jasa Imam Ghazali dalam Mazhab Imam Syafie
JASA IMAM GHAZALI
Penulisan ini kami ambil di dalam aplikasi wahtapps kerana melihat akan manfaatnya pada umat untuk mengenali dengan lebih dekat Imam Ghazali yang sangat hebat di dalam ilmu Feqah sehingga mampu memudahkan kita memahami Feqah Mazhab imam Syafie.
JASA IMAM GHAZALI رحمه الله تعالى DALAM MAZHAB IMAM SYAFI'I رحمه الله تعالى.
Ada empat karangan besar Imam Al-Ghazali yang berbicara tentang fiqh mazhab Asy-Syafi'iyyah iaitu,
Al-Khulashoh (الخلاصة)
Al-Basith (البسيط)
Al-Wasith (الوسيط)
Al-Wajiz (الوجيز
Kita semua tahu, ibu bagi hukum di dalam mazhab Syafi'i semuanya terkandung di dalam kitab karangan Imam Syafi'i iaitu Al-Umm. Oleh kerana perbahasan di dalam kitab Al-umm itu terlalu rumit, maka anak murid Imam Syafi'i iaitu Imam Al-Muzani meringkas kan kitab tersebut supaya menjadi lebih mudah dengan karangan nya yang terkenak iaitu Mukhtasar Al-Muzani.
Dari kitab Mukhtasar Al-Muzani ini lah, Imam Al-Ghazali meringkas kan supaya menjadi lebih mudah dengan karangan nya iaitu Al-Khulashoh. Adapun tiga kitab yang tinggal lagi itu, maka itu ada kaitan dengan guru Imam Ghazali iaitu Imam Al-Juwaini. Imam Al-Juwaini telah mengarang kan kitab yang bernama Nihayatul Al-Mathalab yang mempunyai lebih kurang 21 jilid.
Maka, dari karangan Imam Al-Juwaini ini lah, bangkit Imam Al-Ghazali yang berusaha memudahkan para penuntut ilmu dengan cara membuat ringkasannya. Maka lahirlah ringkasan kitab Nihayatu Al-Mathlab yang bernama Al-Basith. Meskipun sudah berupa ringkasan, tetapi ternyata kitab Al-Basith masih berat untuk dikuasai, sehinggakan Imam Al-Ghazali meringkasnya lagi dalam sebuah kitab yang lebih kecil bernama Al-Wasith. Ternyata kitab Al-Wasith pun juga masih terasa susah, berat ,maka Imam Al-Ghazali meringkasnya lagi menjadi Al-Wajiz.
Dari kitab Al-Wajiz inilah lahir kitab-kitab besar dan hebat dalam mazhab Asy-Syafi'i yang ditulis oleh dua ulama besar mazhab Asy-Syafi'i, iaitu Imam Ar-Rofi'i dan Imam An-Nawawi رحمهما الله تعالى.
Maka empat karangan Imam Al-Ghazali itu dikatakan sebagai karangan besar yang sangat berjasa mengembangkan mazhab Asy-Syafi'i. Jasa Imam Al-Ghazali ini disebut kan dalam bentuk syair singkat olah Umar Ath-Thorobulusi sebagaimana dikutip oleh Imam As-Subki dalam thobaqotnya,
هذب المذهب حبر … أحسن الله خلاصه
ببسيط ووسيط … ووجيز وخلاصه
Seorang ulama telah meringkas mazhab (Asy-Syafi'i), Semoga Allah memberi ganjaran kepadanya dengan terbebas dari neraka. Beliau melakukannya dengan mengarang Al-Basith, Al-Wasith, Al-Wajiz dan Al-Khulashoh
(Rujukan Thobaqot Asy-Syafi'iyyah Al-Kubro, 6/223)
رحم الله الغزالي رحمة واسعة
اللهم اجعلنا من محبي العلماء الصالحين.
والله أعلم.
dikeluarkan oleh Lajnah Ilmiah Pusat Pengajian AlFarahin Alor Pongsu Perak
untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Pusat Pengajian Alfarahin sila klik link di bawah
PAQAF

Ulasan
Catat Ulasan