Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Imej
Nama Penuh Nabi Muhammad SAW محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن نضر بن كنانة بن خزيمة بن مدركة بن الياس مضر بن نزار بن معد بن عدنان Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihrin bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan dikeluarkan oleh Lajnah at Ta'lim wa at Tarbiyyah Pusat Pengajian Al Quran Al Farihin Alor Pongsu kenali kami dengan lebih lanjut klik link di bawah ini PAQAF

BMF : Buy Muslim First

Imej
BMF menepati nilai al-Quran dan Sunnah, bantu perkukuh ukhuwwah 1. MENURUT Sinar Harian, Exco Agama Kerajaan Perak, Asmuni Awi mengarahkan semua kempen BMF dibatalkan daripada dibuat di masjid-masjid. Malah Timbalan Mufti Perak yang dijadualkan akan merasmikan kempen BMF ini akan dipanggil untuk memberikan penjelasan. 2. Tindakan melarang usaha membantu saudara Muslim ini adalah sangat menghairankan. Dalam Islam, kita dididik membantu sesama saudara Muslim kita. Firman Allah: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (Al-Maidah: 2) 3. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam a-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini adalah satu perintah untuk membantu dalam perkara kebaikan. Kata beliau: وهو أمرٌ لجميع الخَلْق بالتعاون على البر والتقوى، أي ليُعِن بعضكم بعضاً “Ini adala

Bab Tayammum

Imej
PENGERTIAN TAYAMMUM T ayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia. PENSYARIATAN TAYAMMUM Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَأَیۡدِیَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَیۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبࣰا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰۤ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَاۤءَ أَحَدࣱ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَاۤىِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَاۤءَ فَلَمۡ تَجِدُوا۟ مَاۤءࣰ فَتَیَمَّمُوا۟ صَعِیدࣰا طَیِّبࣰا فَٱمۡسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمۡ وَأَیۡدِیكُم مِّنۡهُۚ مَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیَجۡعَلَ عَلَیۡكُم مِّنۡ حَرَجࣲ وَلَ

hukum bersalaman dengan amrad

HUKUM LELAKI AMRAD Ulama mendefinisikan Amrad sebagai lelaki yang bersih dua pipinya daripada janggut, dan rupanya seakan-akan perempuan Di dalam Kitab Bujairimi 'Ala Khatib menyatakan bahawa amrad disisi Fuqaha ialah mereka yang tidak tumbuh janggut atau bulu mengikut kebiasaan lelaki. Amrad juga diertikan sebagai remaja yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya. Istilah Fiqh menyatakan bahawa remaja yang telah baligh dan belum tumbuh janggut. Remaja bermakna seorang yang sudah baligh dan belum mencecah usia 30an. Sekiranya umurnya melebihi 30an dan masih belum tumbuh janggut maka dia dinamakan sebagai Ajrad. HUKUM AMRAD 1) BERSALAMAN DENGANNYA Imam Nawawi di dalam Kitabnya Al-Majmu' menekankan bahawa mesti berjaga-jaga dari bersalaman dengan amrad. memandang kepada amrad dengan tidak ada keperluan adalah haram menurut pendapat yang shahih di dalam Mazhab. Beliau menyatakan pengharaman dengan tanpa ada sebarang alasan melainkan anak send

jasa Imam Ghazali dalam Mazhab Imam Syafie

Imej
JASA IMAM GHAZALI Penulisan ini kami ambil di dalam aplikasi wahtapps kerana melihat akan manfaatnya pada umat untuk mengenali dengan lebih dekat Imam Ghazali yang sangat hebat di dalam ilmu Feqah sehingga mampu memudahkan kita memahami Feqah Mazhab imam Syafie. JASA IMAM GHAZALI رحمه الله تعالى DALAM MAZHAB IMAM SYAFI'I رحمه الله تعالى. Ada empat karangan besar Imam Al-Ghazali  yang berbicara tentang fiqh mazhab Asy-Syafi'iyyah iaitu, Al-Khulashoh (الخلاصة) Al-Basith (البسيط) Al-Wasith (الوسيط) Al-Wajiz (الوجيز Kita semua tahu, ibu bagi hukum di dalam mazhab Syafi'i semuanya terkandung di dalam kitab karangan Imam Syafi'i iaitu Al-Umm. Oleh kerana perbahasan di dalam kitab Al-umm itu terlalu rumit, maka anak murid Imam Syafi'i iaitu Imam Al-Muzani meringkas kan kitab tersebut supaya menjadi lebih mudah dengan karangan nya yang terkenak iaitu Mukhtasar Al-Muzani. Dari kitab Mukhtasar Al-Muzani ini lah, Imam Al-Ghazali meringkas kan supaya menjadi l

