SOLAT JARAK-JARAK KERANA COVID-19
SOLAT JARAK-JARAK SAH KA?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد
Ada segelintir masyarakat yg tidak hadir ke surau atas alasan solat tidak sah kerana saf tidak dirapatkan
Bagi menjawab kemusykilan ini, kita lihat kembali hukum asal merapatkan saf, Hukum asal merapatkan saf ialah SUNAT HAI'AH, bukan Rukun dan bukan sunat Ab'ad
Kata Imam Nawawi di dalam al Majmu' syarh al Muhazzab jilid keempat
لا يُشتَرَطُ اتصالُ الصفوف ِ اذا لم يكنْ حائلٌ بل يصحُّ الاقتِداء اذا لم يزدْ ما بينهما على ثلثمائة ذراع
Tidak disyaratkan tersambungnya saf, jika antara makmum dan jamaah solat tidak ada penghalang. Dan bahkan shalat berjamaah tetap sah jika antara saf tidak lebih dari 300 hasta.
Imam al-Mardawi berkata dalam kitabnya alInshaf fi Ma’rifah ar-Rajih min al-Khilaf jilid kedua
فان كان في المسجد، فلا يشترط اتصال الصفوف بلا خلاف
Maka jika makmum berada dalam satu masjid. Tidaklah disyaratkan tersambungnya shaf, tanpa adanya perselisihan dalam masalah ini
Di samping itu juga, Jumhur Ulama berpendapat bahawa merapatkan saf bukanlah wajib tetapi ia adalah sunnah, disebutkan di dalam Mausu'ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiyah pada jilid 27;
ذَهَبَ الْجُمْهُورُ إِلَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ تَسْوِيَةُ الصُّفُوفِ فِي الصَّلاةِ الجَمَاعَةِ بِحَيْثُ لاَ يَتَقَدَّمُ بَعْضُ المُصَلّينَ عَلَى بَعضِ الآخِرِ، وَيَعْتَدِلُ القَائِمُونَ فِي الصَّفِّ عَلَى سَمْتٍ وَاحِدٍ مَعَ التَّرَاصِّ، وَهُوَ تَلاَصُقُ المَنْكِبِ بِالمَنْكِبِ، وَالقَدَمِ بِالقِدَمِ، وَالكَعبِ بِالكَعْبِ حَتَّى لاَ يَكُونَ فِي الصَّفِّ خَلَلٌ وَلاَ فُرْجَةٌ، وَيُستَحَبُّ لِلإِمَامِ أَن يَأمُرَ بِذٰلِكَ لِقَولِهِ صَلى الله عليه وسلم: سَوُّوا صُفُوفَكُم فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ
(رواه مسلم)
Jumhur ulama berpendapat bahwa disunatkan melakukan taswiyyah saf dalam solat berjamaah, di mana antara makmum tidak ada yang berdiri lebih hadapan dari pada yang lain, disamping mereka berdiri dalam barisan yang sama dengan posisi yang rapat. Tarosshi sendiri bermakna merapatkan antara bahu dengan bahu, kaki dengan kaki dan buku lali dengan buku lali, sehingga tidak terdapat kelonggaran dan kekosongan. Di samping itu, dianjurkan juga atas imam untuk memerintahkan jamaah melakukan hal tersebut, berdasarkan sabda Rasulullah saw: “Luruskan saf kamu semua, kerana meluruskan saf merupakan kesempurnaan shalat.”
HUKUM ASAL MENJARAKKAN SAF
Hukum asalnya adalah MAKRUH dan dapat meluputkan fadhilat solat berjemaah seperti mana yg telah dihuraikan dengan tuntas oleh Al Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al Sayuti dalam kitab beliau Bastul Kaffi Fi Itmam al Saffi, antara kata beliau
فقد سُئِلُ عن عدم اتمام الصفوف، والشُروع في صف قبل اتمام صف، فأجبتُ بانه مكروه، لا تحصل به فضيلة الجماعة
Aku telah ditanya berkenaan tidak menyempurnakan saf, serta memulakan saf sebelum sempurnakan saf
Maka aku jawab : Bahawa ianya adalah makruh, Fadhilat jemaah tidak terhasil dengannya
Hukum asal bagi merenggangkan saf adalah dimakruhkan dan meluputkan pahala solat berjemaah, berdasarkan hadis-hadis di atas.
Namun begitu sekiranya merenggangkan saf dilakukan kerana keperluan, maka hal itu tidaklah makruh atau diharamkan. Ini berdasarkan kaedah:
الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ
Maksudnya: “Perkara-perkara darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang dilarang.”
Kaedah lain menyebutkan:
الْحَاجَةُ تَنْزِلُ مَنْزِلَةَ الضَّرُورَةِ عَامَّةً كَانَتْ أَوْ خَاصَّةً
Maksudnya: “Keperluan itu menduduki tempat darurat, pada peringkat umum atau khas.”
Maka solat secara saf jarak-jarak yang hukum asalnya adalah makruh akan hilang apabila wujudnya keperluan ditambah dengan keadaan dunia sekarang yang ditimpa ujian Covid-19 dan memerlukan social distancing (penjarakkan sosial), Oleh sebab itu, para ulama usul menggagaskan kaedah:
الكَرَاهَة تَزُولُ بالحَاجَة
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan”
Bahkan Syeikh Nawawi al Bantani menuqilkan fatwa daripada Imam Al Ramli dalam Kitabnya Nihayah Al Zain, mengatakan bahawa fadhilat jemaah tetap diperolehi jika saf direnggangkan kerana wujudnya suatu dharurat
وفي فتاوى محمد الرملي أن الصفوف المقطعة تحصل لهم فضيلة الجماعة دون فضيلة الصف..... ان كان تأخرهم عن سد الفرجةلعذر كوقت الحر بالمسجد الحرام لم يكره لعدم التقصير فلا تفوتهم الفضيلة
Dan di antara fatwa-fatwa Muhammad ar-Ramli, bahwa saf solat yang terputus, tetap mendapatkan keutamaan solat berjamaah, tanpa keutamaan merapatkan saf … jika hal itu dilakukan karena suatu uzur, seperti situasi yang sangat panas di masjid al-Haram. Maka merenggangkan saf tersebut tidaklah makruh, kerana tidak dilakukan atas dasar kesalahan, maka tidaklah hilang fadhilah berjamaahnya.
Maka kesimpulannya, kami mengambil kira pandangan Ulama' berkenaan hukum solat jarak ini adalah sah dan mendapat Fadhilat berjemaah serta hukumnya tidak makruh apatah lagi haram
Wallahualam
Muhammad Albakri
Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan