Catatan

KEHIDUPAN YANG SEBENAR

عيش A'isyun yang bermaksud secara bahasa adalah kehidupan atau eksis dan secara istilah bahawasanya dalam kehidupan kita memerlukan kepada makanan, minuman dan kasih sayang dan yang lainnya. Ianya merangkumi zahir dan batin atau jasmani dan rohani itulah maksud Hidup. Tanpa semua perkara yang disebut ianya belum sempurna dan ianya tidak dinamakan kehidupan. Oleh kerana itu lengkapi lah hidup anda dengan maksud sebenar kehidupan. Kehidupan di dunia juga mempunyai tujuan. Persoalannya apakah tujuan hidup? Tadi kita membicarakan maksud kehidupan tetapi sekarang kita ingin membicarakan tentang tujuan hidup? Mana hala tuju kehidupan kita di dunia ini? Firman Allah SWT dalam surah Ad-Dzariyat ayat ke 56 : وَ مَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَ الْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ " Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu." Didalam ayat ini Allah swt memberikan khususiyat kepada umat Jin dan Manusia untuk beribadah kepadaNya ...

KELEBIHAN MEMBACA BASMALLAH SEBELUM TIDUR

Imej
KELEBIHAN MEMBACA BASMALLAH و من خواص البسملة أن من قرأها عند النوم إحدى و عشرين مرة أمن في تلك الليلة من الشيطان الرجيم و من شر الإنس و الجن و السرقة و الحريق و موت الفجأة و يدفع عنه كل بلاء و  - غاية المنى شرح سفينة النجا " Dan daripada kelebihan baca bismillah , sesungguhnya siapa yg baca waktu nak tidur sebanyak 21 kali nescaya dia akan selamat pada malam itu daripada kejahatan syaitan yg direjam dan kejahatan manusia serta jin dan terselamat dari segala kecurian dan kebakaran dan terselamat juga dari mati secara tiba²(mengejut)  dan dihindar darinya semua bala' dan penyakit". Petikan di atas kami ambil daripada kitab GHAYATUL MUNA BISYARHI SAFINAH AN NAJAH. Kitab safinah An Najah di karang oleh Syeikh Salim Sumair seorang Ulama hebat di Yaman. dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyah Pusat Pengajian AlFarahain Alor Pongsu https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1

NABI BOIKOT EKONOMI YAHUDI

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الامين سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وآله وصحبه وسلم Assalamualaikum, InsyaAllah pada kali ini pihak Pusat Pengajian AlFarahain akan memetik tulisan ringkas dr sanusi berkenaan Nabi memboikot ekonomi Yahudi. Ini kerana banyak persoalan yang kami terima dari masyarakat. Moga-moga tulisan Dr Sanusi ini menjadi jawapan yang kukuh kepada sesiapa yang masih keliru dan memerlukan penjelasan. NABI PUN BOIKOT Promosi Boikot ============  1. Rasulullah pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi. Baginda Nabi berdoa: اللهم أعني عليهم بسَبعٍ كسَبعٍ يوسفُ . فأصَابَتْهُم سنةٌ حَصَدَتْ كلَّ شيءٍ حتى كانوا يأكلونَ المَيْتَة “Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun...

