Siapakah golongan Khunsa?

Faedah daripada kitab Kasyifatus Saja' mengenai permasalahan Khunsa.

Imam Abu bakar Ibn Abdur Rahman As-sibti mengatakan bahawa khunsa ini adalah orang yang mempunyai kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan, tidak lewat daripada keduanya itu ciri ciri lelaki atau perempuan, maka diketahui dengan beberapa keadaan :

Pertama : Cara membuang air kecil yakni Kencing, jikalau dia kencing daripada zakarnya maka dia seorang lelaki, jika di kencing daripada faraj maka dia perempuan, dan jikalau dia sering kencing daripada kedua duanya maka berkata Imam Ibn Sabbagh dan juga Imam Mahamili "Di kirakan mana yang lebih dahulu keluar (yakni zakar atau faraj yang kencing dahulu) jika dua dua keluar sama maka dikira kan apa yang paling lambat terputus nya kencing, jikalau sama jugak berhenti nya adakah dihitung dengan banyak kadar air kencing nya? Pada di sini ada dua Qaul. Qaul yang asoh mengatakan tidak dikira kan.

Kedua : daripada keluarnya mani, haidh atau mengandung. Jikalau dia keluar mani daripada zakar maka dia seorang lelaki, jika dia keluar mani daripada faraj atau haidh maka dia seorang perempuan, dan jikalau dia keluar mani dari zakar dan keluar haidh daripada faraj maka dikira kan sebagai Khunsa Musykil. Adapun jika dia mengandung seorang anak maka dia dikira sebagai perempuan dengan Yakin! Oleh kerana mengandung ini adalah dilalah (bukti) yang mendahului bagi dalil dalil yg sebelumnya.

Dan jikalau dia kencing daripada zakar dan keluarnya haidh daripada faraj, adakah yang dipekirakan dengan tempat keluar kencing ataupun bertentangan daripada itu dan adakah tetap kekal sebagai Khunsa musykil? Ada dua wajah dalam masalah ini. Pandangan yang azhar adalah yang kedua yakni kekal mereka yang berfungsi dua alat kelamin dikira sebagai khunsa musykil.

Ketiga : Kembali pada perkataan nya selepas dia baligh, ditanya kepada nya ke arah apa ia cenderung perwatakannya jika tidak dapat diketahui keadaannya. Jika dia berkata "Aku cenderung (suka) pada perempuan" maka dia seorang lelaki. Dan jika dia berkata "Aku cenderung (suka) pada lelaki" maka dia seorang perempuan.

Dan tidak diterima kembalinya pada jantina lain seperti contoh dia sudah mengkhabarkan kan di suka perempuan, tetapi selepas setahun di khabarkan dia suka lelaki maka tidak diterima pengkhabarannya itu, kecuali apabila dia mengkhabarkan dia seorang lelaki tiba tiba dia melahirkan anak, maka sudah pasti dengan yakin bahawa dia seorang perempuan. Maka terbatal apa yang dikhabarkan sebelum ini bahawa dia seorang lelaki.

Adapun dengan tumbuh janggut, tumbuh buah dada, ada beberapa bilangan tulang rusuk, maka tidak di kirakan dengan nya atas Qaul yang Asoh.

Khunsa Musykil uni munurut Imam Muhammad Sibti Al-Mardini ada dua :

1. Bahagian di mana dia ada alat kemaluan lelaki dzakar dan telur.

2. Dan alat kelamin perempuan seluruhnya.

Apabila bahagian itu ada satu lubang yang keluar daripadanya kencing tidak disamakan dengan alat kelamin lelaki atau perempuan. Dan yang kedua ini adalah musykil tidak jelas selagi mana dia masih kanak kanak, maka apabila dia baligh berkemungkinan boleh dijelaskan (dengan perwatakan) dan yang awalnya kadang2 dapat di bezakan apabila dia masih kanak kanak, dan kadang2 tidak dapat di bezakan.

Tambahan daripada al-Faqir, Khunsa ada dua yakni khunsa ghairu musykil dan khunsa musykil.

Adapun khunsa ghairu musykil itu dapat di bezakan seperti yang pertama disebutkan.

Apabila dua alat itu berfungsi maka dihukum kan khunsa musykil seperti mana yang dijelaskan di atas, sehingga ada bukti yang yakin utk menjelaskan jantinanya.

dikeluarkan oleh Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyyah Pusat Pengajian AlFarihin Alor Pongsu

dinaqalkan oleh Ustaz Faridzuan bin Abdullah

Wallahualam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB