AMALAN 10 PERTAMA ZULHIJJAH
AMALAN-AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
KEISTIMEWAAN 10 AWAL ZULHIJJAH
Firman Allah SWT
Maksudnya : Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan menyebut (Berzikir) nama Allah di Hari-hari yang telah ditentukan....
[Surah Al-Hajj 28]
Kata Imam Syafie ketika menafsirkan ayat di atas, hari-hari yg telah ditentukan ialah sepuluh hari pertama zulhijjah
Berkata Imam Syafie : Hari-hari yang diketahui adalah sepuluh hari yang mana hari akhirnya hari raya korban
(Mukhtasar Muzani m/s 170 jilid 8)
Keistimewaan ini dikuatkan lagi apabila Allah SWT bersumpah dengannya di dalam Al Quran, Firman Allah SWT,
Maksudnya : Dan (Demi) malam-malam yang sepuluh
[Surah Al-Fajr 2]
Imam Ibnu Kathir menyebutkan : Malam-malam yang sepuluh itu bermaksud sepuluh pertama dari bulan Zulhijjah, sebagaimana yg telah disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selain mereka baik dari kalangan salaf atau khalaf
(Ibnu Kathir, Tafsir Al Quran Al 'Azhim m)s 390 jilid 8)
Ibnu Kathir menguatkan hujah beliau dengan membawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibnu Abbas
Rasulullah SAW bersabda ;
Hari-hari yang paling utama di dunia adalah sepuluh hari pertama dari bukan Zulhijjah
(Al Thabarani, Fadl 'Asy Zilhijjah m/s 36)
AMALAN 10 HARI PERTAMA
Disebutkan Oleh Al Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari,
Yang jelas menjadi sebab istimewanya sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah ini adalah kerana terhimpunnya asas-asas ibadah di dalamnya iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Dimana untuk waktu-waktu yang lain, hal seperti ini tidak akan terjadi
(Ibnu Hajar, Fathul Bari m/s 461 jilid 2)
1. Puasa
Berpuasa pada 9 hari pertama di bulan Zulhijjah, hari ke sepuluh diharamkan puasa kerana Raya Haji
Imam Nawawi mengatakan
Dan di antara puasa sunnah juga adalah puasa Sembilan hari pertama bulan Zulhijjah
(Al Majmu' syarh Muhazzab m/s 386 jilid 6)
Imam Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan dengab jelas
Bahkan sangat disunnahkan untuk berpuasa di hari-hari ini, kerana puasa termasuk amalan yang paling utama
Dan amat digalakkan bagi kaum muslimin untuk berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Arafah (9Zulhijjah)
2. HAJI
Bagi kita yang tidak dapat menunaikan Haji maka janganlah lepaskan peluang untuk melakukan apa sahaja amal ibadah terutamannya ibadah yang wajib, Hadith Qudsi yang diriwayatkan Imam Bukhari
Dan tidaklah seseorang itu cuba mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang aku suka melainkan apa yang telah aku wajibkan atasnya
(Matan Arba'in)
3. KORBAN
Imam Nawawi dalam Al Majmu' Syarh Muhazzab mengatakan
4. ZIKIR
Allah SWT berfirman,
Dan agar menyebut berzikir nama Allah di Hari-hari yang telah ditentukan
[Surah Al-Hajj 28]
Zikir yang afdhal adalah berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya
(Musnad Imam Ahmad m/s 323 jilid 9)
5. SOLAT
Iaitu solat sunat pada hari Raya Aidil Adha
Abu Humaid Muhammad Albakri
LAJNAH AL-TA'LIM WA AL-TARBIYAH PAQAF ALOR PONGSU
KEISTIMEWAAN 10 AWAL ZULHIJJAH
Firman Allah SWT
(لِّیَشۡهَدُوا۟ مَنَـٰفِعَ لَهُمۡ وَیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡلُومَـٰتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِیمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۖ فَكُلُوا۟ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُوا۟ ٱلۡبَاۤىِٕسَ ٱلۡفَقِیرَ)
Maksudnya : Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan menyebut (Berzikir) nama Allah di Hari-hari yang telah ditentukan....
