Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

SIFAT WUJUD ALLAH TAUHID 20

Imej
  SIFAT WUJUD Ertinya : ADA Sifat wujud termasuk di dalam pembahagian sifat Nafsiyyah. Nafsiyyah bermakna sifat yang dinisbahkan atau disandarkan atau dibangsakan kepada diri Zat itu sendiri dan tidak menunjuk yang lain. Ini bermakna apabila bercakap berkenaan sifat Nafsiyyah, ia terus merujuk kepada diri atau zat itu sendiri sebagai contoh apabila disebut Faridzuan berada di dalam rumah itu, akal akan terus membayangkan tubuh badan Faridzuan, bukan membayangkan kecerdikan, ketampanan atau kemahirannya. Begitu juga apabila disebut Nafsiyyah iaitu sifat Wujud, ia terus merujuk kepada Zat Allah itu sendiri Sifat Nafsiyyah juga dinamakan dengan Sifat Zatiyyah (ذاتية) dan Sifat Thubutiyyah (ثبوتية) Para Ulama mentakrifkan sifat Nafsiyyah sebagai, هِيَ الحَالُ الوَاجِبَةُ للذَّاتُ غَيْرُ مُعَلَّلَةٍ بِعِلَّةٍ Iaitu hal yang thabit bagi zat selama ada zat itu pada hal tiada dikeranakan dengan suatu kerana Sifat wujud diletakkan pada tertib yang pertama adalah kerana ia merupakan asas ket...