HUKUM SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID KETIKA IQAMAH
SOALAN Apakah hukum solat seseorang yang sedang melakukan Solat Tahiyatul Masjid dan Ketika itu muadzin sedang iqamah? JAWAPAN Hukumnya makruh sepertimana dinukilkan oleh pengarang kitab Wablul Ghomam Fi Ahkmah Makmum wal Imam : من دخل و الاقامة تقام لم تستحب له التحية و غيرها من النوافل صرح بذلك المحالي و البغوي والشيخان و الأصحاب للحديث الصحيح اذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة “Barangsiapa yang memasuki masjid dan iqamah telah didirikan, maka tidak disunnahkan baginya solat tahiyatul masjid dan selain daripadanya daripada ibadah-ibadah sunat. Dinyatakan perkara itu oleh Imam Mahalli, Imam Baghawi, Syaikhain (imam Nawawi dan Imam Rofi’e), dan Ashab Syafie’ dengan hadith sahih “Apabila telah didirikan iqamah solat, maka tidak ada solat melainkan solat maktubah (solat fardu).” Sayyid Muhammad Bin Abdurrahman Al-Ahdal juga menukilkan bahawa ulama usul seperti Al-Azrai’e dan yang lainnya menjelaskan pada makna pensyariatan iqamah itu bahawa makruh melakukan ibadah sunah apabila w