14 perkara sunat hari Asyura
كتاب كنز النجاح والسرور في الأدعية المأثور التي تشرح الصدور
الشيخ الخطيب البليغ عبد الحميد بن محمد علي بن عبد القادر قدس المكي الشافعي
Kami naqalkan beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari 'Asyura daripada Kitab Kanzun Najah Wassurur karangan Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad 'Ali As-Syafie, mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat.
1. MENGHIDUPKAN MALAMNYA
iaitu dengan berbagai amalan antaranya membaca al-Quran atau mendengarnya, kemudian memperbanyakkan doa yang warid dan zikir-zikir.
2. MEMBACA AYAT KURSI SEBANYAK 360
iaitu seumpama kita membacanya setiap hari sekali selama setahun.
kaifiatnya ialah membaca Basmallah di setiap awalnya dalam keadaan mengadap kiblat, duduk dalam keadaan berlutut (seumpama duduk antara dua sujud) dan apabila selesai membaca sebanyak bilangan yang telah disebutkan, maka bacalah ayat ini sebanyak 48 kali:
Setelah selesai membaca ayat ini, maka bacalah doa ini sebanyak 12 kali :
Kemudian setelah selesai bacalah doa apa sahaja yang diambil dari AlQuran, dan doakan juga kepada seluruh orang Islam, kemudian bacalah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan bertahlil serta bertahmid lah sebanyak2nya.
Maka sesiapa yang melakukan amalan ini kerana Allah dan menyandarkan semuanya pada Allah, akan dijaga akan dia dari segala perkara-perkara keji pada tahun itu. Kepada Allah kita berserah.
3. BANYAKKAN SOLAT SUNAT
4. BERPUASA
5. BERSILATUL RAHIM
6. BERSEDEKAH
7. MANDI
8. MEMOTONG KUKU
9. ZIARAH-MENZIARAHI
10. MELAWAT ORANG YANG SAKIT
11. MENGUSAP KEPALA ANAK YATIM
12. BERCELAK
13. MENAMBAH NAFKAH KELUARGA
14. MENYIBUKKAN DIRI DENGAN BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN MEMPERBANYAKKAN MENYEBUT HASBALAH (حسبلة)
Dinaqalkan dari Kitab Fadhail Asyuriyyah bahawa Barangsiapa yang membaca hasbalah sebanyak 70 kali, maka Allah akan melepaskan dia dari kejahatan pada tahun tersebut.
Dan Al-Ujhuriy berkata bahawa barangsiapa yang membaca hasbalah sebanyak 70 kali kemudian dia membaca doa ini sebanyak 7 kali, maka dia tidak akan mati pada tahun tersebut, sekiranya ajalnya pada tahun tersebut dia tidak akan diberi taufiq untuk membacanya. Doa itu ialah :
Sekian....
Masih banyak amalan yang terdapat di dalam Kitab tersebut yang kami tidak terjemahkan.... Diingatkan juga kepada para pembaca bahawa amalan2 di atas ada yang tidak warid dari Nabi namun ianya menjadi amalan para Ulama hebat.
Info Tambahan
Syeikh Abdul Hamid dalam kitabnya Kanzun Naja was Surur Fi Ad'iyyati Tasyrahus Shudur ada menyebutkan berkenaan perkara yang boleh dilakukan pada hari Asyura
فِى يوْمِ عَاشُوْرَاءَ عَشْرٌ تَتَّصِلْ * بِهَا اثْنَتَانِ وَلهَاَ فَضْلٌ نُقِلْ صُمْ صَلِّ صَلْ زُرْ عَالمِاً عُدْ وَاكْتَحِلْ * رَأْسُ الْيَتِيْمِ امْسَحْ تَصَدَّقْ وَاغْتَسِلْ وَسِّعْ عَلَى اْلعِيَالِ قَلِّمْ ظُفْرَا * وَسُوْرَةَ الْاِخْلاَصِ قُلْ اَلْفَ تَصِلْ
Ada sepuluh amalan di dalam bulan ‘asyura, yang ditambah lagi dua amalan lebih sempurna. Puasalah, solatlah,sambung silaturrahim, ziarah orang alim, menjenguk orang sakit dan mencelak mata. Usaplah kepala anak yatim, bersedekah, dan mandi, menambah nafkah keluarga, memotong kuku, membaca surat al-Ikhlas 1000 kali.
Semoga kita mampu beramal seperti amalan orang-orang soleh InsyaAllah
dikeluarkan oleh
Abu Humaid Muhammad Albakri
Lajnah Tarbiyah PAQAF (pusat Pengajian AlFarahain)
https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1
https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1
Ulasan
Catat Ulasan