10 sifat orang bertaqwa
10 CIRI ORANG YANG BERTAQWA
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيدا
Pada kali ini InsyaAllah pihak PAQAF akan bahaskan berkenaan perihal atau ciri-ciri manusia yang bertaqwa mengikut kacamata AlQuran.
Allah SWT menilai manusia bukanlah dari kecantikan pakaian atau dari keindahan rupa atau dari kepintaran berfikir tetapi yang menjadi kayu ukur penilaian Allah SWT kepada hambaNya ialah ketaqwaannya. Firman Allah SWT,
إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ
sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al-Hujurat, Ayat 13
ORANG YANG BERTAQWA DISUKAI ALLAH
Allah SWT menyukai orang yang bertaqwa sepertimana yang telah difirmankanNya di dalam alQuran,
بَلَىٰۚ مَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ وَٱتَّقَىٰ فَإِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُتَّقِینَ
Ali Imran, Ayat 76
ORANG YANG BERTAQWA DIMULIAKAN DI HARI AKHIRAT
Tujuan utama kita hidup adalah untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Bagi orang yang bertaqwa kepada Allah di dunia Allah akan muliakan dia pada hari akhirat kelak. Ini bertepatan dengan Firman Allah,
زُیِّنَ لِلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا وَیَسۡخَرُونَ مِنَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۘ وَٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ فَوۡقَهُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ وَٱللَّهُ یَرۡزُقُ مَن یَشَاۤءُ بِغَیۡرِ حِسَابࣲ
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
Al-Baqarah, Ayat 212
Bahkan syurga juga didekatkan kepada orang yang bertaqwa apabila di hari kiamat kelak, Firman Allah SWT,
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)
Ash-Shu'ara, Ayat 89
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِینَ
"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
Ash-Shu'ara, Ayat 90
CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA
Kami petik beberapa ayat AlQuran yang menerangkan berkenaan sifat-sifat orang yang bertaqwa,
mudah-mudahan dengan ilmu ini akan menjadikan kita manusia yang sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT InsyaAllah
1) BERSEGERA MEMOHON AMPUN SEKIRANYA MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN ALLAH, DAN BERSEGERA MEMOHON MAAF JIKA MELAKUKAN KESALAHAN DENGAN MANUSIA
2) SUKA BERSEDEKAH WALAUPUN DIRINYA BERADA DI DALAM KEADAAN SEMPIT
3) MENAHAN MARAH WALAUPUN DISAKITI
4) MUDAH MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN DAN TIDAK BERDENDAM
5) SENTIASA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA KEBAIKAN
kelima-lima sifat di atas adalah sifat orang bertaqwa yang telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam alQuran pada surah Ali Imran ayat 133-135 dengan FirmanNya...
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
135. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
6) SELALU MENEPATI JANJI
بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
surah Ali Imran ayat 76
7) SENTIASA BERSABAR KETIKA DITIMPA UJIAN
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
surah al Baqarah ayat 177
8) TIDAK SOMBONG DAN TIDAK MELAKUKAN KERISAKAN DIMUKA BUMI
لْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
surah alQasas ayat 83
9) SELALU MENGINGATI ALLAH
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
surah al Ahzab ayat 41
10) SENTIASA BERHATI-HATI DALAM PEKERJAAN KERANA TAKUTKAN AZAB ALLAH
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
inilah 10 sifat-sifat orang yang bertaqwa, mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita bersama golongan orang-orang yang bertaqwa.
Abu Humaid Muhammad Albakri
dikeluarkan oleh lajnah Tarbiyah Pusat Pengajian alFarahain Alor Pongsu Perak
https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1
dikeluarkan oleh lajnah Tarbiyah Pusat Pengajian alFarahain Alor Pongsu Perak
https://pusatpengajianalfarahain.blogspot.com/2019/10/paqaf-pusat-pengajian-alquran.html?m=1
Ulasan
Catat Ulasan