[Surah Al-Hajj 28]
Kata Imam Syafie ketika menafsirkan ayat di atas, hari-hari yg telah ditentukan ialah sepuluh hari pertama zulhijjah
قال الشافعي : والأيامُ المعلوماتُ العَشرُ وآخرُها يومُ النحر
Berkata Imam Syafie : Hari-hari yang diketahui adalah sepuluh hari yang mana hari akhirnya hari raya korban
(Mukhtasar Muzani m/s 170 jilid 8)
Keistimewaan ini dikuatkan lagi apabila Allah SWT bersumpah dengannya di dalam Al Quran, Firman Allah SWT,
(وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ)
Maksudnya : Dan (Demi) malam-malam yang sepuluh
[Surah Al-Fajr 2]
Imam Ibnu Kathir menyebutkan : Malam-malam yang sepuluh itu bermaksud sepuluh pertama dari bulan Zulhijjah, sebagaimana yg telah disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selain mereka baik dari kalangan salaf atau khalaf
(Ibnu Kathir, Tafsir Al Quran Al 'Azhim m)s 390 jilid 8)
Ibnu Kathir menguatkan hujah beliau dengan membawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibnu Abbas
Rasulullah SAW bersabda ;
أفضل أيام الدنيا أيام العشر
Hari-hari yang paling utama di dunia adalah sepuluh hari pertama dari bukan Zulhijjah
(Al Thabarani, Fadl 'Asy Zilhijjah m/s 36)
AMALAN 10 HARI PERTAMA
Disebutkan Oleh Al Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari,
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ولا يأتي ذلك في غيره
Yang jelas menjadi sebab istimewanya sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah ini adalah kerana terhimpunnya asas-asas ibadah di dalamnya iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Dimana untuk waktu-waktu yang lain, hal seperti ini tidak akan terjadi
(Ibnu Hajar, Fathul Bari m/s 461 jilid 2)
1. Puasa
Berpuasa pada 9 hari pertama di bulan Zulhijjah, hari ke sepuluh diharamkan puasa kerana Raya Haji
Imam Nawawi mengatakan
ومنه صومُ الأيامِ التسعةِ من اولِ ذِي الحجة
Dan di antara puasa sunnah juga adalah puasa Sembilan hari pertama bulan Zulhijjah
(Al Majmu' syarh Muhazzab m/s 386 jilid 6)
Imam Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan dengab jelas
بل يستحب جدا أن تصوم هذه الأيام فان الصوم من أفضل الأعمال
Bahkan sangat disunnahkan untuk berpuasa di hari-hari ini, kerana puasa termasuk amalan yang paling utama
Dan amat digalakkan bagi kaum muslimin untuk berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Arafah (9Zulhijjah)
2. HAJI
Bagi kita yang tidak dapat menunaikan Haji maka janganlah lepaskan peluang untuk melakukan apa sahaja amal ibadah terutamannya ibadah yang wajib, Hadith Qudsi yang diriwayatkan Imam Bukhari
وما تقرب إلى عبدي بشيء أحب إلي مما افترضته عليه
Dan tidaklah seseorang itu cuba mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang aku suka melainkan apa yang telah aku wajibkan atasnya
(Matan Arba'in)
3. KORBAN
Imam Nawawi dalam Al Majmu' Syarh Muhazzab mengatakan
أن التضحية سنة
4. ZIKIR
Allah SWT berfirman,
وَیَذۡكُرُوا۟ ٱسۡمَ ٱللَّهِ فِیۤ أَیَّامࣲ مَّعۡلُومَـٰتٍ
Dan agar menyebut berzikir nama Allah di Hari-hari yang telah ditentukan
[Surah Al-Hajj 28]
Zikir yang afdhal adalah berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya
ما من أيامٍ أعظمُ عند الله، ولا أحبُّ إليه من العملِ فيهن من هذه الايام العشرِ، فأكثروا من التهليل، والتكبير والتحميد
Maksudnya: Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini, maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid pada Nya
(Musnad Imam Ahmad m/s 323 jilid 9)
5. SOLAT
Iaitu solat sunat pada hari Raya Aidil Adha
Abu Humaid Muhammad Albakri
LAJNAH AL-TA'LIM WA AL-TARBIYAH PAQAF ALOR PONGSU
Dalam gambar di atas, ".. bukan Zulhijjah atau bulan Zulhijjah"?
BalasPadamBulan zulhijjah, typo tu
Padam