HUKUM HAKAM BERKENAAN COVID-19
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد
Dikesempatan yang mulia ini, InsyaAllah Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu akan berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan beberapa hukum berkaitan Covid-19, mudah2an ada manfaatnya untuk kami dan kalian
COVID-19 ADAKAH HUKUMAN DARI ALLAH ATAU BUKAN?
Covid-19 ini bukanlah hukuman Allah terhadap kita, namun ia lebih kepada ujian Allah kepada Umat Rasulullah SAW. Adapun hukuman Allah SWT adalah kepada umat terdahulu kerana keingkaran mereka dalam melakukan perbuatan yang menyebabkan murka Allah SWT. Allah memberikan mereka bala bencana dan wabak penyakit dan berbagai hukuman adalah keadaan mereka yang sering menentang Rasul yang diutuskan Allah kepada mereka. Antaranya Firman Allah SWT;
فَأَرۡسَلۡنَا عَلَیۡهِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلۡجَرَادَ وَٱلۡقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَایَـٰتࣲ مُّفَصَّلَـٰتࣲ فَٱسۡتَكۡبَرُوا۟ وَكَانُوا۟ قَوۡمࣰا مُّجۡرِمِینَ
Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa. (QS. Al-Araf : 133)
Adapun bencana-bencana yang diberikan kepada umat terdahulu adalah sebagai hukuman kepada orang yang menentang agama Allah, ia juga sekaligus membersihkan bumi dari perbuatan syirik dan munkar, Nabi bersabda
هُوَ عَذَابٌ أَوْ رِجْزٌ أَرْسَلَهُ اللهُ عَلى طَائِفَةٍ مِن بني إسرائيل أَوْ نَاسٍ كَانُوا قَبلَكُم
“Tha'un (wabak penyakit) adalah azab (siksaan) yang diturunkan Allah kepada Bani Israil atau kepada umat yang sebelum kamu...” (HR. Bukhari Muslim)
COVID-19 TIADA UBAT
Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa Covid-19 tidak mampu diubati dan tiada ubat yang boleh menyembuhkannya, ini bercanggah dengan Hadith Nabi Muhammad SAW
عن جابر رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قال : لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فإذا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِأذْنِ الله عز وجل
Dari Jabir: Rasulullah SAW bersabda: “Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wajalla.” (HR. Muslim)
KUARINTIN DIRI DAN KELUARGA KERANA COVID-19
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 untuk rakyat Malaysia sentiasa berada di rumah bagi menjaga keselamatan diri dan menjaga keselamatan rakyat yang lain, perintah ini wajib kita ikuti, Firman Allah SWT;
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ أَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِیعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”Surah al-Nisa’ (59)
Sabda Nabi Muhammad SAW;
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لاَ ضَرَرَ وَلاَضِرَارَ، مَن ضَارَّ ضَارَّهُ اللهُ، ومَن شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
Dari Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda: “Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Siapapun yang membuat suatu bahaya maka Allah akan membalasnya, dan siapapun membuat kesulitan atas orang lain, maka Allah akan menyulitkannya.” (HR. Malik, Daruquthni, Hakim dan Baihaqi)
Syeikh al-Maraghi menyebut, ulil amri (pemerintah) berkuasa di atas urusan kemaslahatan yang tidak terdapat nas di dalam agama. Mentaati mereka ini (ulil amri)hukumnyaadalahwajib.
