5 kesalahan menyebut nama bulan

5 kesalahan di dalam menyebut dan menulis Nama Bulan Islam

Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana sentiasa menjadikan kita hamba yang taat kepadaNya. kali ini Pusat Pengajian AlQuran AlFarahain akan membahaskan sedikit ilmu berkenaan dengan 5 nama bulan yang sering disalah sebut di dalam kalangan masyarakat kita.




Tidaklah menjadi kesalahan yang berat bagi sesiapa yang salah pada sebutannya, cumanya kita mahukan segala apa yang keluar dari mulut kita adalah didasarkam dengan ilmu. Justeru, Lajnah Tarbiyah PAQAF akan mengupas secara ringkas berkenaan perkara ini.

NAMA-NAMA BULAN YANG SERING DISEBUT DAN DIEJA DENGAN SALAH

1- MUHARAM
2- JAMADIL AWAL
3- JAMADIL AKHIR
4- REJAB
5- ZULKAEDAH

Inilah 5 bulan yang sering disalah sebut oleh sebahagian masyarakat kita. adapaun cara sebutan dan tulisan yang sebenar ialah;

1- MUHARRAM (مُحَرَّم)
2- JUMADIL AWWAL (جُمَادِالأَوَّل)
3- JUMADIL AKHIR (جُمَادِالأخِر)
4- RAJAB (رَجَب)
5- ZULKE'DAH (ذُوالقِعدَة)

kelima-lima nama ini kami ambil nama asalnya dari Hadith dan juga kamus, mudah-mudahan kita dapat mengekalkan nama sebenar bulan-bulan yang Allah muliakan ini.


rujukan

Lihat dr Engku Iskandar, kamus Dewan, cetakan pertama, (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1970). Lihat perkataan "Muharram" hal. 749, "Jumadil Awwal" dan "Jumadil Akhir" hal. 438 dan perkataan "Rajab" hal. 918


dikeluarkan oleh lajnah Tarbiayah Pusat Pengajian AlFarahain

https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB