INFO BULAN MUHARRAM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي جعل السنة والشهور وجعل فيها اثنا عشرا شهرا، وجعل منها أربعة حرم، والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد وعلى اله وصحبه ومن والاه
Firman Allah SWT,
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.
Menurut Syeikh Ahmad bin Muhammad Al Sowi Al Misr, Asbab Nuzul ayat ini adalah untuk menolak perbuatan orang Arab Jahiliyyah yang menambah bulan sehingga menjadi 14 bulan setahun, ini kerana mereka ingin menghalalkan peperangan, maka mereka menyatakan bahawa bulan haram belum lagi tiba
(Hasyiah Al Sowi 'Ala Tafsir Al Jalalain jilid 3)
HIKMAH MELETAKKAN MUHARRAM DIAWAL TAHUN
Ibnu Hajar Al 'Asqalani di dalam kitab beliau Fathul Bari menyatakan
الحكمة في جعل المحرم أول السنة أن يحصل الإبتداءَ بشهر حرامٍ ويختِمَ بشهر حرام، وتتوسطُ السنةُ بشهر حرام وهو رجب، وإنما يتوالى شهران فى الأجر لإرادة تفضيلِ الختام، والأعمال بالخواتيم
Hikmah dijadikan Muharram sebagai permulaan tahun ialah supaya mendapatkan permulaan tahun itu dengan bulan haram, dan diakhiri tahun itu dengan bulan haram iaitu Rajab dan dua bulan haram berturut-turut diakhirnya kerana mahu kelebihan pada penyudahnya pada tahun itu dan semua amalan berlaku dengan adanya penyudahan (jilid 8)
MUHARAAM - Bulan Haram
SAFAR
RABI'UL AWWAL
RABI'UL AKHIR
JUMADIL AWWAL
JUMADIL AKHIR
RAJAB - Bulan Haram
SYA'BAN
RAMADHAN
SYAWWAL
ZULKA'DAH - Bulan Haram
ZULHIJJAH - Bulan Haram
Menurut Syeikh Said Muhammad Baa'li Ba'isyn Bulan-bulan haram (الاشهر الحرم) ialah
1) Al Muharram
2) Rajab
3) Zulhijjah
4) Zulka'dah
Ini berdasarkan sabda Nabi SAW;
السنة اثنا عشر شهرا، منها أربعة حرم : ثلاثة متواليات : ذوالقعدة وذوالحجة والمحرم ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان
Setahun ada dua belas bulan, empat daripanya adalah bulan-bulan haram. Tiga bulan adalah berturutan iaitu Zulka'dah, Zulhijjah, Muharram dan bulan Rajab Mudhar antara Jumada dan Sya'ban
(MAWAHIBU AL DAYYAN SYARHU FATHI RAHMAN)
Imam Al Fakharuddin Al Razi menyatakan bahawa penentuan bulan-bulan haram merupakan Ijma 'Ulama
4 bulan ini dinamakan dengan bulan haram adalah kerana pada bulan tersebut diharamkan berperang, ini apa yang telah disebutkan oleh Al Qastalani
(Irsyad Al Sari Li Syarh Shahih Bukhari)
Imam Ghazali pula menyatakan selain bulan-bulan haram, ada juga bulan-bulan utama (الاشهر الفاضلة) iaitu ;
1) Zulhijjah
2) Muharram
3) Rajab
4) Sya'ban
Bagi Imam Ghazali, bulan yang paling mulia dalam bulan HARAM adalah bulan ZULHIJJAH kerana Haji dilakukan pada bulan tersebut
Abu Humaid Muhammad Albakri
LAJNAH AL-TA'LIM WA AL-TARBIYYAH PAQAF ALOR PONGSU PERAK
Ulasan
Catat Ulasan