(LihatTafsir al-Maraghi, 3/1242)
TIDAK BOLEH RENTAS NEGERI KERANA COVID-19
Tindakan kerajaan dengan tidak membenarkan mana-mana individu atau berkumpulan untuk tidak rentas negeri pada waktu berkembangnya virus Covid-19 adalah bertepatan dengan Hadith Nabi SAW;
عن أسامة بن زيد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطَّاعُونَ آيَةُ الرِّجْزِ، ابْتَلَى الله عز وجل بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ، فَإِذَا سَمِعْتُم بِهِ، فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيه، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنتُم بِها، فَلاَ تَفِرُّ مِنه
Dari Usamah bin Zaid, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tha'un (penyakit menular) adalah suatu peringatan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari daripadanya." (HR. Bukhari Muslim)
TIDAK BOLEH KELUAR SOLAT BERJEMAAH
Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat segelintir orang awam yang melanggar Perintah tersebut dengan keluar untuk solat berjemaah sedangkan mereka bukanlah orang yang diberi kebenaran
Ini kerana mereka gagal memahami konteks hukum dengan tepat, bagi menjelaskan isu ini dengan ringkas, koya perlua melihat bahawa solat berjemaah itu adalah bersifat zanni, adapun menajaga nyawa adalah bersifat Qat'I, apabila bertembung antara Zanni dan Qat'I maka diutamakan Qat'i. Ini juga bertepatan dengan kaedah
تَصَرُّفُ الإِمَامِ على الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَة
Maksudnya: “Polisi pemerintah itu hendaklah berasaskan maslahat terhadap rakyat. (Lihat al-Asybah wa al-Nazair li al-Suyuti, hlm. 121)
Disini jelas bahawa larangan terhadap sebarang aktiviti (perhimpunan ramai), termasuklah solat berjemaah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan adalah demi kemaslahatan rakyat iaitu mengekang atau membendung penularan wabak Covid-19
PAHALA SOLAT DI RUMAH ADALAH SAMA SEPERTI BERJEMAAH DI MASJID
Bagi sesiapa yang sebelum ini melazimi dirinya ke masjid, kemudian terhalang untuk pergi ke masjid kerana Perintah Penutupan Masjid buat sementara waktu, maka dia mendapat ganjaran sama seperti sebelum ini. Ini berdasarkan Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas;
من سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَم يُجِبْهُ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إلاَّ مِن عُذْرٍ، قَلُوا: يا رسولَ اللهِ وَمَا العُذرُ؟ قال : خَوفٌ أو مَرَضٌ؟
: “Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak menjawabnya (yakni datang menunaikannya) maka tidak ada solat baginya melainkan kerana uzur. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah keuzuran itu? Baginda menjawab: ketakutan dan sakit.”Riwayat Abu Daud (551) dan Ibn Majah (793)
Menurut Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari, perasaan takut itu termasuklah takut ke atas diri sendiri, maruah dan harta benda. Contoh lain adalah seperti takutkan kezaliman berlaku pada dirinya,hujan,kesejukan yang melampau dan juga mengelakkan diri dari kekotoran.(LihatMirqat al-Mafatih, 3/839)
MENGGUNAKAN HAND SANITIZER KETIKA HENDAK SOLAT
Hukum berkaitan dengan alkohol ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7. Keputusan muzakarah antara lain menyebut bahawa: “Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.”
LAFAZ AZAN DITUKAR KETIKA COVID
Kita sedia maklum, lafaz Azan pada kalimah حي على الصلاة telah ditukarkan kepada صلوا في بيوتكم/صلوا في رحالكم, berikutan dengan Perintah Pergerakan Kawalan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Mac 2020.
Perkara ini jelas dan thabit di dalam Hadith Nabi dan peristiwa semac ini juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim;
أَنَّ يَومَ حُنَيْنٍ كَانَ يَومَ مَطَرٍ، فَأَمَرَ النبيُّ صلى الله عليه وسلم، مُنَادِيَهُ : أنَّ الصَّلاةَ في الرِّحَالِ
Maksudnya: “Pada hari peperangan Hunain berlaku, hujan teramat lebat. Maka Nabi SAW mengarahkan muazzin untuk melaungkan: “Solat di rumah.”Riwayat Abu Daud (1057) dan Ahmad (20700). Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih.
