Catatan

IDDAH PEREMPUAN KEMATIAN SUAMI

Imej
Ustaz Faridzuan Abdullah As-Sarawaki HUKUM TENTANG IDDAH KEMATIAN Iddah العدة secara bahasa diambil daripada perkataan العدد bermaksud bilangan atau perhitungan. Daripada istilah syara' iddah ini bermaksud مدة تتربص فيها المرأة لمعرفة براءة رحمها أو للتعبد لتفجعها على زوج "Satu tempoh penantian bagi seorang perempuan untuk mengetahui kesucian rahimnya atau untuk sebagai tanda pengabdian diri (kepada Allah), atau berkabung sedih atas (pemergian) suami." Hikmah daripada iddah ini adalah untuk supaya tidak berlaku percampuran nasab. Ini adalah asal hukumnya. Kadang-kadang ianya boleh berubah kerana tujuan taa'bud iaitu mendekatkan diri kepada Allah seperti yang kita akan bincangkan nanti. Iddah ini juga satu tempoh penantian yang telah ditetapkan had bilangan waktunya oleh syarak di dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud :. "Wanita-wanita yang di talaq hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh menyembunyikan apa...

SOLAT JARAK-JARAK KERANA COVID-19

Imej
SOLAT JARAK-JARAK SAH KA? بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد Ada segelintir masyarakat yg tidak hadir ke surau atas alasan solat tidak sah kerana saf tidak dirapatkan Bagi menjawab kemusykilan ini, kita lihat kembali hukum asal merapatkan saf, Hukum asal merapatkan saf ialah SUNAT HAI'AH, bukan Rukun dan bukan sunat Ab'ad Kata Imam Nawawi di dalam al Majmu' syarh al Muhazzab jilid keempat لا يُشتَرَطُ اتصالُ الصفوف ِ اذا لم يكنْ حائلٌ بل يصحُّ الاقتِداء اذا لم يزدْ ما بينهما على ثلثمائة ذراع Tidak  disyaratkan  tersambungnya  saf,  jika  antara makmum  dan  jamaah  solat  tidak  ada penghalang.  Dan  bahkan  shalat  berjamaah  tetap sah  jika  antara saf  tidak  lebih  dari 300  hasta. Imam  al-Mardawi  berkata  dalam  kitabnya  alInshaf...

HUKUM ILMU PENUNDUK DAN SIHIR

Imej
Ustaz Muhammad Albakri Tenaga Pengajar Pusat Pengajian AlFarihin Alor Pongsu Perak HUKUM PAKAI CINCIN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah segala puji bagi Allah, InsyaAllah saya cuba menjawab persoalan yang dibangkitkan walaupun saya bukanlah layak dan hanya mempunyai secebis ilmu Firman Allah SWT; إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48) MENSYIRIKKAN ALLAH Sebesar-besar dosa adalah dosa orang yang menyekutukan Allah SWT. Imam Al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Adz-Zahabi dalam Kitabnya al-Kabair meletakkan dosa orang yang menyek...

BACAAN SELEPAS SURAH AT-TIN

Imej
BACAAN SELEPAS IMAM MEMBACA SURAH AT-TIN Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, InsyaAllah saya ingin kongsikan bacaan Selepas Surah at-Tin dan beberapa surah yang lain; 1. Selepas bacaan Surah AtTin Imam Nawawi di dalam Al-Azkar menyebut disunat kan apabila membaca (أَلَيْسَ اللَّـهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) maka sebutlah: بَلَى! وأَنَا عَلَى ذلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ Maksudnya: Benar! Dan sesungguhnya aku menyaksikan hal itu (Allah SWT seadil-adil Hakim). 2. Selepas Surah alFurqan ayat 53 dan surah alWaqiah ayat 70 Disebutkan di dalam Qaulut Tam Ibu 'Imad bahawa selepas membaca (۞ وَهُوَ ٱلَّذِی مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ هَـٰذَا عَذۡبࣱ فُرَاتࣱ وَهَـٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجࣱ ) dan selepas membaca ((لَوۡ نَشَاۤءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجࣰا ) maka sebutlah; الحَمْدُ لِلّهِ الَّذِى جَعَلَهُ عَذَابًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ، وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا أُجَاجًا 3. Selepas Surah alMulk ayat 30 Disebutkan di dalam Qaulut Tam Ibu 'Imad bahawa selepas membaca ( فَمَن یَأۡتِیكُم بِمَاۤء...