5 kesalahan menyebut nama bulan

Imej
5 kesalahan di dalam menyebut dan menulis Nama Bulan Islam Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana sentiasa menjadikan kita hamba yang taat kepadaNya. kali ini Pusat Pengajian AlQuran AlFarahain akan membahaskan sedikit ilmu berkenaan dengan 5 nama bulan yang sering disalah sebut di dalam kalangan masyarakat kita. Tidaklah menjadi kesalahan yang berat bagi sesiapa yang salah pada sebutannya, cumanya kita mahukan segala apa yang keluar dari mulut kita adalah didasarkam dengan ilmu. Justeru, Lajnah Tarbiyah PAQAF akan mengupas secara ringkas berkenaan perkara ini. NAMA-NAMA BULAN YANG SERING DISEBUT DAN DIEJA DENGAN SALAH 1- MUHARAM 2- JAMADIL AWAL 3- JAMADIL AKHIR 4- REJAB 5- ZULKAEDAH Inilah 5 bulan yang sering disalah sebut oleh sebahagian masyarakat kita. adapaun cara sebutan dan tulisan yang sebenar ialah; 1- MUHARRAM  ( مُحَرَّم) 2- JUMADIL AWWAL  ( جُمَادِ الأَوَّل) 3- JUMADIL AKHIR  ( جُمَادِالأخِر) 4- RAJAB  ( رَجَب...

10 sifat orang bertaqwa

Imej
10 CIRI ORANG YANG BERTAQWA بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيدا Pada kali ini InsyaAllah pihak PAQAF akan bahaskan berkenaan perihal atau ciri-ciri manusia yang bertaqwa mengikut kacamata AlQuran. Allah SWT menilai manusia bukanlah dari kecantikan pakaian atau dari keindahan rupa atau dari kepintaran berfikir tetapi yang menjadi kayu ukur penilaian Allah SWT kepada hambaNya ialah ketaqwaannya. Firman Allah SWT, إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Al-Hujurat, Ayat 13 ORANG YANG BERTAQWA DISUKAI ALLAH Allah SWT menyukai orang yang bertaqwa sepertimana yang telah difirmankanNya di dalam alQuran, بَلَىٰۚ مَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ وَٱتَّقَىٰ فَإِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُتَّقِینَ (buk...

Hukum Qadha solat Jamak & Qasar

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين soalan adakah boleh mengqadha solat secara jamak dan qasar dalam tempoh musafir? jawapan Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dan pihak PAQAF berterima kasih kepada yang bertanya, mudah-mudahan Allah sentiasa menambahkan ilmu kita dari masa ke semasa InsyaAllah. menjawab persoalan di atas, kami memetik daripada beberapa kitab Feqah Syafie antaranya Al-Taqrirat As-Sadidah Qismul Ibadah dan juga Kitab Syarh Minhaj. kami ringkaskan dengan menyatakan bahawa: Menurut Mazhab Syafie, mengikut qaul yang Azhar bahawa solat yang ditinggalkan sewaktu musafir boleh di qadha secara qasar selagi mana dia masih berada dalam tempoh musafir. Dan perlu diqadha secara tamam bagi orang yang bermukim. kami datangkan juga pendapat yang lain iaitu; 1) qadha secara penuh samada dalam musafir atau muqim 2) qadha secara qasar dalam musafir atau muqim 3) qadha secara qasar jika dalam mu...

14 perkara sunat hari Asyura

Imej
Perkara yang dituntut ketika hari 'Asyura كتاب كنز النجاح والسرور في الأدعية المأثور التي تشرح الصدور الشيخ الخطيب البليغ عبد الحميد بن محمد علي بن عبد القادر قدس المكي الشافعي Kami naqalkan beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari 'Asyura daripada Kitab Kanzun Najah Wassurur karangan Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad 'Ali As-Syafie, mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat. 1. MENGHIDUPKAN MALAMNYA  iaitu dengan berbagai amalan antaranya membaca al-Quran atau mendengarnya, kemudian memperbanyakkan doa yang warid dan zikir-zikir. 2. MEMBACA AYAT KURSI SEBANYAK 360 iaitu seumpama kita membacanya setiap hari sekali selama setahun. kaifiatnya ialah membaca Basmallah di setiap awalnya dalam keadaan mengadap kiblat, duduk dalam keadaan berlutut (seumpama duduk antara dua sujud) dan apabila selesai membaca sebanyak bilangan yang telah disebutkan, maka bacalah ayat ini sebanyak 48 kali: Setelah selesai membaca ayat ini, maka bacalah doa ini sebanyak 12...