PERBEZAAN SOLAT LELAKI & PEREMPUAN



بسم الله الرحمن الرحيم

Menjawab persoalan perkara yang tidak sama antara laki-laki dan perempuan dalam solat.



Belakangan ini kedengaran suara suara sumbang menyatakan tidak ada beza solat antara lelaki dan perempuan, semuanya sama sahaja. Jawapan ini nampak sedikit betul tetapi banyak yang perlu diperbetulkan.

Segala rukun, syarat-syarat dan lain-lain perkara dalam solat kebanyakkannya sama mengenai laki-laki dan perempuan kecuali beberapa masalah yang tidak sama antaranya keduanya iaitu:-

1) Bagi org laki-laki sunat merenggangkan dua sikunya dari dua rusuknya dan merenggangkan perutnya daripada dua pehanya pada rukuk dan sujud.

Manakala bagi wanita tidak sunat berbuat demikian bahkan mereka sunat merapatkan kedua sikunya dengan rusuknya dan perutnya dengan pehanya.

2) Aurat laki-laki antara pusat dan lutut dan aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya luar dan dalam.

3.Orang laki-laki yang sedang solat jika nampak atau mengetahui sesuatu perkara berlaku sama ada yang harus seperti orang minta izin hendak masuk ke dalam rumah atau yang sunat seperti mengingatkan imamnya yang terlupa atau yang wajib seperti mengingatkan orang buta hendak jatuh ke dalam bahaya atau yang haram seperti mengingatkan orang zalim hendak membunuh orang atau yang makruh seperti mengingatkan orang memandang benda yang makruh dipandang hendaklah ia mengingatkan itu dengan ucapan سبحان الله dengan kasad zikir tiap-tiap ia menyebut demikian itu supaya tidak batal solatnya atau kasad zikir serta kasad memberitahu tidak mengapa, tetapi kalau kasad memberitahu sahaja dengan tiada kasad zikir atau sebut sahaja dgn tiada kasad apa nescaya batal lah solatnya.

Manakala orang perempuan jika berlaku sesuatu itu di hadapannya hendaklah ia menepuk tapak tangan kanannya ke atas belakang tapak tangan kirinya dengan tujuan mengingatkan tidak tujuan lain.

Jadi yang mengatakan tidak ada perbezaan sama sekali solat antara lelaki dan wanita adalah kurang tepat. Intaha


Rujukan utama- Kitab Idaman penuntut pada menghuraikan yang kusut ( Ilmu fiqah)

Bahagian Ibadat Penggal Yang Pertama pada halaman m/s 31.

Ustaz Muzani Almawi
Lajnah atTa'lim wa atTarbiyyah PAQAF Alor Pongsu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SURAH AL-MULK-KELEBIHAN DAN DOA

Adab & Doa Masuk Hotel & Homestay

UCAP DAN UCAPAN BALAS RAYA DALAM BAHASA ARAB