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, ada dinyatakan bahawa dibolehkan bagi muazzin ketika dalam keadaan hujan yang teramat lebat,ribut atau sejuk yang melampau untuk melaungkan “solatlah kamu di rumah kamu”dan ia dilaungkan selepas daripada azan.(Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/362) Adapun di dalam kitab Raudhah al-Talibin oleh Imam al-Nawawi, ada disebutkan bahawa sunat bagi muazzin untuk melaungkannya selepas azan “solatlah kamu di rumah kamu”.Sekiranya dia ingin melaungkan ketikaazan maka ia dilaungkan selepas daripada al-Haia’lah (hayya ‘ala al-Solah atau hayya ‘ala a-Falah) tidak menjadi masalah. (LihatRaudhah al-Talibin, 1/208)
HUKUM SOLAT DALAM KEADAAN SAF JARAK SATU METER
Ada segelintir masyarakat yg tidak hadir ke surau atas alasan solat tidak sah kerana saf tidak dirapatkan
Bagi menjawab kemusykilan ini, kita lihat kembali hukum asal merapatkan saf, Hukum asal merapatkan saf ialah SUNAT HAI'AH, bukan Rukun dan bukan sunat Ab'ad
Kata Imam Nawawi di dalam al Majmu' syarh al Muhazzab jilid keempat
لا يُشتَرَطُ اتصالُ الصفوف ِ اذا لم يكنْ حائلٌ بل يصحُّ الاقتِداء اذا لم يزدْ ما بينهما على ثلثمائة ذراع
Tidak disyaratkan tersambungnya saf, jika antara makmum dan jamaah solat tidak ada penghalang. Dan bahkan shalat berjamaah tetap sah jika antara saf tidak lebih dari 300 hasta.
Imam al-Mardawi berkata dalam kitabnya alInshaf fi Ma’rifah ar-Rajih min al-Khilaf jilid kedua
فان كان في المسجد، فلا يشترط اتصال الصفوف بلا خلاف
Maka jika makmum berada dalam satu masjid. Tidaklah disyaratkan tersambungnya shaf, tanpa adanya perselisihan dalam masalah ini
Di samping itu juga, Jumhur Ulama berpendapat bahawa merapatkan saf bukanlah wajib tetapi ia adalah sunnah, disebutkan di dalam Mausu'ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiyah pada jilid 27;
ذَهَبَ الْجُمْهُورُ إِلَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ تَسْوِيَةُ الصُّفُوفِ فِي الصَّلاةِ الجَمَاعَةِ بِحَيْثُ لاَ يَتَقَدَّمُ بَعْضُ المُصَلّينَ عَلَى بَعضِ الآخِرِ، وَيَعْتَدِلُ القَائِمُونَ فِي الصَّفِّ عَلَى سَمْتٍ وَاحِدٍ مَعَ التَّرَاصِّ، وَهُوَ تَلاَصُقُ المَنْكِبِ بِالمَنْكِبِ، وَالقَدَمِ بِالقِدَمِ، وَالكَعبِ بِالكَعْبِ حَتَّى لاَ يَكُونَ فِي الصَّفِّ خَلَلٌ وَلاَ فُرْجَةٌ، وَيُستَحَبُّ لِلإِمَامِ أَن يَأمُرَ بِذٰلِكَ لِقَولِهِ صَلى الله عليه وسلم: سَوُّوا صُفُوفَكُم فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ
(رواه مسلم)
Jumhur ulama berpendapat bahwa disunatkan melakukan taswiyyah saf dalam solat berjamaah, di mana antara makmum tidak ada yang berdiri lebih hadapan dari pada yang lain, disamping mereka berdiri dalam barisan yang sama dengan posisi yang rapat. Tarosshi sendiri bermakna merapatkan antara bahu dengan bahu, kaki dengan kaki dan buku lali dengan buku lali, sehingga tidak terdapat kelonggaran dan kekosongan. Di samping itu, dianjurkan juga atas imam untuk memerintahkan jamaah melakukan hal tersebut, berdasarkan sabda Rasulullah saw: “Luruskan saf kamu semua, kerana meluruskan saf merupakan kesempurnaan shalat.”
Hukum asalnya adalah MAKRUH dan dapat meluputkan fadhilat solat berjemaah seperti mana yg telah dihuraikan dengan tuntas oleh Al Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al Sayuti dalam kitab beliau Bastul Kaffi Fi Itmam al Saffi, antara kata beliau
فقد سُئِلُ عن عدم اتمام الصفوف، والشُروع في صف قبل اتمام صف، فأجبتُ بانه مكروه، لا تحصل به فضيلة الجماعة
Aku telah ditanya berkenaan tidak menyempurnakan saf, serta memulakan saf sebelum sempurnakan saf
Maka aku jawab : Bahawa ianya adalah makruh, Fadhilat jemaah tidak terhasil dengannya
Hukum asal bagi merenggangkan saf adalah dimakruhkan dan meluputkan pahala solat berjemaah, berdasarkan hadis-hadis di atas.
