Bab Tayammum
PENGERTIAN TAYAMMUM
T
|
ayammum ialah
menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat
yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib
(junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan
ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada
manusia.
PENSYARIATAN
TAYAMMUM
Disyari‘atkan
tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
یَـٰۤأَیُّهَا
ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُوا۟ وُجُوهَكُمۡ
وَأَیۡدِیَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى
ٱلۡكَعۡبَیۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبࣰا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰۤ أَوۡ
عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَاۤءَ أَحَدࣱ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَاۤىِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَاۤءَ
فَلَمۡ تَجِدُوا۟ مَاۤءࣰ فَتَیَمَّمُوا۟ صَعِیدࣰا طَیِّبࣰا فَٱمۡسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمۡ
وَأَیۡدِیكُم مِّنۡهُۚ مَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیَجۡعَلَ عَلَیۡكُم مِّنۡ حَرَجࣲ وَلَـٰكِن
یُرِیدُ لِیُطَهِّرَكُمۡ وَلِیُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَیۡكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah
dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam
musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu
sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi),
maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)
SEBAB-SEBAB TAYAMMUM
أَسْبَابُ التَّيَمُّمِ ثَلاَثَةٌ:
1- فَقْدُ الْمَاءِ
وَ2- الْمَرَضُ.
وَ3-الاحْتِيَاجُ إِلَيْهِ لِعَطَشِ حَيَوَانٍ مُحْتَرِمٍ.
Sebab tayammum ada tiga,
1. tidak ada air,
2. sakit, dan
3. airnya diperlukan untuk memberi minum binatang
(makhluk) yang kehausan yang muhtarom (yang dimuliakan syara’).
غَيْرُ الْمُحْتَرَم سِتَّةٌ:
1- تَارِكُ الصَّلاَةِ.
وَ2- الزَّانِيْ الْمُحْصَنُ.
وَ3- الْمُرْتَدُّ.
وَ4-الكَافِرُ الْحَرْبِيُّ.
وَ5- الْكَلْبُ الْعَقُوْرُ.
وَ6- الْخِنْزِيْرُ.
Yang tidak masuk muhtarom (tidak dihormati) ada enam,
yaitu [1] orang yang meninggalkan shalat, [2] pezina yang sudah menikah, [3]
murtad, [4] kafir harbi, [5] anjing galak, dan [6] babi
SYARAT-SYARAT TAYAMMUM
Syarat–Syarat mengerjakan tayammum
(فَصْلٌ ) شُرُوْطُ الّتَيَمُّمِ عَشَرَةٌ: أَنْ يَكُوْنَ بِتُرَابٍ
وَاَنْ يَكُوْنَ الّتَرَابُ طَاهِرًا وَأَنْ لَا يَكُوْنَ مُسْتَعْمَلًا وَاَنْ لَا
يُخَالِطَه ُدَقِيْقٌ وَنَحْوُهُ وَأَنْ يَقْصِدَهُ وَأَنْ يَمْسَحَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ
بِضَرْبَتَيْنِ وَأَنْ يُزِيْلَ اّلنَجَاسَةَ أَوَّلًا وَأَنْ يَجْتَهِدَ فِي الْقِبْلَةِ
قَبْلَهُ وَأَنْ يَكُوْنَ الّتَيَمُّمُ بَعْدَ دُخُوْلِ الْوَقْتِ وَأَنْ يَتَيَمَّمَ
لِكُلِّ فَرْضٍ
Syarat–Syarat mengerjakan tayammum ada sepuluh, yaitu:
1- Bertayammum dengan tanah.
2- Menggunakan tanah yang suci tidak terkena
najis(lagi kering)
3-Tanahnya belum dipakai tayamum (bukan musta’mal atau
bekas)
4- Tanahnya tidak tercampur tepung dan sebagainya
(seperti kapur kering)
5-Bermaksud tayamum (dengan menyapukan tanah,bukan
bermain-main)
6-menyapu muka dan kedua tangan dengan dua kali tepukan (ke tanah yaitu, sekali ke
muka dan sekali lagi ke dua tangan)
7-Menghilangkan najis terlebih dahulu (dari
badannya,walaupun bukan termasuk anggota tayamum)
8-Harus berijtihad mengenai arah kiblat sebelum
tayamum
9-Tayamum hendaknya sesudah masuk waktu sembahyang
(bila tayamum untuk salat)
10-Dan sekali tayamum itu hanya dapat dipakai untuk sekali salat fardu
(kecuali sembahyang sunat,boleh berkali-kali)
