Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

5 kesalahan menyebut nama bulan

Imej
5 kesalahan di dalam menyebut dan menulis Nama Bulan Islam Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana sentiasa menjadikan kita hamba yang taat kepadaNya. kali ini Pusat Pengajian AlQuran AlFarahain akan membahaskan sedikit ilmu berkenaan dengan 5 nama bulan yang sering disalah sebut di dalam kalangan masyarakat kita. Tidaklah menjadi kesalahan yang berat bagi sesiapa yang salah pada sebutannya, cumanya kita mahukan segala apa yang keluar dari mulut kita adalah didasarkam dengan ilmu. Justeru, Lajnah Tarbiyah PAQAF akan mengupas secara ringkas berkenaan perkara ini. NAMA-NAMA BULAN YANG SERING DISEBUT DAN DIEJA DENGAN SALAH 1- MUHARAM 2- JAMADIL AWAL 3- JAMADIL AKHIR 4- REJAB 5- ZULKAEDAH Inilah 5 bulan yang sering disalah sebut oleh sebahagian masyarakat kita. adapaun cara sebutan dan tulisan yang sebenar ialah; 1- MUHARRAM  ( مُحَرَّم) 2- JUMADIL AWWAL  ( جُمَادِ الأَوَّل) 3- JUMADIL AKHIR  ( جُمَادِالأخِر) 4- RAJAB  ( رَجَب) 5- ZULKE'DA

10 sifat orang bertaqwa

Imej
10 CIRI ORANG YANG BERTAQWA بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيدا Pada kali ini InsyaAllah pihak PAQAF akan bahaskan berkenaan perihal atau ciri-ciri manusia yang bertaqwa mengikut kacamata AlQuran. Allah SWT menilai manusia bukanlah dari kecantikan pakaian atau dari keindahan rupa atau dari kepintaran berfikir tetapi yang menjadi kayu ukur penilaian Allah SWT kepada hambaNya ialah ketaqwaannya. Firman Allah SWT, إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Al-Hujurat, Ayat 13 ORANG YANG BERTAQWA DISUKAI ALLAH Allah SWT menyukai orang yang bertaqwa sepertimana yang telah difirmankanNya di dalam alQuran, بَلَىٰۚ مَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ وَٱتَّقَىٰ فَإِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُتَّقِینَ (buk

Hukum Qadha solat Jamak & Qasar

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين soalan adakah boleh mengqadha solat secara jamak dan qasar dalam tempoh musafir? jawapan Alhamdulillah syukur kehadrat Allah dan pihak PAQAF berterima kasih kepada yang bertanya, mudah-mudahan Allah sentiasa menambahkan ilmu kita dari masa ke semasa InsyaAllah. menjawab persoalan di atas, kami memetik daripada beberapa kitab Feqah Syafie antaranya Al-Taqrirat As-Sadidah Qismul Ibadah dan juga Kitab Syarh Minhaj. kami ringkaskan dengan menyatakan bahawa: Menurut Mazhab Syafie, mengikut qaul yang Azhar bahawa solat yang ditinggalkan sewaktu musafir boleh di qadha secara qasar selagi mana dia masih berada dalam tempoh musafir. Dan perlu diqadha secara tamam bagi orang yang bermukim. kami datangkan juga pendapat yang lain iaitu; 1) qadha secara penuh samada dalam musafir atau muqim 2) qadha secara qasar dalam musafir atau muqim 3) qadha secara qasar jika dalam mu

14 perkara sunat hari Asyura

Imej
Perkara yang dituntut ketika hari 'Asyura كتاب كنز النجاح والسرور في الأدعية المأثور التي تشرح الصدور الشيخ الخطيب البليغ عبد الحميد بن محمد علي بن عبد القادر قدس المكي الشافعي Kami naqalkan beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari 'Asyura daripada Kitab Kanzun Najah Wassurur karangan Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad 'Ali As-Syafie, mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat. 1. MENGHIDUPKAN MALAMNYA  iaitu dengan berbagai amalan antaranya membaca al-Quran atau mendengarnya, kemudian memperbanyakkan doa yang warid dan zikir-zikir. 2. MEMBACA AYAT KURSI SEBANYAK 360 iaitu seumpama kita membacanya setiap hari sekali selama setahun. kaifiatnya ialah membaca Basmallah di setiap awalnya dalam keadaan mengadap kiblat, duduk dalam keadaan berlutut (seumpama duduk antara dua sujud) dan apabila selesai membaca sebanyak bilangan yang telah disebutkan, maka bacalah ayat ini sebanyak 48 kali: Setelah selesai membaca ayat ini, maka bacalah doa ini sebanyak 12

5 kelebihan bulan Ramadhan

IMAM Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ummatku telah diberi lima hal yang belum pernah diberikan kepada ummat-ummat sebelumnya ketika bulan Ramadan: Pertama : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari pada minyak kesturi di sisi Allah, Kedua : Para Malaikat beristighfar untuk mereka hingga berbuka, Ketiga : Allah memperindah syurga-Nya setiap hari, seraya berfirman kepadanya: “Hampir-hampir para hamba-Ku yang soleh akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu,” Keempat : Syaitan-syaitan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan, Kelima : Mereka akan mendapat ampunan di akhir malam.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu terjadi pada malam Lailautl Qadar?” Baginda menjawab, “Bukan, namun pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.” Lima perkara yang Allah SWT persiapkan untuk kita. Dengan lima perkar