Namun begitu sekiranya merenggangkan saf dilakukan kerana keperluan, maka hal itu tidaklah makruh atau diharamkan. Ini berdasarkan kaedah:
الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ
Maksudnya: “Perkara-perkara darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang dilarang.”
Kaedah lain menyebutkan:
الْحَاجَةُ تَنْزِلُ مَنْزِلَةَ الضَّرُورَةِ عَامَّةً كَانَتْ أَوْ خَاصَّةً
Maksudnya: “Keperluan itu menduduki tempat darurat, pada peringkat umum atau khas.”
Maka solat secara saf jarak-jarak yang hukum asalnya adalah makruh akan hilang apabila wujudnya keperluan ditambah dengan keadaan dunia sekarang yang ditimpa ujian Covid-19 dan memerlukan social distancing (penjarakkan sosial), Oleh sebab itu, para ulama usul menggagaskan kaedah:
الكَرَاهَة تَزُولُ بالحَاجَة
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan”
Bahkan Syeikh Nawawi al Bantani menuqilkan fatwa daripada Imam Al Ramli dalam Kitabnya Nihayah Al Zain, mengatakan bahawa fadhilat jemaah tetap diperolehi jika saf direnggangkan kerana wujudnya suatu dharurat
وفي فتاوى محمد الرملي أن الصفوف المقطعة تحصل لهم فضيلة الجماعة دون فضيلة الصف..... ان كان تأخرهم عن سد الفرجةلعذر كوقت الحر بالمسجد الحرام لم يكره لعدم التقصير فلا تفوتهم الفضيلة
Dan di antara fatwa-fatwa Muhammad ar-Ramli, bahwa saf solat yang terputus, tetap mendapatkan keutamaan shalat berjamaah, tanpa keutamaan merapatkan saf … jika hal itu dilakukan karena suatu uzur, seperti situasi yang sangat panas di masjid al-Haram. Maka merenggangkan shaf tersebut tidaklah makruh, karena tidak dilakukan atas dasar kesalahan, maka tidaklah hilang fadhilah berjamaahnya
MEMBACA QUNUT NAZILAH DI DALAM SOLAT FARDHU KETIKA
Para ulama berbeza pendapat dalam membolehkan membaca doa qunut ketika wabak penyakit, ulama Hanafiyyah dan Syafie'iyyah mengharuskan membacanya ketika wabak dan mengatakan ianya adalah sunnah, adapun Hanabilah dan sebahagian Syafie'iyyah tidak mensunnahkan bacaan qunut nazilah ketika berlakunya wabak
Disebutkan di dalam Kitab Mausu'ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah
يَرَي الحنفيةُ والشافعيةُ على المعتمد استحبابَ القنوتُ في الصلاة لصَرْفِ الطاعونِ باعتباره مِن أشَدِّ النوازِل
Mazhab Hanafi dan mazhab Syafi’i berpendapat bahawa dianjurkan membaca qunut nazilah dalam solat untuk menghilangkan taun, atas dasar bahawa taun merupakan bencana terbesar bagi umat manusia.
ذَهَبَ الحنابلةُ وبعضُ الشافعية الى عدم مشروعيةِ القُنوتِ لِرَفْعِ الطاعونِ، لِوُقُوعه في زَمَنِ عمرَ رضي الله عنه ولم يَقْنُتُوا لَهُ
Mazhab Hanbali dan sebagian Syafi’iyyah berpendapat bahwa tidak disyariatkan membaca qunut nazilah untuk mengangkat Taun, kerana bencana ini pernah terjadi pada masa khilafah Umar bin Khatthab, dan tidak ditemukan riwayat bahwa mereka melakukannya.
