ASAL USUL BUBUR ASYURA
Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana menemukan kita pada bulan Muharram yang mulia ini. Maka umum mengetahui bahawa pada bulan ini rata-rata masyarakat Malaysia ada ada mengadakan majlis Bubur Asyura. Maka bagi memberi penjelasan berkenaan asal usul bubur ini kami mengambil hasil penulisan daripada Ustaz Mohd Luqman Bin Saidin berkenaan dengan perkara ini;
بسم الله الرحمن الحيم
Memandangkan esok hari kesepuluh dari bulan muharram, disini saya bawakan satu cerita asal usulnya bubur As-syura, lagipun hari As-syura memang terkenal dengan masakkan bubur As-Syura bagi masyarakat Islam seluruh dunia..
(Dan kata) Syeikh Ajhuri dan aku lihat bagi orang lain nasnya bahawasanya (Nabi) Nuh Alaihisalam tatkala turunnya dari safinah (kapal laut) dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu, maka menyuruh akan mereka itu bahawa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu, maka mendatangkan ini dengan segemgam gandum, dan ini dengan a’das dan ini dengan kacang ful (pol) dan ini dengan setapak tangan kacang himmasun (kacang kuda) hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya dan adalah ia pada hari Asyura, maka mengucap Nabi Nuh Alaihisalam dengan bismillah dan dimasakkan dia, maka sekeliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyiduna Nuh Alaihisalam.
Firman Allah Taala:
قيل يا نوح اهبط بسلام منا وبركات عليك وعلى أمم ممن معك وأمم سنمتعهم
Dikatakan: Hai Nuh, turunlah olehmu dengan sejahtera daripada kami dan berkat atasmu dan atas umam (umat-umat) sertamu dan umam (umat-umat) yang kami sukakan mereka itu.
(Dan) adalah demikian ini pertama-tama makanan yang dimasakkan di atas muka bumi kemudian daripada taufan, maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari Asyura dan adalah padanya itu pahala yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu dan memberi makan segala fuqara’ (orang-orang fakir) dan masakin (orang-orang miskin), maka dinamakan bubur Asyura, dan jika bidaah sekalipun, (maka ia) bidaah hasanah dengan qasad itu.
Dinuqil dari kitab:
جمع الفوائد وجواهر القلائد
(Dikarang oleh Al-Alamah Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatoni moga Allah merahmati kedua-dua mereka)
Wallhu Alam
Dikeluarkan oleh LAJNAH AL-TA'LIM WA AL-TARBIYAH PAQAF ALOR PONGSU PERAK
Ulasan
Catat Ulasan