hukum bersalaman dengan amrad
HUKUM LELAKI AMRAD
Ulama mendefinisikan Amrad sebagai lelaki yang bersih dua pipinya daripada janggut, dan rupanya seakan-akan perempuan
Di dalam Kitab Bujairimi 'Ala Khatib menyatakan bahawa amrad disisi Fuqaha ialah mereka yang tidak tumbuh janggut atau bulu mengikut kebiasaan lelaki.
Amrad juga diertikan sebagai remaja yang belum tumbuh janggutnya walaupun telah nampak bibit misainya.
Istilah Fiqh menyatakan bahawa remaja yang telah baligh dan belum tumbuh janggut. Remaja bermakna seorang yang sudah baligh dan belum mencecah usia 30an. Sekiranya umurnya melebihi 30an dan masih belum tumbuh janggut maka dia dinamakan sebagai Ajrad.
HUKUM AMRAD
1) BERSALAMAN DENGANNYA
Imam Nawawi di dalam Kitabnya Al-Majmu' menekankan bahawa mesti berjaga-jaga dari bersalaman dengan amrad. memandang kepada amrad dengan tidak ada keperluan adalah haram menurut pendapat yang shahih di dalam Mazhab.
Beliau menyatakan pengharaman dengan tanpa ada sebarang alasan melainkan anak sendiri.
Mazhab Imam Ahmad tidak membenarkan untuk besalaman dengan amrad, ini seperti apa yang telah disebutkan di dalam Kitab Hasyiah Al-Raud Al-Murbi.
Imam Baijuri di dalam Hasyaihnya menyebut satu kaedah "setiap sesuatu yang diharamkan untuk dilihat, maka diharamkan juga untuk disentuh", ini kerana sentuhan lebih memberi kesan kepada syahwat.
dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyah PAQAF Alor Ponhsu Perak
kenali PAQAF dengan lebih lanjut dengan klik link di bawah ini:
PAQAF

Ulasan
Catat Ulasan