PERISTIWA-PERISTIWA BULAN MUHARRAM
PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN MUHARRAM
Syeikh Abu Bakar Uthman bin Muhammad Syatha Al Dimyathi Al Bakri menyebutkan di dalam kitab beliau I'anah At Thalibin, Hasyiah 'Ala Alfaz Fathul Mu'in pada juz keempat cetakan Beirut. Beliau membawakan Satu Riwayat daripada Abu Hurairah;
Muhammad AlbakriSesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memfardhukan ke atas Bani Israel, puasa satu hari dalam setahun pada hari 'Asyura iaitu hari kesepuluh bulan Muharram, maka berpuasalah kamu, sesungguhnya hari itu
1. Allah menerima taubat Nabi Adam a.s
2. Nabi Idris a.s diangkat ke tempat yang tinggi (di langit)
3. Nuh dikeluarkan dari kapalnya (setelah mendarat)
4. Nabi Ibrahim diselamatkan daripada api (ketika dibakar oleh Namrud)
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
6. Nabi Yusuf a.s dibebaskan daripada penjara
7. Nabi Ya'aqub a.s dapat melihat semula
8. Nabi Ayub a.s sembuh dari penyakitnya
9. Nabi Yunus a.s telah dikeluarkan dari perut ikan paus
10. Terbelah laut (merah bagi laluan) Bani Israel
11. Nabi Daud a.s diampun dosanya
12. Nabi Sulaiman a.s mendapat kekuasaan menjadi raja
13. Nabi Muhammad SAW diampunkan dosa yang telah lalu dan akan datang
14. Hari pertama Allah menjadikan dunia
15. Hari pertama diturunkan hujan dan diciptakan langit
16. Rahmat pertama diturunkan di bumi
17. Sesiapa yang berpuasa hari Asyura seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa dan ia adalah puasa para Nabi
18. Sesiapa yang menghidupkan malam Asyura dengan amal ibadah, seolah-olah dia melakukan ibadah penghuni 7 lapis langit
19. Sesiapa yang solat 4 rakaat dengan membaca Fatihah sekali pada setiap rakaat dan Surah Al Ikhlas 51 kali, Allah mengampunkan dosanya selama 50 tahun
20. Sesiapa yang memberi minum kepada seseorang pada hari Asyura, maka Allah akan memberi minum kepadanya pada hari di mana dahaga yang amat sangat (pada hari kiamat) yang menyebabkan dia tidak terasa dahaga lagi selamanya, dan seolah-olah dia tidak pernah membuat maksiat kepada Allah
21. Sesiapa yang mandibdan bersuci pada hari Asyura, dia tidak akan ditimpa sakit pada tahun itu kecuali mati
22. Sesiapa yang memberi sedekah pada hari Asyura seolah-olah dia tidak pernah menolak permintaan orang
23. Sesiapa yang membelai dan mengusap kepala anak yatim atau membuat baik kepadanya seolah-olah dia telah membuat baik kepada semua anak yatim dari kalangan anak Adam
24. Sesiapa yang melawat orang sakit pada hari Asyura seolah-olah dia telah melawat semua orang sakit dikalangan anak Adam
25. Allah telah menjadikan 'Arasy, Lauh dan Qalam
26. Jibril a.s dijadikan Allah
27. Nabi Isa a.s diangkat ke langit
28. Hari kiamat berlaku pada hari Asyura
Syeikh Ibrahim al Bajuri dalam kitab beliau Mawahib Al Ladunniyyah ada menyebutkan sebahagian daripada peristiwa di atas. Beliau membuat rumusan bahawa secara keseluruhannya Asyura merupakan hari yang agung lagi mulia (يوم عظيم شريف) sehinggakan binatang-binatang buas (الوحوش ) juga berpuasa dengan menahan diri daripada makan pada hari Asyura
Abu Humaid Muhammad Albakri
LAJNAH AL-TA'LIM WA AL-TARBIYAH PAQAF ALOR PONGSU
👍👍👍
BalasPadam