Imam al-Nawawi berkata: “Disyariatkan qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah(kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab).”(Lihat Minhaj al-Talibin, 1/222)
Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam al-Nawawi di atas berkata: “Sama ada nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum ataupun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudaratannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun, demikian juga hujan lebat yang memudaratkan.”(Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 2/68)
Para ulama mengajarkan tiga cara untuk kita membaca Qunut Nazilah iaitu pada solat subuh, atau pada solat subuh dan maghrib atau pada semua
SOLAT MEMAKAI MASK/PENUTUP MUKA KERANA COVID-19
Para Ulama bersepakat bahawa solat memakai penuntup muka adalah makruh, tetapi solat tersebut dihukumkan sah. Ini berdasarkan Hadith Nabi SAW;
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن السَّدْلِ في الصلاة وأن يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang meleretkan pakaian di dalam solat serta (melarang) seseorang lelaki itu menutup mulutnya (di dalam solat).”Riwayat Abu Daud (643)
Dalam memahami hadith di atas, al-Khatib al-Syirbini menyatakan bahawa dimakruhkan bagi seorang lelaki solat dalam keadaan menutup mulut.(Lihat al-Iqna’, 1/124) Antara sebab tegahan ini adalah kerana ia boleh menghalang kesempurnaan bacaan dalam solat serta menghalang kesempurnaan dalam sujud.(Lihat Mirqat al-Mafatih, 2/636)
Adapun pemakaian penutup wajah pada waktu sekarang kerana ingin menghalang merebaknya virus, maka pemakaian penutup muka tidak lagi dihukumkan makruh kerana mempunyai hajat, ini bertepatan dengab kaedah;
الكَرَاهَة تَزُولُ بالحَاجَة
Maksudnya: “Hukum makruh itu hilang apabila wujud keperluan”
Disebutkan dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah alKuwaitiyyah (hlm. 41/135):
قال ابنُ عبد البَرِّ : أَجْمَعُوا أن على المراةِ أن تَكْشِفَ وَجْهَهَا في الصلاةِ والإحرامِ...... وقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم الرجل منه، فإن كان لحاجةٍ كحضور أَجانِبَ، فلا كراهةَ
Ibnu Abdil Barr berkata: Para ulama sepakat bahawa bagi wanita untuk membuka wajahnya ketika solat dan ihram haji … dan Nabi saw melarang (larangan makruh) laki-laki melakukan hal tersebut (menutup wajah ketika solat dan ihram). Adapun jika kerana adanya hajat seperti keberadaan lelaki bukan mahram, maka hilanglah kemakruhannya
BERSALAMAN DENGAN MELETAKKAN TANGAN DI DADA
Bersalaman atau berjabat tangan ketika berjumpa merupakan sunnah yang telah lama masyarakat Malaysia lakukan. Ini sepertimana hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Barra' bin Azib, Sabda Nabi SAW;
ما مِن مسلمَين يلتقيان فيتصافحانِ الا غُفِرَلَهُمَا قبل َ أن يَفْتَرِقَا
Maksudnya: “Tidaklah dua orang Muslim itu bertemu lalu mereka bersalaman melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.”
Berjabat tangan atau bersalaman ketika berjumpa itu adalah sunnah hukumnya. Hal ini sudah menjadi ijma’ dalam kalangan para alim ulama’. Ibn Battal turut menyebut bahawa hukum asal berjabat tangan itu adalah baik dan sangat elok menurut para ulama’secara amnya.(Lihat Fath al-Bari, 11/55 dan Tuhfah alAhwazi, 7/426)
Cumanya buat masa kini, bagi membantu usaha kerajaan dan menjaga nyawa orang lain, kita mengikuti cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak bersalaman dan menggantikan dengan meletakkan tangan di dada sambil senyum dan mengucapkan salam
DOA MENGHINDARI BALA BENCANA
Daripada Uthman Ibn 'Affan r.a dia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW Bersabda : Barangsiapa yang berkata:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Dengan Nama Allah tang tiada sesuatu pun di bumi dan di langit yang mampu memberikan mudharat bahaya. Dan dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
ثلاث مرات، لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاَءٍ، حتى يُصبِحُ، ومن قالها حين يصبح ثلاث مرات، لم تصبه فجأةُ بلاءٍ حتى يُمسي (رواه أبو داود والترميذي)
sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan tertimpa musibah yang datang dengan tiba-tiba hingga pagi hari. Dan barangsiapa membacanya pada pagi hari sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan tertimpa bencana yang datang dengan tiba-tiba hingga petang hari." (HR. Abu Dawud dan Tirmizi)
Abu Humaid Muhammad Albakri
Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan