Hukum Qadha solat Jamak & Qasar

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

soalan

adakah boleh mengqadha solat secara jamak dan qasar dalam tempoh musafir?



jawapan

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dan pihak PAQAF berterima kasih kepada yang bertanya, mudah-mudahan Allah sentiasa menambahkan ilmu kita dari masa ke semasa InsyaAllah.

menjawab persoalan di atas, kami memetik daripada beberapa kitab Feqah Syafie antaranya Al-Taqrirat As-Sadidah Qismul Ibadah dan juga Kitab Syarh Minhaj. kami ringkaskan dengan menyatakan bahawa:

Menurut Mazhab Syafie, mengikut qaul yang Azhar bahawa solat yang ditinggalkan sewaktu musafir boleh di qadha secara qasar selagi mana dia masih berada dalam tempoh musafir. Dan perlu diqadha secara tamam bagi orang yang bermukim.


kami datangkan juga pendapat yang lain iaitu;

1) qadha secara penuh samada dalam musafir atau muqim

2) qadha secara qasar dalam musafir atau muqim

3) qadha secara qasar jika dalam musafir, dan qadha secara penuh jika dalam keadaan muqim atau dalam permusafiran yang lain

Menurut ulama mazhab Hanbali pula, hendaklah qadha secara penuh, kerana qasar merupakan rukhsah dalam permusafiran, dan rukhsah itu gugur dengan berakhirnya permusafiran. Imam Ahmad pula memfatwakan perlu solat secara penuh atas dasar ihtiyath (berhati-hati).

rujukan

1- Mughni Muhtaj
2- Taqrirat As-Sadidat qismul Ibadah
3- Mukhtasar Lil tuhfatul muhtaj ala syarhil minhaj

dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyah Pusat Pengajian AlFarahain Alor Pongsu

https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB