CARA PUASA ASYURA'

MARATIB PUASA ASYURA' SOALAN Assalamualaikum, Bagaimanakah cara Puasa Asyura'? Adakah boleh puasa pada 10 Muharram sahaja atau perlu puasa 9&10 Muharram? JAWAPAN Waalaikumussalam wbt بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على اشرف الانبياء المرسلين سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين اما بعد : HUKUM PUASA ASYURA' Para Ulama' Mazhab Imam Syafie meletakkan puasa Asyura' sebagai puasa Tatawwu' (Sukarela). Hukum puasa Asyura' seperti yang telah disebutkan oleh Imam Nawawi adalah Sunat. Ulama Syafieyyah berhujah menggunakan dalil Hadith ; هذا يوم عاشوراء، ولم يكتب اللهُ عليكم، فمن شاء فليصم، ومن شاء فليُفطر Hari ini adalah hari Asyura' (Kesepuluh) dan tidak diwajibkan berpuasa ke atas kamu, maka barangsiapa yang hendak puasa maka berpuasalah, dan bagi yang tidak mahu maka tidak perlu berpuasa MARATIB PUASA ASYURA' Al Hafizd Ibn Hajar Al Asqalani meletakkan 3 cara atau maratib bagi puasa Asyura' 1. Puasa pada 10 Muharram saha...