ANGGOTA TAYAMMUM
1. Muka.
2. Dua belah tangan hingga siku.
FARDHU TAYAMMUM
فصل- فروض التيمم خمسة : الأول : نقل التراب ، الثاني : النية
، الثالث : مسح الوجه الرابع : مسح اليدين إلى المرفقين ، الخامس : الترتيب بين المسحتين
Fardhu Tayammum ada 5 :
1. Memindahkan debu
2. Niat
3. Menyapu wajah
4. Menyapu kedua tangan hingga ke siku
5. Tertib diantara sapuan tersebut (muka kemudian
tangan)
SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca Basmallah
2. Mengadap ke kiblat
3. Mendahului menyapu yang kanan
4. Mengerjakan dengan berturut-turut
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang
membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum
kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.
HUKUM AL-JABAAIR DAN AL-‘ASAAIB
Al-Jabaair jama’ kepada jabiirah yang bermaksud :
ikatan yang diletakkan di atas anggota yang patah bagi mengikat atau
membalutnya.
Al-‘Asaa’ib jama’ kepada ‘isaabah yang bermaksud :
ikatan yang diletakkan di atas anggota yang luka bagi menjaganya daripada
kotoran-kotoran sehingga ia sembuh.
Pesakit yang ditimpa luka atau patah, kadang-kadang
berhajat kepada meletakkan ikatan (balutan) dan ubat di atas tempat luka atau
patah dan kadang-kadang tidak berhajat padanya.
Sekiranya pesakit tersebut berhajat kepadanya maka
wajib baginya untuk melakukan 3 perkara;
1. Membasuh bahagian yang tidak sakit pada anggota patah
atau luka.
2. Menyapu seluruh balutan atau ikatannya.
3. Bertayammum sebagai ganti membasuh bahagian yang sakit
apabila terkena air untuk berwuduk
Sekiranya dia tidak berhajat kepada balutan untuk
dibalut pada kawasan patah atau luka, maka dia wajib membasuh bahagian anggota
yang sihat dan bertayammum bagi menggantikan bahagian yang luka sekiranya dia
tidak boleh membasuh tempat sakit/luka tersebut.
TEMPOH MENYAPU DI ATAS BALUTAN
Meyapu di atas balutan ini tidak ada tempohnya yang
tertentu, bahkan ia berterusan selama mana keuzuran itu masih ada. Apabila sakit
telah sembuh maka batallah sapu dan dia wajiob dibasuh.
Sekiranya tempoh sapuan telah tamat sedangkan dia
masih mempunyai wuduk, maka wajib juga baginya untuk menyapu bahagian yang dibalut
dan bahagian selepas tersebut sepertima diwajibkannya sebelum ini.
HUKUM QADA’ SOLAT BAGI ORANG YANG MENGGUNAKAN BALUTAN
Orang yang memakai balutan, wajib mengqada’
sembahyangnya sekiranya balutan itu berada dalam salah satu keadaan berikut;
- 1 Apabila dia meletakkan balutan itu dalam keadaan tidak
suci dan dia uzur tidak membenarkan dia membukanya
- 2. Balutan itu berlaku pada anggota tayammum
- 3. Apabila kawasan yang sihat dibalut melebihi kadar
balutan pada tempat sakit
BEBERAPA MASALAH
Bolehkan bertayammum di dinding?
Qaul Muktamad Mazhab Imam Syafie tidak membenarkan bertayammum selain daripada debu tanah, sekiranya di dinding tersebut mempunyai debu tanah, maka di bolehkan, sekiranya tiada maka tidak dibolehkan
Bolehkah bertayammum dengan bedak?
Soalan ini jawapannya sama seperti di atas, Mazhab Syafie tidak membolehkan debu lain selain debu tanah, sekiranya bedak tersebut adalah debu tanah dari muka bumi ini maka dibolehkan
Dikeluarkan oleh Lajnah Ilmiah Pusat Pengajian AlQuran
AlFarahain Alor Pongsu Perak
Kenali kami dengan lebih dekat, tekan link di bawah
Ulasan
Catat Ulasan