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB

Imej
UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB Di sini saya kongsikan lima cara ucap dan cara balas dalam bahasa Arab beserta makna ; 1️⃣  Ucap   : كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُم بِخَيرٍ setiap tahun akan tiba, keadaan kamu baik-baik belaka  Jawab : وَأَنتُم بِخَيرٍ dan kamu semua juga dalam keadaan baik-baik belaka 2️⃣ Ucap : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُم moga Allah menerima semua amal kita sepanjang Ramadhan yg lepas Jawab : آمين Makbulkanlah doa kami Jawab : مِنَّا وَمِنْكُم Semoga Allah menerima amalan kita 3️⃣ Ucap : مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ Moga kamu termasuk dalam kalangan org yg akan kembali ke hari lebaran dan berjaya dunia akhirat Jawab : مِنَ السَّالِمِيْنَ وَالغَانِمِينَ moga kembali dalam keadaan selamat dan beruntung 4️⃣ Ucap : عِيْدُكُم مُبَارَك Moga hari raya kamu diberkati Jawab : عَلَيْنَا وَعَلَيْكُم moga kita semua sama-sama diberkati 5️⃣ Ucap : عَسَاكُم مِنْ عُوّادِهِ moga kamu akan kembali menyambut lebaran pd ...

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

Imej
𝘼𝘿𝘼𝘽 𝘿𝘼𝙉 𝘿𝙊𝘼 𝙈𝘼𝙎𝙐𝙆 𝙃𝙊𝙈𝙀𝙎𝙏𝘼𝙔 Assalamualaikum Kami Lajnah At Ta'lim wa At Tarbiyyah Alor Pongsu Perak ingin berkongsikan beberapa adab dan doa serta amalan yang baik untuk dilakukan kepada sesiapa yang hendak bermusafir di suatu tempat dan berkehendak untuk menetap di sana buat beberapa masa. moga-moga perkongsian ini bermanfaat buat semua Adab &Doa Masuk Hotel/Homestay/Penginapan 1. Membuka pintu dengan membaca Basmallah بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 2. Memberi salam sebelum masuk dengan lafaz السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang Soleh 3. Kemudian masuk sambil membaca doa أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَاخَلَقَ Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan 4. Sebelum tidur pastikan mengebas katil terlebih dahulu, begitu juga tempat duduk ...

Saf kanak-kanak

Imej
Assalamualaikum, sekarang ini tular mengenai hukum saf kanak-kanak di media sosial, maka Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah Pusat Pengajian alQuran AlFarihin Alor Pongsu ingin menaqalkan pencerahan yang telah ditulis oleh Ustaz  Khafizd bin Soroni bagi memberi penjelasan terhadap masalah ini Soalan: Sekarang ni di masjid-masjid timbul isu berkaitan kedudukan anak-anak dalam saf ketika solat berjemaah. Boleh bantu beri pandangan? Jawapan : بسم الله وبه نستعين 1. Asalnya masyarakat telah pun sedia mengikut apa yang telah diajarkan oleh para ulama kita mazhab Syafii, mengikut sepertimana yang telah dihuraikan dalam kitab-kitab besar fiqh Syafii. Namun, lama kelamaan apabila setengah kita makin jauh dari mendalami ilmu & mempelajari kitab-kitab besar mazhab Syafii ini, kita mula keliru apabila ada golongan yang datang kemudian gemar mengatakan “ini sunnah”, “ini bidaah”. Sedangkan di dalam kitab2 itu telah pun diterangkan secara terperinci hukum hakamnya, mana yang ...