HUKUM ILMU PENUNDUK DAN SIHIR
Ustaz Muhammad Albakri Tenaga Pengajar Pusat Pengajian AlFarihin Alor Pongsu Perak |
HUKUM PAKAI CINCIN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, InsyaAllah saya cuba menjawab persoalan yang dibangkitkan walaupun saya bukanlah layak dan hanya mempunyai secebis ilmu
Firman Allah SWT;
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
(Surah al-Nisa’: 48)
MENSYIRIKKAN ALLAH
Sebesar-besar dosa adalah dosa orang yang menyekutukan Allah SWT. Imam Al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Adz-Zahabi dalam Kitabnya al-Kabair meletakkan dosa orang yang menyekutukan Allah pada bab yang pertama dan beliau berkata :
"Sesiapa yang mensyirikan Allah kemudian dia meninggal dunia dalam keadaan tersebut, pastilah tempatnya di neraka"
SYIRIK TERBAHAGI KEPADA 2
SYIRIK JALI
Iaitu syirik yang mengeluarkan seseorang itu dari iman (yakni murtad dari agama) dan di akhirat dosanya tidak akan diampunkan Allah dan ia tidak akan dapat masuk syurga selama-lamanya.
Contohnya apabila seseorang itu menyembah selain Allah seperti menyembah matahari, patung-patung berhala, binatang (lembu dan sebagainya), manusia (seperti perbuatan penganut Kristian yang menyembah nabi Isa, penganut Budha yang menyembah patung Budha, orang-orang yang menyembah Fir’aun) dan sebagainya.
SYIRIK KHAFI
iaitu syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar (malah paling besar) dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya
Contohnya mempamerkan diri atau riya' di dalam ibadat dengab tujuan untuk mendapat pujian daripada Allah SWT
HUKUM MENGAMALKAN JAMPI SERAMPAH PADA CINCIN DAN SEBAGAINYA
Hukumnya Haram bagi semua semua jenis jampi untuk pemujaan kepada syaitan, jin, berhala dan sebagainya, Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”
Riwayat Imam Ahmad (3615), Abu Daud (3883)
dan Ibnu Majah (3530)
Imam al-Syaukani di dalam kitab beliau Nailul Authar menyatakan, ketiga2 perkara di atas Haram kerana orang yang melakukannya ber'itiqad bahawa perkara tersebut boleh memberi bekas sedangkan hanya Allah yg mempunyai sedemikian
Jilid 9, m/s 85
Adapun ruqyah yang dibolehkan adalah yang difahami maknanya (tiada unsur syirik) dan menggunakan ayat2 alQuran dan Hadith Nabi, ini berdasarkan Hadith yang diriwayatkan daripada Auf bin Malik al-Asyja’ie R.A, katanya:
كُنَّا نَرْقِى فِى الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِى ذَلِكَ فَقَالَ: اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Maksudnya: “Kami menjampi ketika jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu dalam hal itu? Lalu Rasulullah menjawab: “Tunjukkan kepadaku jampi kamu itu.” (Baginda bersabda kemudian) “Tidak mengapa dengan jampi asalkan saja tidak ada padanya syirik (mempersekutukan Allah).”
Riwayat Muslim (5862)
BALASAN ORANG YANG MENSYIRIKAN ALLAH
Imam Adz-Zahabi menyebutkan bahawa orang yang mensyirikan Allah tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka tidak dapat mencium bau syurga walaupun baunya dapat dihidu dari perjalanan yang sgt jauh
Fudhail bin 'iyadh mengatakan bahawa : Meninggalkan amal kerana takut dilihat manusia adalah riyak, sedangkan mengamalkan kebaikan kerana mengharapkan sanjungan adalah syirik, Ikhlas itu adalah apabila Allah SWT memeliharamu daripada kedua-duanya
Jauhilah perbuatan syirik sejauh-jauhnya, jangan pernah dekatinya, sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Ahmad :
اجتنبوا السبعَ المُوبِقات
"Jauhilah kamu daripada tujuh perkara yang membinasakan"
Antaranya yang disebutkan ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu
Ya Allah, peliharalah diri kami dari perbuatan syirik dan teguhkanlah Iman kami, Aminn!!
Muhammad Albakri
Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan