Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

10 WASIAT UNTUK MENCEGAH WABAK COVID-19

Imej
10 WASIAT UNTUK MENCEGAH DARIPADA WABA' Ini merupakan terjemahan & ringkasan daripada Tulisan Syeikh Abdul Razzaq Ibn Abdul Muhsin Al Badr Kata Beliau; Ini merupakan wasiat/peringatan yang bermanfaat, aku tuliskan ianya berdasarkan ketakutan manusia pada ketika ini daripada waba' yang bernama Korona (Covid-19) Aku memohon kepada Allah supaya Allah mengangkat waba' ini daripada seluruh orang Islam dimana pun mereka berada, dan semoga Allah menghilangkan kesempitan & kesukaran kepada kita, dan juga semoga Allah menjaga kita semua seperti mana Allah menjaga hamba-hambanya yang soleh, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu 1. DOA YANG PERLU DIBACA SEBELUM DATANGNYA BALA' Daripada Uthman bin Affan RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَ

AMALAN 10 PERTAMA ZULHIJJAH

Imej
AMALAN-AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH KEISTIMEWAAN 10 AWAL ZULHIJJAH Firman Allah SWT (لِّیَشۡهَدُوا۟ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِیمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۖ فَكُلُوا۟ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُوا۟ ٱلۡبَاۤىِٕسَ ٱلۡفَقِیرَ) Maksudnya : Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan menyebut (Berzikir) nama Allah di Hari-hari yang telah ditentukan.... [Surah Al-Hajj 28] Kata Imam Syafie ketika menafsirkan ayat di atas, hari-hari yg telah ditentukan ialah sepuluh hari pertama zulhijjah قال الشافعي : والأيامُ المعلوماتُ العَشرُ وآخرُها يومُ النحر Berkata Imam Syafie : Hari-hari yang diketahui adalah sepuluh hari yang mana hari akhirnya hari raya korban (Mukhtasar Muzani m/s 170 jilid 8) Keistimewaan ini dikuatkan lagi apabila Allah SWT bersumpah dengannya di dalam Al Quran, Firman Allah SWT, (وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ) Maksudnya : Dan (Demi) malam-malam yang sepuluh [Surah Al-Fajr 2] Imam Ibnu Ka

HUKUM HAKAM BERKENAAN COVID-19

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد Dikesempatan yang mulia ini, InsyaAllah Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu akan berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan beberapa hukum berkaitan Covid-19, mudah2an ada manfaatnya untuk kami dan kalian COVID-19 ADAKAH HUKUMAN DARI ALLAH ATAU BUKAN? Covid-19 ini bukanlah hukuman Allah terhadap kita, namun ia lebih kepada ujian Allah kepada Umat Rasulullah SAW. Adapun hukuman Allah SWT adalah kepada umat terdahulu kerana keingkaran mereka dalam melakukan perbuatan yang menyebabkan murka Allah SWT. Allah memberikan mereka bala bencana dan wabak penyakit dan berbagai hukuman adalah keadaan mereka yang sering menentang Rasul yang diutuskan Allah kepada mereka. Antaranya Firman Allah SWT; فَأَرۡسَلۡنَا عَلَیۡهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلۡجَرَادَ وَٱلۡقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَایَـٰتࣲ مُّفَصَّلَـٰ

PERBEZAAN SOLAT LELAKI & PEREMPUAN

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Menjawab persoalan perkara yang tidak sama antara laki-laki dan perempuan dalam solat. Belakangan ini kedengaran suara suara sumbang menyatakan tidak ada beza solat antara lelaki dan perempuan, semuanya sama sahaja. Jawapan ini nampak sedikit betul tetapi banyak yang perlu diperbetulkan. Segala rukun, syarat-syarat dan lain-lain perkara dalam solat kebanyakkannya sama mengenai laki-laki dan perempuan kecuali beberapa masalah yang tidak sama antaranya keduanya iaitu:- 1) Bagi org laki-laki sunat merenggangkan dua sikunya dari dua rusuknya dan merenggangkan perutnya daripada dua pehanya pada rukuk dan sujud. Manakala bagi wanita tidak sunat berbuat demikian bahkan mereka sunat merapatkan kedua sikunya dengan rusuknya dan perutnya dengan pehanya. 2) Aurat laki-laki antara pusat dan lutut dan aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya luar dan dalam. 3.Orang laki-laki yang sedang solat jika nampak atau mengetahui sesuatu

HUKUM BERKENAAN KORBAN

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد Kami Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu Perak mengucapkan selamat melakukan ibadah korban kepada seluruh kaum muslimin & muslimat khususnya di Malaysia, di sini kami datangkan beberapa ilmu dan fawaid berkaitan korban untuk sama-sama kita murajaah dan mengingat kembali ilmu berkenaan qurban Qurban 1.0 Pengertiannya -Qurban ialah sembelihan binatang iaitu Unta, lembu, kambing dan biri-biri. Qurban ini bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan dilakukan pada Hari Raya Qurban. 1.1 Dalil  pensyariatannya -Firman Allah, فصل لربك وٱنحر¹ yang bermaksud, oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Maksud sembelih dalam ayat tersebut menurut pendapat yang paling sah ialah sembelihan Qurban Dalil hadith pula ialah أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقر