PAQAF: Pusat Pengajian AlQuran AlFarahin Alor Pongsu

PAQAF : Pusat Pengajian AlQuran AlFarihin Alor Pongsu Perak




PAQAF merupakan Pusat Pengajian AlQuran bagi Golongan Dewasa secara percuma yang diasaskan oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Sharkhawi bin Ishak (Ustaz Rempit). Ini bagi memudahkan golongan dewasa untuk mencari tempat belajar AlQuran di lewat usia. 

Pusat Pengajian ini terletak di Alor Pongsu Perak, jalan menghala ke Bukit Merah.

Antara kelebihan belajar di PAQAF adalah para penuntut dapat mempelajari AlQuran bermula dari asas sehingga ke peringkat tinggi.

Pusat Pengajian ini juga membawakan Syeikh Ghassan Twani dari Syria pada setiap bulan untuk para pelajarnya bertalaqqi secara langsung dengan tenaga pengajar di Maahad Furqan Syiria.

carta organisasi PAQAF


Penaung PAQAF
Ayahnda Tokman



Penasihat PAQAF
Tuan Guru Ustaz AlBakri bin Basir

Mudir PAQAF
Ustaz Ahmad Sharkhawi bin Ishak
(Ustaz Rempit)


Timbalan Mudir PAQAF
Ustaz Amin Syazwan


Syeikh Ghassan Twani (Syiria)
Pengajar AlQuran dan Tafsir


Tenaga Pengajar PAQAF
Ustaz Muhammad bin Bakri



LAJNAH AT TA'LIM WA AT TARBIYYAH PAQAF


Lajnah at ta'lim wa at tarbiyyah ini diasaskan oleh Alfadhil Ustaz Ahmad Sharkhawi Ishak sebagai tujuan menjawab segala masalah dan kemusykilan yang terbit dari penuntut ilmu di PAQAF, Lajnah ini juga bertujuan mengkaji isu semasa yang berkaitan dengan agama bagi memudahkan penuntut ilmu di PAQAF mendapat ilmu yan benar dan tepat

Lajnah ini berjalan di atas landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan atas Mazhab Imam Syafie, ini bertepatan dengan apa yang telah digariskan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Perak


Aktiviti Pusat Pengajian AlQuran AlFarahin:






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB