ يَقِينًا صَادِقًا، حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لاَ يُصِيْبُنِي إِلاَّ مَا كَتَبْتَ لِي، وَ أَرْضِنِي بِمَا قَسَمْتَ لِي "Ya Allah...

CERAMAH MAULIDUR RASUL USTAZ SYAKIRIN

Imej
CERAMAH MAULIDUR RASUL OLEH USTAZ SYAKIRIN BIN HUSIN 24 November 2019 Pusat Pengajian Al-Quran Al-Farihin 9.00 pagi - Sekiranya dihimpun air laut di bumi kemudian ditukarkan kepada dakwat tinta untuk menulis puji-pujian kepada Nabi nescaya tidak cukup - wajib zahirkan kecintaan kepada Nabi kerana kita menumpang kasih dan cinta Nabi - sesuatu itu mulia kerana Nabi dan Nabi tidak mulia kerana sesuatu - sesuatu yang berkait dengan Nabi Muhammad akan memperolehi keberkatan - Makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nur Muhammadi, kedua Arash, ketiga Qalam ( menulis segala takdir) dan keempat adalah air - Nabi Adam merupakan ayah jasad (اب الجسد), adapun Nabi Muhammad merupakan Ayah Arwah (اب الارواح) - wajib mengimani Allah dengan; واحد لا شريك له، فرد لا نضير له، ازالي لا بداية له، سرمدي لا نهاية له Allah itu Esa tiada sekutu bagiNya, Allah itu Satu tiada bandingan bagiNya, Allah ada sejak Azali tiada permulaan bagiNya, Allah itu kekal tiada kesudahan bagiNya ...

CARA QADHA SOLAT BAGI WANITA HAID

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد Alhamdulillah syukur pada Allah kerana menjadikan kita insan yang taat dan sukakan ilmu. InsyaAllah pada kali ini Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyyah Pusat Pengajian Al Quran Al Farihin Alor Pongsu akan berkongsi berkenaan cara qadha solat bagi wanita yang haid, mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua. CARA QADHA SOLAT BAGI WANITA HAID Hukum asalnya adalah mana-mana wanita yang kedatangan haid tidak perlu mengqadha solat mereka berdasarkan Hadith Aisyah, adalah Fatimah bin Abu Hubaisyah R.Anha bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَةُ  فاترُكي الصَّلاَةَ، فإِذَا ذَهَبَ قدرها فَاغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى Maksudnya: “Ketika kedatangan haid, hendaklah kamu tinggalkan solat. Maka apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi membersihkan diri daripada darah, dan dirikanlah solat.” Riwayat al-Bukhari (236) dan Muslim (333) Be...

Lafaz Istighfar yang betul

Imej
ramai yang bertanyakan soalan berkenaan dengan lafaz atau ucapan Istighfar yang betul kerana wujudnya beberapa wajah bacaan, maka kami mengambil penulisan di dalam aplikasi whatapps sebagai jawapan yang dirasakan sangat banyak manfaatnya; PENCERAHAN UCAPAN ISTIGHFAR YANG BETUL .                             الحيُّ القيُّومُ   -  الحيَّ القيومَ SOALAN : Manakah satu ucapan yang betul ketika mengucapkan istighfar  أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه Antara "Al-Hayyul Qayyumu" atau "Al-Hayyal Qayyuma" kerana ada orang yang mengatakan ucapan yang betul hanyalah dengan lafaz Al-Hayyal Qayyuma? JAWAPAN : Kedua-dua bentuk lafaz tersebut adalah betul belaka  kerana ada hadith yang datang dengan lafaz الحيُّ القيُّومُ dan ada hadith yang datang dengan lafaz الحيَّ القيومَ. Antara yang meriwayatkan dengan Al-Hayyul Qayyumu ialah Imam Ibnu Munzir dalam kitab At-Targ...

Hukum Azan Dan Iqamat di telinga bayi

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الامين وعلى آله وأصحابه أجمعين AZAN TELINGA KANAN, IQAMAT TELINGA KIRI ANAK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN Hadith yang mensarankan kita azan di telinga anak yang baru lahir adalah hadith yang shahih,sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Hakim, al-Baihaqi dan Tirmizi, bahkan berkata At Tirmizi hadith ini adalah hasan shahih عن أبي رافع رضي الله عنه قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أذن في اذن الحسين بن علي حين ولدته فاطمة بالصلاة،  قال الترميذي : حديث حسن صحيح Daripada Abi Rafi' r.a berkata: Aku telah melihat Rasulullah SAW azan di telinga Husain bin Ali sesudah Fatimah melahirkannya dengan ucapan seperti azan hendak solat Adapun Hadith diazankan di telinga kanan anak dan diiqamatkan di telinga kiri adalah dhaif, namun hadith dhaif boleh diamalkan dan pandangan ini antara yang diguna oleh ramai ulama عن الحسين بن علي رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ولد له مولود فأ...