6 TIPS KHUSYU' DALAM SOLAT
TIPS SOLAT KHUSYUK DARI HABIB UMAR BIN HAFIDZ
Seseorang di katakan khusyu’ jika memenuhi 6 kriteria, iaitu :
1. HUDURUL QOLB
Hadirnya hati. Hadirnya hati harus di latih terus-menerus, bila hati kemana-mana paksa untuk kembali lagi, Insya Allah, hati akan terbiasa hudhur.
2. TAFAHHUMUL MA'ANI
Memahami makna atas apa yang kita katakan dan kita sedang lakukan.
3. AL IJLAL WATTA’DZHIM
Adanya rasa mengagungkan dan memuliakan kepada Allah SWT. Terkadang kita hadir hati, mengetahui erti, tapi tanpa pengagungan hal ini seperti seseorang yang memahami perkataan anak kecil iaitu tidak terlalu menghiraukannya.
4. AL IJLAL WATTA'DZHIM MA'AL HAIBAH
Hendaknya rasa memuliakan dan pengagungan tadi di iringi dengan rasa haibah (kewibawaan). Haibah: Rasa takut yang timbul kerana rasa mengagungkan. Takut solat kita tidak di terima oleh Allah.
5. AR-ROJA’
Kuatnya harapan bahawa solat kita di terima oleh Allah juga menjadi sebab dekatnya kita pada Allah serta mengharapkan mendapat balasan yang agung.
6. Haya'
Adanya rasa malu bahawasanya kita tidak menunaikan hak Allah dengan semestinya.
Kemudian Habib Umar mengatakan:
“Jika enam kriteria ini terdapat padamu, maka solat kamu bisa di katakan sholat yang khusyu’.”
Ustaz Faridzuan As-Sarawaki
Timbalan Pengerusi Lajnah Ta'lim wa at Tarbiyah Paqaf Alor Pongsu Perak
Ulasan
Catat Ulasan