Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

IDDAH PEREMPUAN KEMATIAN SUAMI

Imej
Ustaz Faridzuan Abdullah As-Sarawaki HUKUM TENTANG IDDAH KEMATIAN Iddah العدة secara bahasa diambil daripada perkataan العدد bermaksud bilangan atau perhitungan. Daripada istilah syara' iddah ini bermaksud مدة تتربص فيها المرأة لمعرفة براءة رحمها أو للتعبد لتفجعها على زوج "Satu tempoh penantian bagi seorang perempuan untuk mengetahui kesucian rahimnya atau untuk sebagai tanda pengabdian diri (kepada Allah), atau berkabung sedih atas (pemergian) suami." Hikmah daripada iddah ini adalah untuk supaya tidak berlaku percampuran nasab. Ini adalah asal hukumnya. Kadang-kadang ianya boleh berubah kerana tujuan taa'bud iaitu mendekatkan diri kepada Allah seperti yang kita akan bincangkan nanti. Iddah ini juga satu tempoh penantian yang telah ditetapkan had bilangan waktunya oleh syarak di dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud :. "Wanita-wanita yang di talaq hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh menyembunyikan apa

SOLAT JARAK-JARAK KERANA COVID-19

Imej
SOLAT JARAK-JARAK SAH KA? بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد Ada segelintir masyarakat yg tidak hadir ke surau atas alasan solat tidak sah kerana saf tidak dirapatkan Bagi menjawab kemusykilan ini, kita lihat kembali hukum asal merapatkan saf, Hukum asal merapatkan saf ialah SUNAT HAI'AH, bukan Rukun dan bukan sunat Ab'ad Kata Imam Nawawi di dalam al Majmu' syarh al Muhazzab jilid keempat لا يُشتَرَطُ اتصالُ الصفوف ِ اذا لم يكنْ حائلٌ بل يصحُّ الاقتِداء اذا لم يزدْ ما بينهما على ثلثمائة ذراع Tidak  disyaratkan  tersambungnya  saf,  jika  antara makmum  dan  jamaah  solat  tidak  ada penghalang.  Dan  bahkan  shalat  berjamaah  tetap sah  jika  antara saf  tidak  lebih  dari 300  hasta. Imam  al-Mardawi  berkata  dalam  kitabnya  alInshaf  fi Ma’rifah  ar-Rajih  min  al-Khilaf jilid kedua فان كان في المسجد، فلا يشترط اتصال الصفوف بلا خلاف Maka  jika  mak

HUKUM ILMU PENUNDUK DAN SIHIR

Imej
Ustaz Muhammad Albakri Tenaga Pengajar Pusat Pengajian AlFarihin Alor Pongsu Perak HUKUM PAKAI CINCIN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah segala puji bagi Allah, InsyaAllah saya cuba menjawab persoalan yang dibangkitkan walaupun saya bukanlah layak dan hanya mempunyai secebis ilmu Firman Allah SWT; إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48) MENSYIRIKKAN ALLAH Sebesar-besar dosa adalah dosa orang yang menyekutukan Allah SWT. Imam Al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Adz-Zahabi dalam Kitabnya al-Kabair meletakkan dosa orang yang menyek

BACAAN SELEPAS SURAH AT-TIN

Imej
BACAAN SELEPAS IMAM MEMBACA SURAH AT-TIN Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, InsyaAllah saya ingin kongsikan bacaan Selepas Surah at-Tin dan beberapa surah yang lain; 1. Selepas bacaan Surah AtTin Imam Nawawi di dalam Al-Azkar menyebut disunat kan apabila membaca (أَلَيْسَ اللَّـهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) maka sebutlah: بَلَى! وأَنَا عَلَى ذلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ Maksudnya: Benar! Dan sesungguhnya aku menyaksikan hal itu (Allah SWT seadil-adil Hakim). 2. Selepas Surah alFurqan ayat 53 dan surah alWaqiah ayat 70 Disebutkan di dalam Qaulut Tam Ibu 'Imad bahawa selepas membaca (۞ وَهُوَ ٱلَّذِی مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ هَـٰذَا عَذۡبࣱ فُرَاتࣱ وَهَـٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجࣱ ) dan selepas membaca ((لَوۡ نَشَاۤءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجࣰا ) maka sebutlah; الحَمْدُ لِلّهِ الَّذِى جَعَلَهُ عَذَابًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ، وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا أُجَاجًا 3. Selepas Surah alMulk ayat 30 Disebutkan di dalam Qaulut Tam Ibu 'Imad bahawa selepas membaca ( فَمَن یَأۡتِیكُم بِمَاۤء