PAQAF: Pusat Pengajian AlQuran AlFarahin Alor Pongsu

Imej
PAQAF : Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak PAQAF merupakan Pusat Pengajian AlQuran bagi Golongan Dewasa secara percuma yang diasaskan oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Sharkhawi bin Ishak (Ustaz Rempit). Ini bagi memudahkan golongan dewasa untuk mencari tempat belajar AlQuran di lewat usia.  Pusat Pengajian ini terletak di Alor Pongsu Perak, jalan menghala ke Bukit Merah. Antara kelebihan belajar di PAQAF adalah para penuntut dapat mempelajari AlQuran bermula dari asas sehingga ke peringkat tinggi. Pusat Pengajian ini juga membawakan Syeikh Ghassan Twani dari Syria pada setiap bulan untuk para pelajarnya bertalaqqi secara langsung dengan tenaga pengajar di Maahad Furqan Syiria. carta organisasi PAQAF Penaung PAQAF Ayahnda Tokman Penasihat PAQAF Tuan Guru Ustaz AlBakri bin Basir Mudir PAQAF Ustaz Ahmad Sharkhawi bin Ishak (Ustaz Rempit) Timbalan Mudir PAQAF Ustaz Amin Syazwan Syeikh Ghassan Twani (Syiria) Pen

10 tanda hati keras

Imej
10 perkara penyebab hati keras ( عشرة الاشياء من الجفاء ) kata2 nie dipetik dari Imam Sufyan AsSauri seseorang yg mendoakan untuk dirinya, tidak berdoa untuk ibubapa, datuk nenek dan orang mukmin dan mukminat seseorang yg mengaji alQuran, tetapi dia  tidak membaca sehari 100 ayat  seseorang yg masuk dlm masjid dan keluar dari masjid tidak solat dua rakaat seorang lelaki yg berjalan di kubur tetapi tidak berdoa dan memberi salam ke ahli kubur seorang lelaki yg masuk dalam satu negeri pada hari Jumaat tetapi tidak solat jumaat seorang yang turun orang Alim ke tempatnya tetapi dia tidak pergi untuk menadah ilmu seseorang yg berjalan sekali tetapi x tanya nama seorang lelaki jemput kita pi kenduri tetapi kita xpergi  seorang yg muda tetapi tidak menghabiskan masa mudanya dengan ilmu dan adab seorang yg kenyang tetapi jiran dia lapar  Dikeluarkan oleh Lajnah Ilmiah Pusat Pengajian AlQuran AlFarahain Alor Pongsu Perak Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan denga

hukum dua jemaah dalam satu solat

Hukum Mendirikan Banyak Jemaah Solat Di Satu Tempat Yang Sama Dalam isu ini, apabila kita meneliti kepada kenyataan para fuqaha dalam kitab-kitab mereka, kita mendapati bahawa mereka memperincikan isu kepada tempat ia didirikan seperti berikut: Pertama: Masjid Masjid yang dimaksudkan di sini adalah masjid rasmi yang disediakan untuk jemaah menunaikan solat lima waktu, solat jumaat, dan selainnya yang telah mempunyai imam lantikan rasmi (imam ratib). Para fuqaha membahaskan hukum berlakunya dua imam serentak di dalam masjid dengan menyatakan hujahan masing-masing. Imam Al-Ramli dari kalangan ulama Syafi’eyyah berkata: وتكره إقامة جماعة بمسجد غير مطروق له إمام راتب من غير إذنه قبله أو بعده أو معه ، فإن غاب الراتب سن انتظاره Maksudnya: Dimakruhkan untuk didirikan jemaah di masjid selain mathruq (tempat laluan orang ramai) yang mempunyai imam ratib (rasmi) tanpa izinnya sama ada (jemaah itu didirikan) sebelumnya, selepasnya, atau bersama dengannya (serentak). Sekiranya imam rat