ASAL USUL BUBUR ASYURA
Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana menemukan kita pada bulan Muharram yang mulia ini. Maka umum mengetahui bahawa pada bulan ini rata-rata masyarakat Malaysia ada ada mengadakan majlis Bubur Asyura. Maka bagi memberi penjelasan berkenaan asal usul bubur ini kami mengambil hasil penulisan daripada Ustaz Mohd Luqman Bin Saidin berkenaan dengan perkara ini; بسم الله الرحمن الحيم Memandangkan esok hari kesepuluh dari bulan muharram, disini saya bawakan satu cerita asal usulnya bubur As-syura, lagipun hari As-syura memang terkenal dengan masakkan bubur As-Syura bagi masyarakat Islam seluruh dunia.. (Dan kata) Syeikh Ajhuri dan aku lihat bagi orang lain nasnya bahawasanya (Nabi) Nuh Alaihisalam tatkala turunnya dari safinah (kapal laut) dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu, maka menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu, maka mendatangkan ini dengan segemgam gandum, dan ini den